Wednesday, June 3

Anis off market 2026 ✨

 Dah berhabuk haa blog ni.. tolong bersih sikit 🤣🤣 Officially, cik anis kita dah off market. Dah jadi Puan Anis.. aa gituu..  aaa baru semalam ja rasa buat trip naik bas pergi kelantan.. hari ni dah masuk keja balik.. sekejap ja masa berlalu.. huuu.. ok kembali kepada tajuk.. Tanggal 31hb Mei 2026 cik Anis kita dah tukar status.. dia bagi notis tak sampai sebulan.. hahahaha.. 27hb April 2026 (baru check whatsapp balik) anis drop bom jemputan kawin dia ... Haduii laaa kalut habis semua orang.. hahahaha... Maka bermula lah plan untuk reunion buat sekian kalinya merancang demi majlis kawin anis.. walaupun ad kembimbangan spnjang nak reunion, tapi Alhamdulillah semua orang dapat hadir. 








Comei ja pengantin kita ni.. alolo sweetnyaa laaa.. 😍😍 tapi terlepas part akad nikah yg batal air sembahyang tu, xdan nak tengok muka pengantin segan camna rupanya.. hahahahahahahah... Tapi nasib baik ad faezee jadi live tukang ambik gambaq.. so boleh la tengok.. hahahaha.. amboiihh sakan depa nohh..mas biru ku pun.. hahahahaha.. still in denial 🤣🤣🤣 

First time nak jumpa anis (walaupun jumpa dah haritu), idah, faezee, su, ainik rasa nerves jugak boleh ke nak sembang macam dulu, ke jadi versi matured ke maklum la dah 14 tahun, macam2 dah berubah.. jumpa cik anis dulu kurang la nerves skit sebab dah jumpa haritu tapi ngan family anis segan jugak skejap pastu trus ambik alih jadi tuan rumah 🤣🤣🤣🤣 jumpa idah plak macam eh berlari macam kanak2 ribena jugak lagi.. hahahahaha.. jumpa su ngan faezee pun eh walaupun dah mak2 masih macam dlu jugak terus boleh sembang... Las skali ainik datang, nampak sama ja macam dlu walaupun anak berderet jugak.. hahahahahaha... Comeii ja ainn saiz tak berubah haa 🤭🥰 tapi paling respek para suami nakamas yg penyabar boleh bagi izin bini masing2 bt reunion, jaga la anak2 berderet tu duk setempat.. dengan panasnya dengan lamanya walaupun boleh jadi sampai limit tapi masih cool hingga akhirnyaa.. kejap belanja gambar nakamas dengan pengantin pulak

















Tak leh move on la trip reunion ni buat sementara waktu.. hahahaha.. haihh bila nak reunion lagii.. wuuu.. part paling swdih bila masing2 dah nak balik.. macam eh sekejap ja, macam tu ja.. but don't worry.. InsyaAllah nanti kita jumpa balik.. ganu ke kita? 🤭🤭









Lastly perpisahan yg tak dapat dielakkan.. Semoga dapat berjumpa lagi semuanya.. wuuu.. gonna miss u olss 😍😘🥰

Sekian report utk Puan anis kita dan reunion 14 tahun kita.. 


Saturday, August 24

Annyeeongg (。♥‿♥。)

Salam santai semuanya.. pergh lama tak menulis kat blog ni, berhabuk dah.. hahaha.. eh ada ke post sebelum ni? hrmm..ntah lah.. aahh..biaq laa.. janji ada niat nak tulis ni haa.. Ok, disebabkan masa yang tak berapa nak free dan macam2 sgt hal dunia ni jadi, tak sempat dan dah tak teringat nak jenguk blog ni haa.. jadi hari ni rasa mcam nak mai sat la melawat kawasan.. hehee..

Baru2 ni duk rajin bkak xternal hardisk hat yg lama2 dlu byk la terjumpa gambar2 masa kat usm duluu..mmg gambar tula yg byk skali pun.. gambar insect pun dah brapa folder, ambik kauu.. inikan pulak gambar2 kesayangan hamba ni.. muka memasing suci2 murni gitu.. sronok ja tengok.. duk berlari sana sini.. berjalan meredah onak duri..aisehh.. ingat lagi kita duk trun kat bukit ke tembok sbb nak ikut shortcut ke dewan kuliah..dgn baju kurung pn lepas.. hahaha.. tak ada apa nak kisah, tak da apa nak segan sgt..otak semua tak serabut sgt wpun masa tu rasa mcam study tu la yg paling serabut dalam hidup...hahaha.. mcam kanak2 ribena..rindu zaman tu.. *tersengih sorang2..

sekarang semua dah ada hala tuju masing2.. yg dah jadi isteri mak2 budak dgn caranya.. yg single ni cara lain pulak.. hahaha.. eh tunggal kita tiga ja nih.. jgn bt2 xtau ya siapa anda yg masih single.. hehehe.. umo dah makin meningkat haa.. hahaha.. dulu2 kalau pikir bab2 ni mesti macam krik2.. eh apa benda ni.. kalau cik anis lagi laa kembeeee terus.. hahaha.. aaah rinduu nak dgar kembee tuuu.. haihh.. sekarang ni kalau dngar tu ada la krik2 jugak tapi tak sedasyat dulu.. dah makin meningkat usia agaknya eh.. hahaha.. seronok tgk ainik, cik su ngan faezee bawak anak2 masing2 gi jalan.. men skali.. comeiii ngatt.. tgk sndiri men anak kucing ja mampu.. hahaha..

Akhir kata, i miss u all.. 乂❤‿❤乂
bak kata Dilan, "jangan rindu, berat.. biar aku aja" kyaaaa... ok bye..



Tuesday, September 29

CAMPAK KEMBALI KENANGAN ITU

Assalamualaikum.

R.I.N.D.U

Sebelum tu nak mintak maaf kat nakamas terutamanya Cik Anis (Cik Anis kita ni yang rajin menghapdate blog ni) sebab lama tak update new entry. BYANE CHINGU YA.
Teringat kembali kata2 pertama bila blog ni ditubuhkan. Cik Anis kata biar blog ni jadi tempat kita luahkan apa yang kita rasa, apa yang kita hadapi, apa yang kita lalui supaya kita semua merasainya walaupun kita jauh dimata, tetapi kita dekat dihati, sarat dengan memori dan rasa itu.
Sekali lagi MAAF ye. Terkadang internet slow menambah rasa malas menghapdate segala cerita, kekangan masa dan idea, rasa malas yang bertimpa2 dan macam2 lagi alasanya.hihihi. Tapi itulah realitinya.

okay, back to my topic, throwback.

Bila bukak lappy atau terimbas kembali memori kat USM dulu, hanya ALLAH saja yang tahu rasa tu. Rasa rindu bau hujan kat USM, rindu makanan kat cafe walaupun dulu rasa cemuih nak hadap hari2 lauk yang sama, bau angin pagi bila kena pergi kelas kul 8.00 pagi. Sejujurnya rindu suasana USM tu sampaikan katil Saujana pun Idah rindu. Tu baru kebendaan, tak termasuk lagi mereka yang bergelar sahabat macam kamu semuaaaaaaaa . I miss you all so badly!. 

semewek Ummi Iman ni senyum. Tangan Ummi Salahuddin pun nak masuk gambar.
cepat masa berlalu, dah jadi ibu kawan2 kita kan.

Tengok gambar ni macam2 duk terbayang.
Ramai dah kahwin, siap ada anak dah pun.
yang single masih single (giggle), bila nak mendoublenye.haha
Rasa nak buat reunion je


Muka berdebar nak ambik thesis. Mesti macam2 duk fikir kan.
selagi tak hantar, selagi tu tak senang duduk.
Reunion sekali dengan rumate n jiran bilik. kompem HAVOC
Betul kata Anis, rasa macam dah banyak perangai kat Uni dulu hilang, mungkin dah makin dewasa kan.
Tapi yang positif pun makin terhakis, YaALLAH risau pulak.
Adakah ditelan waktu dimamah kenangan?
Moga zarah2 positif kembali masuk kedalam diri ini. Amin allahumma amiin

p/s: saya sayang awak semua kerana ALLAH Taala, InsyaALLAH.


Monday, August 24

bogoshipda!



salam alaik~

minna!

okay. sekarang ni pkul 3.55 am, selepas duk pusing sana pusing sini takleh tido, decided buka lappy, then tetibe je nak update blog nakama. hewhew

dah berpuluh-puluh tahun dah gamaknya tak update blog. -_-' sekarang unprivatekan balik blog, in case ada nakama yang taleh log in. huhu

walaupun kita sokmo jugak mesej thru whatsapp, msg etc, ntahlah. rasa best pulak klau btukar2 cerita, btukar2 resepi kat sini. ke xda dah nakama yang nak type post dalam blog ni? TT_TT

saya rindu anda semua. nak gi usm la. haha saje nak g tengok usm. rindu. :'(

yang bulan november tu inshaAllah kalau jadual kelas xclash. harapnya x lah. huhu

hm. till next post lah.

jom puasa esok? eh hari ni lah kan isnin heee~ saya sayang anda semua. (emosi pulak pagi2 ni. biasala pelik sket sekarang ni. entah kenapa. -_-)

love y' all!

p/s: lame dh xbuat gini. haha ke rasa macam makin tua /(>_<)\ rase mcm hilang identiti dan personaliti la sekarang. eh? may Allah bless!




Sunday, January 25

your resolutions?






salam alaik~

lamanyaaaa tak menaip terasa kekok. haha gtu pulaks. minna, how are u?tatau nak tulis apa. apabila tangan nak menaip je, aura malas tu mai pulak. ades

currently at home, doing nothing much except reading, gaming, lolling, and drooling over lappy while bersukariabersamakucing2gembira.

so many things happens this last few months, and one of them was the banjir at kkrai, alhamdulillah famili tak terjejas teruk, and now the after effect of banjir can be seen. AllahuAllah

ain kurus how are u? rumah ain mesti kena teruk kan. macam asma. harap ain n asma tabah dan sabar.. inshaAllah

whatsapp xleh sebab kat rmh wireless xsampai kt fon. haha so berblogging jelah nak? ;)

sekarang ni tahun 2015.

kejap jek masa kan. dalam memori ni still in 2012 lagi. aduyaiii...

tutup mata bukak mata, everything seems different. maybe sebab bertambah angka jadi semakin bertambah aura kematangan? -_-'' harap2 makin matang ameen. last week, 2 of umi's friends died. natural death. meninggal tanpa sakit-sakit teruk, well umi cried hard. sebab kawan sejak sekolah menengah lagi and because it happens suddenly kut. Al-fatihah untuk arwah.. dari Allah kita datang, dan kepada DIa juga kita kembali..

angka yang bertambah bukan tanda kematian, just a scratch of line showing our general identity, on how long have we live on till today. kan?

so. resolution tahun ni?

-becomes better person than last year
-tmbah ilmu thru books etc
-cakna hal dunia n agama
-tinggal apa yang perlu tinggal
-be honest with urself
-show the other me, my alter ego

^^

my resolutions. kena usaha untuk make it happens then! fighting!

what about yours?

mind to share?


p/s: aritu cik merah show me something that i've already guessed b4. :) thanks yer. walaupun tersengih ku membacanya, wakaka.. anda sangatla kelakar+comeyyy. kekeke ha. er gambar2 itu akan dipost be4 bulan 3. nk cari cd dlu untuk diburn inshaAllah~ pyong~


Sunday, November 2

the half-blood princess.


maka nak dijadikan cerita (klate version of long time ago), dlu ada seorang puteri berdarah kacukan, sparuh wizard, separuh muggle dilahirkan.

puteri tersebut dinamakan ojou, atau turut digelar sebagai half-blood princess. mungkin akibat termakan fungus Fusarium pada waktu kanak-kanak riang, maka tanpa dapat dibantu lagi beliau membesar tidak cukup tinggi. ish. kesian.

half-blood princess itu membesar di dunia muggle, tanpa kawan wizard dan witch yang boleh membantu beliau sihir-sihir untuk menambah ketinggian dan sebagainya.

namun tanpa disedari pada suatu hari, princess itu berjalan masuk ke suatu tempat, di rumah keluarga slytherin. beliau mengikut jejak langkah seekor ular yang menyusur di depannya apabila dia sedang mengutip buah jambu.

tanpa disangka-sangka, seorang lelaki tua muncul di pintu depan berhadapan dengan puteri tersebut. puteri tersebut terkejut lalu berpusing melarikan diri namun oleh sebab langkahan kakinya tidak selaju pemain-pemain quidditch, maka dia disumpah menjadi batu. kesian.

the end of half-blood princess' life.

p/s: in the memory of prof snape, the half-blood prince and me going kulat2an sebab nak baca harry potter's books balik. -_-''

#nonsensewriting

Posted via BlogPost

Wednesday, July 9

another Mrs in the house.

salam alaik~

first of all, myane lambat tulis kat blog. huhu aritu sebab kata nak tulis. okeh. i dont quite sure about the dates. huu lagi skali sorry.

^^

kalau tak silap 5hb jun lepas(ye x ni su. hee) su aka our beloved sister yang kalau nak dikatakan macam kanak2 ada macam kakak pon ada, sudah selamat jadi hak orang lain. bukan hak kami dh! sobs. hehe

sorry termengadangada sebentar. ;P

idah n ain kecik aka mas merah, berangkat ke rumah su untuk majlis akad, while ainik on her majlis day and me, majlis sebelah lelaki. huhu sebab takde transport punya pasal huhu maka plan jumpe kome sume terbelangkaii.. huu jumpe su tu hepi sungguh keke

alah. npe plak xleh nk edit ni.

-_-''

actually im trying to post this from my phone. malas nak bersusah payah pegi on lappy. adei. da siap nak upload gambo, xbleyh pulak. macam2 laaa anda si ojou. eh. haha

i suggest u guys post the pics from the akads and majlis kesyukuran too. sebab the only pic i took from the majls tu gambar su jek. =_= waa. henpon tuh masa tu pulak laaa buat hal. huhu sedis hatiku. uhuhu

...................................

tadi on fb. Alhamdulillah, suke tengok kawan2 lama dah berumahtangga. moga u guys diberkati Allah and live happily ever after. ameen. :)

semalam berwechat2 dengan nadia jepun (haha sory nadia), die kate tak lama lagi anis pulak. aik. Ble masa pulak jadi isu ni haha katenye memandangkan sume bdk2 kelate da kawen then .. aiya. lucu la anda. tapi kalau ikut carta aliran, mungkin yg lahir disember dulu kot? eh. haaha idah sila jangan marah haha
tadi masuk memory lane jap. buang tabiat senyum sorang2 baca post2 lama.. hee how kanak2 we are. tp bile fikir balik, kite ni macam tak tetap jugak.kadang2 meced pulak. haha time flies so fast and now we're twenty plus four. ;P

heee

su and ainik da ada title mrs kat depan nama dah, and soon enough there would probably another two, leaving me all by myself. keke

ntah la ape yg duk merapu. haha

just wanna post about su's but gambar xbole nak upload and i dont know how ti stori mori pasal su dkt majlis akad and kesyukuran. -_~

hehe da azan laaa

oke. so thats all for now.

idah ainik n mas merah, klau rajin edit la upload gambar k. ;)

selamat berbuka pose

sayang anda sume

^_^

may Allah bless!!


Posted via BlogPost

Thursday, July 3

self-proclaimed superheroines.



er.

salam. hai?

salam ramadhan diucapkan.

dari kami, yang berimpian untuk menjadi superheroines
dalam cerita masing masing.

eheh.

moga ramadhan kali ini meningkatkan lagi super power anda semua
untuk menjadi superheroin yang hebat.

melawan segala jenis rupa makhluk
sama ada yang nyata atau pun tidak

dan

menggunakan power anda itu untuk melaser dan heal hati hati sendiri

untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.

fighting!

kame ha me ha!!! boom!

opsie. 

silap power. haha








Tuesday, March 4

bila RINDU itu bertamu lagi

Assalamualaikum semua
Hari ni Cik Idah pulak nak menconteng kat sini

Apa khabar semua?
Moga kita semua berada dalam Rahmat-Nya. aameen

Tengok tajuk entry kali ni, ada ala-ala novel tak?
Tajuk kemain gembak uolls (ayat budak zaman sekarang).Haha

bila rindu itu bertamu lagi,
aku jadi sangsi,
untuk apakah rindu itu
lama ku menyelami hati ini
rinduku padamu
bukan rindu suka-suka
ianya rindu suka duka
yang membuatkan hidupku lengkap
atas nama sahabat

pergh, ayat puitis pulak malam-malam ni
tapi betul
bila Idah belek gambar kita semua
kadang rasa
nak melompat masuk gambar tu semula
kadang rasa
lelah menahan rindu
kadang rasa
nak pergi USM dan menyusuri balik memori suka duka terkejut lesu mengantuk
tapi nak buat sama-sama
bukan sorang-sorang
bila agaknya ya
boleh kita semua berkumpul semuanya
buka balik kisah dulu
update kisah sekarang
insyaALLAH satu hari nanti kan ^^

hari tu,dalam TV ada cerita Ali Setan,
rupanya dia buat cerita tu kat USM (baru tahu).hahaha
ada la DTSP, kat Canselori yang boleh nampak jambatan tu..rindunya..
Idah bukan layan cerita tu, layan scene dalam cerita tu sebab ada kenangan
betullah kan
Bila kita kehilangan sesuatu tu, baru kita tahu pentingnya benda tu
jadi, ucapkan ALHAMDULILLAH
syukur kita kepada ALLAH
atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya
^^

Idah seronok sangat
sebab ramai dah kawan-kawan yang nak berumahtangga
TAHNIAH SEMUANYA
yang lain-lain tu, silalah mencari ya
umur dah 24 (baca baru 23) hahaha
Idah seronok sangat
sebab kawan-kawan yang dah semakin berubah kearah kebaikan
JOM SAMA-SAMA JADI BAIK
moga kita terus istiqamah..insyaALLAH..aameen

banyak pulak duk membebel malam ni
maaf ye, rindu anda semua tau
PELUK SEMUA ERAT-ERAT

Love all till jannah, insyaALLAH
ukhuwah fillah abdan abada ^^

Jom layan gambar

anak anak kita ^^


Ingat tak?


auu cak!!


DIVA molek spek su.hahaha


LOVE you too ^^

setakat ni dulu..Lain kali kita sambung lagi ye ^^
(Maaf sebab gambar Ainik + Faezee xdok.Lain course jadi gambar kurang.Ada yang macam tak sesuai nak masukkan.Kalau jumpa yang sesuai,Idah letak ye.BYANE).

p/s: rindu plak nak dengar tapak selipar Anis turun tangga nak pergi bilik Idan dan Ain + rindu perkataan BYANE bila lambat walaupun dikala itu rasa nak kejar guna penyapu je.HAHAHA.BYANE.kikiki


PRAY FOR ALL MUSLIM ALL OVER THE WORLD

Wednesday, January 29

Rindukanlah..versi ku...

Tetiba tergerak hati nak tulis lpas dgr lagu encik mimpi-rindukan lah... first dgr, rsa cam xda apa2 lg sbb msa tu terdengar bla playlist tu tgh mode random play.. Lpas tu bla dgr btul2..konon dngar dengan sepenuh hati la.. teringat kat teman2 ku skalian.. haha.. ini serius.. pernah terbaca x ingat kat mana.. buku psiko ka..haha.. stiap lagu yang kita dengar tu mesti akan buat kita teringat pada sesuatu peristiwa @ orang.. dan ini lah lagu ku untuk kalian semua.. hehehe.. jiwang tetiba.. 

Lagu ni rasanya mungkin untuk couple yg lovey dovey ..tapi xpa la kta pun nakamas yg lovey dovey jugak kan? hehe... ni lirik lagunya..pandai2 la translate bagi sesuai ngan jiwa..Terasa geli geleman jugak bila dah copy paste sbab terbaca lirik dia mcam..ermm.. hahaha....ni cilok kat laman web mana entah.. trima kasih..hehe..

Artis : Encik mimpi
Tajuk : Rindukanlah



Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku v3
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

Monday, January 27

first post 2014. eheh

credit as stated.

2014 yea. ^^ whateva. haha

hmm. okeh. wanna dedicate one of my fav song to u.

this one is special for me, my darling mas merah, and my mushee idah-chan.

although it is kind of weird, as in 'tetibe jek tanpa intro and all'. just wanna post something. keke

here it goes~ booommm

"Save Your Heart"- mayday parade


She fell to the bottom of her life
This wasn't meant for two
She struggles to find herself in time
But she can barely move

Just try and get up
You gotta slowly brush off
I know that words aren't enough
But you're better than this

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Torn apart
Never getting what you've been crying for
It's always the same

She turns the pages everyday
Just to change the mood
But every chapter reads the same
So hard to make it through

Just try and get up
You gotta slowly brush off
I know that words aren't enough
But you're better than this

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Torn apart
Never getting what you've been crying for
It's always the same

And you give (and you give)
And they take (and they take)
And it's love that you want
But not love that you make

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away

Save your heart
For someone who leaves you breathless
And I know that you're scared
Seems like someone said you had it in you
All along you said you knew this was wrong
But still worth dying for

Save your heart
For someone who leaves you breathless
And I know that you're scared
Seems like someone said you had it in you (are you scared?)
All along you said you knew this was wrong
But still worth dying for

And you give (and you give)
And they take (and they take)
And it's love that you want
But not love that you make

Save your heart
For someone that's worth dying for
Don't give it away
Don't give it away

::credit::

hahaha

oke sila jangan salah faham yea.

i dedicate this to mas merah sebab in case mas merah patah hati sebab i tolak cinta mas merah (hahahaha silakan muntahhijau) so, i konon2nya pujuk u la ni. hahahhaa

idah n me, well, sebab saje. nk point dekat another three xbole sebab the signal is not available.

i guess this is why my asim says that i am an addict. sakit parah dah ni. i have japkor-addict-disease! ottoke!haha (er. asim is my bro :P)  baru lepas habis tengok cite 'marry him if u dare' and rewatch 1% of anything.. -_-'' adeh

.................

just a simple sharing.

well sharing is caring, aite?

a read from here.

Memahalkan Diri.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Berapa banyak buku telah kita telaah?

Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?

Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?

Apakah kita ini cakna isu semasa?

Pandaikah kita menguruskan wang?

Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?

Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.

Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.

Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!

Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.


Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.


Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.


Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.


Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

.....................................................
this is for u and for me. :)

may Allah bless~

^^

sayang anda sume! 

hugs!

p/s: dunia dlm hati tu kna usaha kikis skit skit.. -_-


Thursday, November 7

Daku Masih Di Sini..

Hai.. hehe.. segan pulak rasa.. dah lama x menulis.. maklum la student kan (busy la sngat)..haha.. Makin aktif tgk dgn resipi yg bermacam2.. jeles ada,teringin pun ada gak.. rasa nak jemput ja dtg sni tolong masakkan... boleh? hehe... idah n su boleh ermm... masak nasi ngan lauk.. ainik masak dessert... faezee boleh tlg kemas blik.. anis ni...hrmm.. teman err.. teman suka2 je la..haha... menghiburkan hati yg lara..ecehh..hehe.. 

Tetiba rasa tergerak plak hati nak share resipi jugak..simple dan berpenyakit.. sebab apa berpenyakit? sebab dia manis sungguh...tp ye la..benda sdap mmg berpenyakit.. hehe.. 

Nama dia.. 

Resipi Biskut Merie Bercoklat Freestyle..

Bahan-bahan :

1. biskut marie - 900 g 
2. Butter - 900g (x igt berat dia tp 1 butter yg bsar tu)
3. Susu Pekat - 1 tin besar
4. Milo - 450g

*ni untuk dua ke tiga dulang 4 segi tu... 
senang citer resipi dia ikut ratio 
1 biskut marie : 1 butter : 1/2 milo : 1 tin susu pekat (mmg slalu pkai 1 tin ja)

Cara-caranya :

1. Masukkan butter dalam kuali bagi dia cair (Api sederhana) 2. Lepas dah cair masukkan susu. kacau sekejap ja bagi dia sebati. 3. Pastu masukkan milo. kacau bagi sebati (Jgn lama sangat) 4. Akhir sekali, masukkan biskut sikit demi sikit dan kacau kacau bagi rata.
5. Letak dalam dulang dan ikut la nak penyek2 kan dia ke nak terbalikkan terus dari kuali ke dalam bekas ke.. ikutla.. freestyle kan..hehe

*Jangan masak lama2 sangat takut hangus..nanti pahit jadinya..hehe

Itulah dia.. Berkat dari kena paksa masak biskut coklat ni utk kenduri kahwin jiran 3 lorong.. Berkuali2 masak smpai rasa dah bleh bukak kedai..haha...ok.. enjoyy!!

Sory xda gmbar.. sbb macam malas je...hehe..

Tuesday, October 15

salam eid al-adha!!!!


 salam alaik~

(^_^)/ alloooo *echo berjuta kali*

lame xmenulis dalam blog nakama. hai minasan. ogenki desuka? watashiwa sangatla gondol desu! haha

first n foremost, happy eid al-adha !!!! :)

may Allah grant all your prayers and bless u always! ameen.

here is part of the article about aidiladha. ^^

Eid al-Adha, the Festival of Sacrifice, is observed on Oct. 15, 2013, in the United States. One of two feast festivals celebrated by Muslims, Eid al-Adha falls on the 10th day of the Islamic calendar’s last month, Dhu al-Hijjah.
Eid al-Adha falls within the annual pilgrimage to Mecca known as the Hajj. Determining the exact date of Eid al-Adha, is a point of contention and some wait for an official announcement from the authorities in Mecca.
Muslims celebrate the holiday to commemorate their belief in Abraham's willingness to follow God's command to sacrifice his son Ishmael, and Ishmael's consent to being sacrificed. Today, it is is marked by slaughtering animals to feed the poor. Coming at the end of the Hajj, a journey of dedication and purification, Eid al-Adha is understood as an opportunity for second chances. 
According to the Quran, when Ishmael (known as Isma'el in Arabic) was 13, his father, Abraham (Ibrahim), began having inconceivable dreams in which God instructed him to sacrifice Ishmael (Quran Surah 37). Unbelievable as the dreams were, Abraham decided to follow Allah's instructions -- but not before asking Ishmael if he would agree to this. The son did not hesitate, showing ultimate submission to God's will by telling his father to go through with the sacrifice. Then, at the very moment that Abraham raised the knife, Allah tells him to stop -- they had passed the test -- and to replace Ishmael with a sacrificial ram. In the Quran, Abraham is rewarded for his faith with a second son, Isaac. - copied from 
sy sangat rindu, RINDU,RINDU. pada anda semua yang kawaiiiii.. hehehe tak percaya? silalah tanya saya sendiri. haha (^_~)

alhamdulillah, sejak duduk di rumah ni, menanam anggur n mangga,(-_-) haha rasa tergerak tangan nak menulis dalam blog. ;) selalu bukak blog idah n su, nk tengok update mereka. bab su kene intview tu menarik lah. hehe

pagi ni xramai orang pi kubur or maybe sebab baru pkul 9 kut, dorang direct pi tempat lembu kut. ntahlah. selamat hari raya tok bah! maka sekarang ni menunggu masa untuk berangkat pi pasir puteh jumpe sanak saudara di sana. lalalalala  ^^ haha semalam lembu, kambing, ayam n itik pakat lari bekebut sebab harini kena sembelih. teheee~

Tangan pergi bukak lappy terchenta ni, then donlod runningman ep167. :P kekeke then baru pergi tengok blog yg bersawang sawang(sila bayangkan aksi duk kait sawang tuh) . post yang pasal aiskrim idah tu sangatlaaaa interesting. hehehe hebat gile chef idah ni. sejak duduk umah beliau menjadi chef tersohor kut sampai gile terer masak2. hehehehehe idah, oghe sangat la malas nak memasak. hahahaha

opsie. gotta go. ayoyoyoyo

adeh. xsempat nak sambung cite. huhu

next time inshaAllah.

:)

SALAM AIDILADHA MINNA!!!!!

<3

love u guys.

regards,
me. anis nurdiniey.

May Allah Bless.

END

Monday, September 23

Jom Buat Aiskrim Tanpa Guna Ice cream Maker

Assalamualaikum semua......
Lama tak bersua kat blog nakama ni.
Takde idea nak dicurahkan.. Acececewah

Sekarang kan musim panas. Kalau tengahari tu, dapat makan ice cream memang heaven. Hahaha
Jadi, terkeluarlah idea nak buat ice cream ni + nak bagi Anis cuba buat kat rumah sebab Anis kan dah duk rumah. Daripada duk sesaja, jom buat aiskrim ni yr Anis-chan.hihihi
Yang ni lebih kurang macam basic ice cream
Kalau nanti nak tukar flavour atau nak tambah yang lain2 seperti choc. chip dan sebagainya, dipersilakan.
Idah dapat resepi ni dari facebook Buku Resepi. Like la FB ni dan ada macam2 resepi dan insyaALLAH menjadi.

Biasanya kita tengok orang guna ice cream maker nak buat ice cream kan. Tapi kat rumah bukannya ada objek tu. Bukannya buat bisnes aiskrim + harga dia bukannya murah kan.

Berapa harga pembakar wafer eh, tetiba tukar tajuk. Hari tu nak makan wafer je. Kalau baut sendiri takde la mahal sangat + boleh letak topping dia pelbagai kan. Yummy. Ni kira salah satu akibat kerja kat D'sukres la ni. Semua benda nak buat sendiri sebab dah tahu kan. Dah2, duk mengarut pulak. Kembali ke topik asal.

Jom buat aiskrim.

Jom kita mulakan.

Bahan

1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu pekat tadi)
1 biji telur dikocak2
1 sudu esen vanila
1 sudu ovellet (yang warna kuning tu, google cari ^^)
1 1/2 tin sweet corn ( nak buat ice cream jagung), hari tu guna 1 tin, tak terasa sangat jagungnya. 1 tin tu kita blend, yang 1/2 lagi tu letak dalam camtu je.
1 sudu tepung jagung
1 sudu perasa jagung manis


Cara-cara

  1. Masukkan susu pekat, air,tepung jagung dan telur kedalam kuali dan masakkan.
  2. Bila dah likat campuran tadi, tutup api. Biarkan sejuk seketika 
  3. Bila dah sejuk, masukkan ovellete dan putar campuran tadi sampai kembang. Biar kembang DABOOM. Dia akan naik 2x ganda.
  4. Bila dah rasa kembang tu, masukkan esen vanila, perasa jagung dan jagung yang di blender dan yang tak di blender. Putar lagi sampai sebati.
  5. Bila dah siap tu, masukkan dalam peti
  6. 30 minit - 1 jam kemudian bukak balik ice cream tu dan kacau lagi. Yang ni bertujuan untuk menghaluskan tekstur aiskrim tu. Kalau malas, tak buat pun takpe. Masih sedap tapi tekstur dia tak lembut macam kat kedai la. 
  7. Masukkan balik dalam peti, Kalau nak lembut lagi tekstur dia, buat beberapa kali tapi kalau malas, pun takpe. 
  8. Bila dah keras , boleh letak topping kacang ke, choc. rice ke,. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak buat perasa lain, skip bahagian jagung tu dan gunakan bahan yang anda inginkan. Contohnya nak buat perasa chocolate, letak la coklat cair ke, emalco choc. ke. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak lagi sedap, boleh gantikan susu pekat tu dengan susu segar dan cream tapi mahal la kosnya. Bila letak susu dan cream tu, jangan lupa letak gula. Nanti tawaq la ice cream anda.kikiki . Bajet la nak manis camna. Ikut tekak anda.



sweetcorn ice cream with excessive topping. ngeh3


yang ni aiskrim strawberry coklat la kengkononnye

sampai disini dahulu
selamat mencuba
tata
assalamualaikum

Pray for Palestine, Egypt, Syria, Roghingia and our brothers and sisters all around the world. PRAY4UMMAH

Tuesday, July 30

anis+cooking= undefined.



Salam alaik nakamas sekalian~

first of all, RINDUUUUU~~  T_T

(^^,)/ ngee~

oh dah lama tak update blog nakama, tup2 tengok cik idah da banyak upload resepi. ^_^

maka dengan ini topik kali ini, beta ( berdaulat tak saya? haha ) akan mengutarakan topik masakan.

sekarang ni maybe la kan musim masak-masak, sebab ramai yang duk bercakap pasal masak memasak ni sampai seorang wanita muda (hahaha) berkaca mata menjadi rimas and serabut apabila topik itu diutarakan.
eheh. <(-_-)>

Memandangkan orang sudah mula sibuk bercakap tentang resepi, oh lupa, sekarang makin dekat nak raya, sepatutnya kita semakin cuba perbaik ibadah puasa pada 10 malam terakhir ni, inshaAllah ameen. :)

Ada satu post dalam idah punya blog, idah ada buat cheese kek tu kan? so anis nurdiniey sebab dia eksaited nak buat jugak, maka dengan semangat waja penuh bersimpul padu, beliau membeli banyak (banyak la sangat buatnye tak) buku masakan, yang berorientasikan masakan kek, puding, biskut and hidangan bersusu.

okay.

so today i made a simple cheese cake( ye kot ) haha.. kek puding kiwi. ke kek berkeju puding kiwi. ke kek puding berkeju kiwi? haha ntah. pape je lah as long it consists of kiwi, cheese n rasa ala2 puding.

okeh nanti the resepi i updatekan okay. in the next post, inshaAllah.

COOKING.

hm.

macam mana saya nak express the feeling ey. hm, i LOVE cooking. betul, siyes tak tipu. I like cooking, but it depends on my mood. ;P

^_^

Alhamdulillah boleh la sikit2 memasak tetapi my skills are nothing compared to Su's n Idah's n Ainik's. mereka memang pro. hahaha

 Kalau tak minat memasak, saya tak akan suka tengok orang memasak heee~

n one fine day sebab nak sangat try buat kek, dengan penuh riang ria ala-ala kanak-kanak ribena, i made kek batik yang ntah la jadi ke tak. ;P

tapi takpalah sebab ada orang makan kata sedap, makasihhhh. walaupun tuan punya diri sendiri tak nampak pon bentuk kek batik tu. haha

conclusionnya, idea idah untuk update kan post pasal resepi sangatla bernas.

antara sebab-sebabnya adalah :

1. suka tengok idah masak2
2. boleh copy resepi. yay!
3. bole buat sendiri yay!
4. mencetuskan semangat para pembaca esp me haha untuk memasak
5. menghidupkan blog yang makin liplapliplap ;P

oke. so long for now.

happy fasting!!!!

selamat berusaha mengejar pahala for the remaining days of Ramadhan..!

selamat berubah mnjadi lebih baik..! ameeennn

^_^

*love n hugs*

-pray for the muslims in palestine, syria, n muslims all over the world. ameen-

May Allah bless~

End.




Tuesday, July 16

Roti jala a.k.a jala buruk ala Terengganu kiter

Assalamualaikum. Hamboi tajuk berjela panjangnya. Semput nak sebut time bulan puasa ni. Hahaha.

Kita buat roti jala dulu ye
Ni bahan-bahannya

Gandum ikut kita nak buat banyak mana
Garam secukup rasa
Telur sebiji
Air ikut gandum sampai likat ( jangan cair sangat)

Caranya

Campur semua . Air tu letak ikut gandum jadi likat. Jangan cair mcm air. Tengok gambar kat bawah ye, guna phone so tak tahu nak drag gambar camne.

Cara memasak

Sapukan kuali dengan minyak ( dengan cara celupkan tisu dengan minyak).
Corakkan atas kuali.
(Anis perasan x kuali yang Idah guna tu. Kuali tu yang Idah beli kat Penang tu. Anis tanya nak buat nape ngan kuali tu kan. Tadaaaa, banyak kegunaan dia. Buat kuih ni, goreng burger, masak roti canai. Macam2 lagi la.hihihi )

Kita buat kuah ye
Ni bahan-bahannya

Santan dlm 3 cawan
Telur sebiji dikocak
Nissan (gula melaka) 1 keping bulat Gula 1 sudu Garam secukup rasa
Tepung gandum 2 sudu

Caranya

Masukkan santan, nissan, gula dan garam. Bancuh tepung dgn air setengah cawan dan masukkan dalam kuah.
Kuah kena selalu di kacau untuk mengelakkan santan palle ( berketul)
Bila dah gelegak, masukkan telur. Rasa, siapa yang suka manis lg, boleh tambah gula.

Dah siap.
Selamat mencuba.
^^

Please pray to our muslim brothers and sisters all around the world.

Sunday, July 7

Mee kari geng agrobiologi

Assalamualaikum semua.

Bagi merealisasikan idea sendiri (ayat skema), hari ni Idah buat mee kari. Resepi ambik kat fb Buku Resepi. Nama panjang kot.hahaha

Okay,jom kita tengok bahan2

1 labu bawang besar - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - ketuk
1 keping asam keping
Rempah 4 beradik (1/2 btg kulit kayu manis, 3 kelopak bunga lawang, 3 biji bunga cengkih, 2 biji buah pelaga)
Daun kari 2 tangkai
2 batang serai - ketuk
6 sudu kari - bancuh dengan air sikit
1/2 ayam, bahagian dada dan tulang
3 biji kentang - rebus dah blender sampai hancur ( ni nak pekatkan kuah)
1 1/2 cawan santan pekat
Fishcake - hiris nipis (tp jgn nipis sangat)
Bebola ikan - celur
Tauge - celur
Mee kuning -celur
Telur - rebus
Limau kasturi @ limau nipis

Okay, jom kita tengok cara2

Dalam periuk yang lain, rebus ayam untuk mendapatkan stok ayam (air rebusan ayam)

Dalam periuk yang lain, mula2 tumis daun kari sampai naik bau. Lepas tu letak rempah 4 beradik dan bawang yang ditumbuk,halia dan serai. Lepas dah naik bau, masukkan kari yang kita bancuh tadi. Lepas dah nampak sebati tu, masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan asam keping. Lepas tu, masuk stok ayam tadi bersama ayam bahagian tulang. Bahagian dada , kita toskan untuk carik-carikkan. Lepas tu, masukkan kentang yang sudah diblender. Masuk garam dan gula sikit. Rasa la nak macam mana. Bila dah gelegak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Cara penyediaan
Letak mee kuning kat tengah, letak kuah dan hias dengan bebola ikan, tauge, telur rebus dan isi ayam yang dicarikkan serta limau kasturi ( Idah takde limau kasturi, campak limau nipis je) dan hiaskan dengan daun sup.

Thursday, July 4

Idea!! ting.

Assalamualaikum semua

Ramadan bulan rahmat semakin menghampiri kan. ^^
Moga kita dapat mendidik jiwa menjadi lebih baik.
Jom jadi baik.

Oh, jom kita masuk ke topik diatas

Idah ada idea,
apa kata sambil kita buat entry tentang pengisian ramadan, kita buat juga entry pasal juadah berbuka bersama resepinya
tak kira la resepi apa pun
lauk ke, pencuci mulut ke, air ke
boleh bagi idea kepada kawan2 yang tak tahu nak buat juadah berbuka puasa
pengalaman Idah duk lama2 kat rumah ni memang memeningkan nak buat lauk apa
biasanya lauk yang sama je, hihihi

so, feel free to post your recipe. ^^ v


hanya gambar ehsan pakcik google ^^

sekian.Assalamualaikum

Free Palestine, Save Syria, Roghinia, Mesir and all muslims around the world.


Daisypath Friendship tickers