Showing posts with label suka_suki. Show all posts
Showing posts with label suka_suki. Show all posts

Tuesday, September 29

CAMPAK KEMBALI KENANGAN ITU

Assalamualaikum.

R.I.N.D.U

Sebelum tu nak mintak maaf kat nakamas terutamanya Cik Anis (Cik Anis kita ni yang rajin menghapdate blog ni) sebab lama tak update new entry. BYANE CHINGU YA.
Teringat kembali kata2 pertama bila blog ni ditubuhkan. Cik Anis kata biar blog ni jadi tempat kita luahkan apa yang kita rasa, apa yang kita hadapi, apa yang kita lalui supaya kita semua merasainya walaupun kita jauh dimata, tetapi kita dekat dihati, sarat dengan memori dan rasa itu.
Sekali lagi MAAF ye. Terkadang internet slow menambah rasa malas menghapdate segala cerita, kekangan masa dan idea, rasa malas yang bertimpa2 dan macam2 lagi alasanya.hihihi. Tapi itulah realitinya.

okay, back to my topic, throwback.

Bila bukak lappy atau terimbas kembali memori kat USM dulu, hanya ALLAH saja yang tahu rasa tu. Rasa rindu bau hujan kat USM, rindu makanan kat cafe walaupun dulu rasa cemuih nak hadap hari2 lauk yang sama, bau angin pagi bila kena pergi kelas kul 8.00 pagi. Sejujurnya rindu suasana USM tu sampaikan katil Saujana pun Idah rindu. Tu baru kebendaan, tak termasuk lagi mereka yang bergelar sahabat macam kamu semuaaaaaaaa . I miss you all so badly!. 

semewek Ummi Iman ni senyum. Tangan Ummi Salahuddin pun nak masuk gambar.
cepat masa berlalu, dah jadi ibu kawan2 kita kan.

Tengok gambar ni macam2 duk terbayang.
Ramai dah kahwin, siap ada anak dah pun.
yang single masih single (giggle), bila nak mendoublenye.haha
Rasa nak buat reunion je


Muka berdebar nak ambik thesis. Mesti macam2 duk fikir kan.
selagi tak hantar, selagi tu tak senang duduk.
Reunion sekali dengan rumate n jiran bilik. kompem HAVOC
Betul kata Anis, rasa macam dah banyak perangai kat Uni dulu hilang, mungkin dah makin dewasa kan.
Tapi yang positif pun makin terhakis, YaALLAH risau pulak.
Adakah ditelan waktu dimamah kenangan?
Moga zarah2 positif kembali masuk kedalam diri ini. Amin allahumma amiin

p/s: saya sayang awak semua kerana ALLAH Taala, InsyaALLAH.


Monday, August 24

bogoshipda!



salam alaik~

minna!

okay. sekarang ni pkul 3.55 am, selepas duk pusing sana pusing sini takleh tido, decided buka lappy, then tetibe je nak update blog nakama. hewhew

dah berpuluh-puluh tahun dah gamaknya tak update blog. -_-' sekarang unprivatekan balik blog, in case ada nakama yang taleh log in. huhu

walaupun kita sokmo jugak mesej thru whatsapp, msg etc, ntahlah. rasa best pulak klau btukar2 cerita, btukar2 resepi kat sini. ke xda dah nakama yang nak type post dalam blog ni? TT_TT

saya rindu anda semua. nak gi usm la. haha saje nak g tengok usm. rindu. :'(

yang bulan november tu inshaAllah kalau jadual kelas xclash. harapnya x lah. huhu

hm. till next post lah.

jom puasa esok? eh hari ni lah kan isnin heee~ saya sayang anda semua. (emosi pulak pagi2 ni. biasala pelik sket sekarang ni. entah kenapa. -_-)

love y' all!

p/s: lame dh xbuat gini. haha ke rasa macam makin tua /(>_<)\ rase mcm hilang identiti dan personaliti la sekarang. eh? may Allah bless!




Sunday, January 25

your resolutions?






salam alaik~

lamanyaaaa tak menaip terasa kekok. haha gtu pulaks. minna, how are u?tatau nak tulis apa. apabila tangan nak menaip je, aura malas tu mai pulak. ades

currently at home, doing nothing much except reading, gaming, lolling, and drooling over lappy while bersukariabersamakucing2gembira.

so many things happens this last few months, and one of them was the banjir at kkrai, alhamdulillah famili tak terjejas teruk, and now the after effect of banjir can be seen. AllahuAllah

ain kurus how are u? rumah ain mesti kena teruk kan. macam asma. harap ain n asma tabah dan sabar.. inshaAllah

whatsapp xleh sebab kat rmh wireless xsampai kt fon. haha so berblogging jelah nak? ;)

sekarang ni tahun 2015.

kejap jek masa kan. dalam memori ni still in 2012 lagi. aduyaiii...

tutup mata bukak mata, everything seems different. maybe sebab bertambah angka jadi semakin bertambah aura kematangan? -_-'' harap2 makin matang ameen. last week, 2 of umi's friends died. natural death. meninggal tanpa sakit-sakit teruk, well umi cried hard. sebab kawan sejak sekolah menengah lagi and because it happens suddenly kut. Al-fatihah untuk arwah.. dari Allah kita datang, dan kepada DIa juga kita kembali..

angka yang bertambah bukan tanda kematian, just a scratch of line showing our general identity, on how long have we live on till today. kan?

so. resolution tahun ni?

-becomes better person than last year
-tmbah ilmu thru books etc
-cakna hal dunia n agama
-tinggal apa yang perlu tinggal
-be honest with urself
-show the other me, my alter ego

^^

my resolutions. kena usaha untuk make it happens then! fighting!

what about yours?

mind to share?


p/s: aritu cik merah show me something that i've already guessed b4. :) thanks yer. walaupun tersengih ku membacanya, wakaka.. anda sangatla kelakar+comeyyy. kekeke ha. er gambar2 itu akan dipost be4 bulan 3. nk cari cd dlu untuk diburn inshaAllah~ pyong~


Monday, September 23

Jom Buat Aiskrim Tanpa Guna Ice cream Maker

Assalamualaikum semua......
Lama tak bersua kat blog nakama ni.
Takde idea nak dicurahkan.. Acececewah

Sekarang kan musim panas. Kalau tengahari tu, dapat makan ice cream memang heaven. Hahaha
Jadi, terkeluarlah idea nak buat ice cream ni + nak bagi Anis cuba buat kat rumah sebab Anis kan dah duk rumah. Daripada duk sesaja, jom buat aiskrim ni yr Anis-chan.hihihi
Yang ni lebih kurang macam basic ice cream
Kalau nanti nak tukar flavour atau nak tambah yang lain2 seperti choc. chip dan sebagainya, dipersilakan.
Idah dapat resepi ni dari facebook Buku Resepi. Like la FB ni dan ada macam2 resepi dan insyaALLAH menjadi.

Biasanya kita tengok orang guna ice cream maker nak buat ice cream kan. Tapi kat rumah bukannya ada objek tu. Bukannya buat bisnes aiskrim + harga dia bukannya murah kan.

Berapa harga pembakar wafer eh, tetiba tukar tajuk. Hari tu nak makan wafer je. Kalau baut sendiri takde la mahal sangat + boleh letak topping dia pelbagai kan. Yummy. Ni kira salah satu akibat kerja kat D'sukres la ni. Semua benda nak buat sendiri sebab dah tahu kan. Dah2, duk mengarut pulak. Kembali ke topik asal.

Jom buat aiskrim.

Jom kita mulakan.

Bahan

1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu pekat tadi)
1 biji telur dikocak2
1 sudu esen vanila
1 sudu ovellet (yang warna kuning tu, google cari ^^)
1 1/2 tin sweet corn ( nak buat ice cream jagung), hari tu guna 1 tin, tak terasa sangat jagungnya. 1 tin tu kita blend, yang 1/2 lagi tu letak dalam camtu je.
1 sudu tepung jagung
1 sudu perasa jagung manis


Cara-cara

  1. Masukkan susu pekat, air,tepung jagung dan telur kedalam kuali dan masakkan.
  2. Bila dah likat campuran tadi, tutup api. Biarkan sejuk seketika 
  3. Bila dah sejuk, masukkan ovellete dan putar campuran tadi sampai kembang. Biar kembang DABOOM. Dia akan naik 2x ganda.
  4. Bila dah rasa kembang tu, masukkan esen vanila, perasa jagung dan jagung yang di blender dan yang tak di blender. Putar lagi sampai sebati.
  5. Bila dah siap tu, masukkan dalam peti
  6. 30 minit - 1 jam kemudian bukak balik ice cream tu dan kacau lagi. Yang ni bertujuan untuk menghaluskan tekstur aiskrim tu. Kalau malas, tak buat pun takpe. Masih sedap tapi tekstur dia tak lembut macam kat kedai la. 
  7. Masukkan balik dalam peti, Kalau nak lembut lagi tekstur dia, buat beberapa kali tapi kalau malas, pun takpe. 
  8. Bila dah keras , boleh letak topping kacang ke, choc. rice ke,. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak buat perasa lain, skip bahagian jagung tu dan gunakan bahan yang anda inginkan. Contohnya nak buat perasa chocolate, letak la coklat cair ke, emalco choc. ke. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak lagi sedap, boleh gantikan susu pekat tu dengan susu segar dan cream tapi mahal la kosnya. Bila letak susu dan cream tu, jangan lupa letak gula. Nanti tawaq la ice cream anda.kikiki . Bajet la nak manis camna. Ikut tekak anda.



sweetcorn ice cream with excessive topping. ngeh3


yang ni aiskrim strawberry coklat la kengkononnye

sampai disini dahulu
selamat mencuba
tata
assalamualaikum

Pray for Palestine, Egypt, Syria, Roghingia and our brothers and sisters all around the world. PRAY4UMMAH

Thursday, July 4

Idea!! ting.

Assalamualaikum semua

Ramadan bulan rahmat semakin menghampiri kan. ^^
Moga kita dapat mendidik jiwa menjadi lebih baik.
Jom jadi baik.

Oh, jom kita masuk ke topik diatas

Idah ada idea,
apa kata sambil kita buat entry tentang pengisian ramadan, kita buat juga entry pasal juadah berbuka bersama resepinya
tak kira la resepi apa pun
lauk ke, pencuci mulut ke, air ke
boleh bagi idea kepada kawan2 yang tak tahu nak buat juadah berbuka puasa
pengalaman Idah duk lama2 kat rumah ni memang memeningkan nak buat lauk apa
biasanya lauk yang sama je, hihihi

so, feel free to post your recipe. ^^ v


hanya gambar ehsan pakcik google ^^

sekian.Assalamualaikum

Free Palestine, Save Syria, Roghinia, Mesir and all muslims around the world.

Sunday, June 2

Ainik: officially married.

/hangpa dua org sangatla comey.. ^^
[mood]--> ♪♫♪♫  nasheed Maher Zain, Baraka Allahu Lakuma sedang berlagu  ♪♫♪♫

salam alaik~

minasan!

^_^

anyeonggg~~

okeh.

last sunday punya citer tapi saje nak post dekat blog. okeh ainik aka ain kurus yg comey da kawen..!!

to ain and nik, here's our doa :

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

alhamdulillah. :)

their wedding sangat simple, tapi sangat elegan. credit goes to ain's father! hehe

tengs ain, the makanan sedap. :) (bubur tu sdap la. tp org xsmpt mknn! -_- haha )

sory sbb pergi xsempat nak duduk lama2, mkin ramai tep mai. dari pihak lelaki lagi. segan la. eh? haha

n lepas attend ain punya wedding budak2 tempat kje makin semangat bertanya, eh kak anis bile lagi? aik?

-_-''

sorry. sy tunggu mas merah. eh? haha

here's a few snap. tp sebab amik skit je, banyak i posted dekat fb dah. so yg ni je la sket2

oke maaf gmbar blur.-_-
sangatla suke tengok ain punya tudung kawen ni. besar. and labuh. but it looks comey on u. hehe :)


n the tempat sanding(betul ke nmenye tuh ah hentam je lah hee) sangatla lawa. :)

pengantin punya makanan :P
oke this one, ape die namanya makan pengantin mengadap? pelik je ase. haha biarla. ;P

nik, his sister, Mimi n Ain
oke ini adik nik, Mimi. :)

the next day lepas pergi mjlis Ain tu, adik Nik mai beli barang dkt kdai tu, sebab looks familiar je, so anis nurdiniey pon semangat laa tanya, adik nik ke? aik die xpaham. so i asked again adik Din ke.. baru ada recognition hehe.. tanye ain n nik katne, mak nik kata dorang pegi lawat sedara mara. :)

okela. ini gambarku n famili. abah n alia xmsuk. -_-'' 
yelah2. haih. this one is my gndol gambar. sila take note, my sleepy face+tdung xjadi+my kaki mcm xsopan jek. hahaha all in all, this one is soo kulatt :P

heee~



oke, last but not least, AiN N NIK!!!! OMEDETOU!! (^_~)/

towards baitul muslim. :)

May Allah bless u guys!

ameen~

p/s : Ainik, comey x anis nurdiniey punya hadiah? hehe

Sunday, July 8

pertemuan --> perpisahan

assalamualaikum semua

masa nak buat entry ni ..nampak entry yang cik anis kita buat
sebak baca tiap2 patah ayat yang cik anis kita tulis
walaupun entry ringkas je tapi sangat menyentuh hati
kawan2...idah sayang korang semua..LOVE..
idah sangat bersyukur dapat kawan2 macam korang
alhamdulillah..^^
insyaALLAH bulan 9 ni kita jumpa ya
dan semoga ALLAH panjangkan umur kita dan semoga kita semua berada dalam payungan rahmat-NYA..ameen

teringat petikan ayat dalam buku (lupa tajuk dia)
"jangan ucap selamat tinggal"
"walaupun kita tidak berjumpa didunia..insyaALLAH kita jumpa di syurga"

..ameen..

ohh..sedih2...sebab barang2 dah pack walaupun bukan semua..(.mood sedih)
teringat mesej cik ain
"terasa sedih plak sebab kita selalu duk gelak2"
"biasanya kita duk gelak2..sem depan boleh jumpa lagi"
"ni bila pulak kita boleh jumpa"

camtu la lebih kurang ayat cik ain kita
sedih kan..
biasalah kan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
dan apa yang dilalui jadikan kenangan untuk diingati
untuk kenangan yang buruk2 + gaduh2 jadikan batasan
supaya kita belajar dari kesilapan itu
^^

insyaALLAH teman2 semua..
kita jumpa masa grad nanti ye
cuba datang awal semua..^^

hehe
tata semua
assalamualaikum...:)


selamat tinggal, bumi minden. selamat tinggal minna ;')

::friendship::
....................................
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
.............................

waaa.........sedih!! ;'(

semalam su dan ainik dah balik, meninggalkan kami2 (anis,idah, faezee, ain kecik balik rumah kejap pastu mai balik) yang tengah menunggu masa je nak balik. 

malam ni idah pulak. ;'(

walaupun inshaAllah jumpa lagi untuk graduate bulan 9 ni, tetap rasa sebak sebab ada je possibility untuk tak ketemu kan, andai Allah dah jemput kita ke.. ya Allah, panjangkanlah umur kami2 semua, ameen. 

Alhamdulillah, 3 tahun di bumi minden ni, banyak benda yang kita gain and banyak juga yang kita lost. so, dah tiga tahun duduk kat sini ni bila time2 nak tinggalkan usm ni terasa sayang pulak. sayang jugak nak berpisah dengan sahabat2 ni. :(

Sunday, June 24

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum

hai hai hai......^^
bersua kembali kita
post kali ni nak berterima kasih kepada seseorang
siapakah itu??
jeng..jeng..jeng
hehehe
nak berterima kasih pada Nurul Ain Abdul Aziz

kenapa??
sebab belanja nakamas makan2
makan apa?
PIZZA!!
Cheesy Bites STEAK pizza...

Cheesy Bites STEAK pizza.^^
pizza ni keluaran jun
rasanya..sedap 
tapi fingers kat tepi tu banyak sangat cheese
so sedikit muak
hati kami masih terlekat kat pizza hawaiian chicken & Pizza pepperoni
tapi apa2 pun still sedap sebab orang belanja kan..ngeeeeeeee..^^
makanan sampingan yang di add-on 

favourites platter (gambar makanan yang ni je sempat diambil)

Dalam favourites platter tu ada ayam,kentang dan "toasted chicken & cheese roll"
yang paling best ialah toasted chicken & cheese roll 
makan panas2
memang terangkat
rangup + rasa cheese..memang WOW la..hehehe
nak tau macam mana rasa dia
kena beli dan makan sendiri..ngeh3
dan dessertnya...Tripple Plessure

ni ha Tripple Plessure tu

Tripple plessure ni mula2 macam banyak la kan
sebab
gelas tu berat dengan aiskrim + nampak macam banyak
rupa-rupanya 
gelas tu yang berat + optical illusion (macam kanta pembesar gitu)
tertipu kami..hehehe

semasa order tu teragak2 juga + tertanya2 kat Cik Ain kita
"boleh ke nak ambik yang ni"
"berapa budget nak belanja kami ni"
"ain pilih la..kami makan je"
antara soalan2 yang ditanya dan ayat2 yang terlontar dari mulut kami(ayat sastera skit..ngeh3)
dan seperti biasa
dengan tenangnya Cik Ain kita ni bersuara
"rilex..duit cukup" + muka yang tenang (seperti biasa)

sebenarnya gambar2 makanan (kecuali favourite plater) tu saya ambik kat pakcik google
sebabnya
kami tak sempat ambik gambar
bila diingat balik terasa lawak je
tengah letak makanan tu dalam pinggan masing2
tiba2 Cik Su bersuara
"kita tak ambik gambar makanan pun"
tergelak kami2
lapar punya pasal
sampai makanan terus makan
dah tak tengok kiri kanan dah
nanti kalau lapar mak mertua lalu pun boleh tak perasan ni
bahaya2..adeh..hahaha

untuk pengetahuan bagi mereka2 yang tak tahu @ yang dah tahu (nak beritahu gak)
Cik Ain kita ni penerima biasiswa JPA
dan dia selalu belanja kitorang pemegang pinjaman PTPTN setiap sem
terima kasih Ain..^^
moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusanmu oleh ALLAH S.W.T ..aameen
dan begitu juga kepada semua namaka..aameen..

gambar yang sempat diambil ialah gambar kami semasa menunggu makanan + gambar favourite platter tadi


ni la gambar kami dengan muka lapar menunggu makanan
p/s gambar diambil oleh pekerja pizzahut sbb kami2 semua nak masuk gambar

okey semua
sampai sini je la ye
lain kali jumpa lagi
insyaALLAH 

bye semua...
ASSALAMUALAIKUM

^^



Thursday, June 7

Our DiNNeR~~~biONiGHt

Assalamualaikum

kanak2 riang-akan rindu kamu semua-

hai3 semua..
lama x update cerita kat sini
sebab apa~~saya takde cerita~~
hehehe..byane (= = ")

hokeh2..
ni nak cerita ni..duduk n dengar semua ye..
"pada suatu hari...sang kancil dan sang harimau..."
aik terkeluar cerita sang kancil la pulak..hehehe
(melalut no. 1)..hahaha

Hokeh2..fokus2..

cerita bionight ni cerita 3 minggu y lepas
disebabkan ke-bizi-an melanda 
tak sempat nak cerita
bionight ni dinner akhir tahun yang dikelolakan oleh kelab bio (bio-society USM) 
masa kami 1st year n 2nd year mmg kami2 dah janji nak pergi sana time 3rd year
sebab??
first n last..(pergi sana untuk pertama kalinya dan kali terakhirnya sbb kami dah tahun akhir)
akhirnya kami semua pergi (ain kecik,ainik,su,nora,kak awa,nadia, azi n nisah)..anis x dapat pergi sbb masalah teknikal.^^

petang pada hari kejadian(btol ke ayat ni?)
kami2 semua pergilah kat sana
tema dinner ni RED CARPET
kami2 hentam pakai baju kurung je(kak awa je pakai dress-sbb dia kak-hehe)
kami ke sana bukan nak melaram bagai
kami nak pergi makan + sebagai memori sebelum bergraduasi
baju kurung masuk apa kat tema tu
baju kebangsaan lagi tu (patriotik ni.^^)

ramai 3rd year tak pergi
maybe runsing sebab thesis kot

sampai kat sana kami2 pergi surau then pergi pantai
ape lagi
bergambar sakan la


kak awa semangat nak bergambar berlatarbelakangkan ape nama tu (y belon tu)

eksited sekali mereka2 ni bergambar


suka gambar ni

lepas tu kami2 pergi kat surau utk solat maghrib
dinner tu bermula pukul 8.30
oh lupa..dinner ni dibuat di Hotel Flamingo

lepas siap2 semua + daftar + duduk
bermulalah misi kami...MAKAN..hahaha


penuh satu meja..salah faham ni

sebenarnya berlaku salah faham
kami2 nak ambik untuk org lain
tapi tah macam mana org tu pun ambik benda sama
so memang penuh la satu meja
macam gambar tu ha
tah apa la orang kata
haish..malu2

dah siap2 makan tu..
apa lagi..sesi bergambar lagi dan lagi

layan gambar 


kami geng baju kurung n jubah..sempoi.^^


ainik xde kat sini lagi waktu ni.dia datang lambat skit



WE ARE AGRO GURLZZ..hehehe



RED CARPET EVENT kan..mesti la ade benda ni~baju kurung..yeah



akan rindu korang semua


Jea yang dah jd Najwa Letih katanya..hehehe


klik2..senyum


sebelum balik..sempat lagi bergambar kat lobi


Dah nak naik bas pun sempat lagi posing


Dalam bas pun bergambar lagi!!??..memang suka bergambar la korang ni.hehe

haha
dah habis dah layan gambar
sampai situ je la ceritanya.hehehe
biar gambar bercerita(cewah ayat)

korang2 semua...idah akan rindu korang semua
keep in touch ye
update blog ni ye kawan2 semua
bye
tata
selamat maju jaya


pesanan terakhir..untuk diri ini dan kawan2 y comel semua^^

rajin2 kan diri semua ya menghapdep blog ni..jangan tunggu anis nurdiniey je yang hapdep (pesanan utk diri sendiri gak)

bye2..ASSALAMUALAIKUM..^^

Wednesday, February 1

tErAsA nAk pOSt soMeTHing

assalamualaikum

lama tak bersua kan
sangattttttttttt lama.
yang rajin bab2 menge-post ni biasanya cik anis kita la kan..^^
so moh la kite post entry reramai supaya takde la sunyi sangat blog nakama ni..
cik su, cik ainik and cik ain...for cik anis(anda penyumbang terbanyak...keep it up.. -^^-)

hari ni dah masuk bulan februari
cepat je masa berlalu
baru nak merancang balik rumah(jika berkesempatan)
tapi kan dah nak habis cuti sem dah pun
so pening2 fikir nak balik ke tak
and...
tarikh konvo dah keluar.
insyaALLAH kami2 semua akan ber-konvo bulan 9 tahun ni (ameen)
macam sekejap je kan
semestinya hepi nak ber-konvo and bekerja kan tapi sebelum tu halangan terbesar kami2 ialah
jeng..jeng..jeng

FYP(final year project)

orang lain dah nak siap dah FYP diorang but me??
seedling kecik je lagi(tumbuh cepat ye sayang)
insyaALLAH siap on time(ameen)
so kena start writing thesis dulu la ye cik faridah ye..(n n)
kita kena positif ..oh..yeah..^^

bercakap tentang FYP ni
ramai my course-mate tak balik
ada yang balik cuma sekejap je(tu bagi yang rumah dekat dgn uni-rumahtepiuni-)
but me n others yang duk jaaaaauuuhhhh ni kena stay la
takpe2...sabar tu membawa seribu kemanisan..positif lagi..oh yeah..^^

teringat kata2 my big bro(abg yie) masa dia, my kakak ipar, abg kie , apik n safuan yang cute datang melawat kat USM

abg yie : dah(namatimang2ycute:p), ramai x yang stay time cuti ni
me :ramai..hampir seme tak balik
abg yie : berapa ramai course mate
me :dalam 100 kot (dalam kepala duk mengira2 budak2 applied)
abg yie :ramai tu...bagus la student USM ni..ada semangat bersaing..
me :hehehe..gelak2 je.(me also one of USM student so termasuk la dlm golongan yang bagus tu..hahaha,,perahsantan la pulak)

tu tanggapan orang luar terhadap situasi stay utuk siapkan FYP.
so walaupun kita terpaksa atau paksa-rela or whatever
kita kena jadikan tu satu semangat
kita mempunyai daya saing + semangat kental sebab walaupun orang lain enak bercuti kita masih disini..ye tak??hehehe
positif..positif...oh yeah..^^


banyak kan melalut pepagi ni
mata dah mengantuk tapi tunggu nak solat subuh dulu
kang tido time ni tak terjaga pulak...bukan tak kenal diri sendiri ni..huhuhu

tata semua
assalamualaikum..^^

Wednesday, March 16

kisah rumput dan lalang

part1

part2
p/s: during ento times :)))

kisah kasih sayang versi moden

part1

part2


 p/s: letak balik lam blog.*rindu*

i'll be waiting.

......
'kita kawan baik kan?'

angguk.

'forever kan?'

angguk lagi.

Dan hatinya tersenyum.
.......

suara Elliott Yamin di mp3 mengingatkan kembali kisah lama, merungkai satu perasaan yang sudah lama diketepikan.

I never felt nothing in the world like this before
Now I'm missing you
& I'm wishing that you would come back through my door
Why did you have to go? You could have let me know
So now I'm all alone,
Girl you could have stayed
but you wouldnt give me a chance
With you not around it's a little bit more then i can stand
And all my tears they keep running down my face
Why did you turn away?

Sunday, November 21

life is an art. deshou?



well, MY mas merah cakap, life is an art.

and I just nodded. 
...
buka psycho notes, tapi tiba2 kepala jadi dizzy. mata jadi berat. hmmmmm.... kenapa ye?
=.='' rasanya bell da berbunyi tuuu.
opsie, ain, bukan death bell2 ye.

jadi, proses menyegarkan minda, jom jadi pencinta seni ^^

i love beautiful arts. heee.. yelah, nak lukis xreti sangat, setakat kartun boley la sket2. tehee... :P

Friday, September 3

miraie...future?


nk try upload video tgk jd ke x.

testing2~
klu jd, bleh la idah, ain, su, faezee, masukkn la video nape nk wt masuk.

Tuesday, August 31

Teknik menghilangkn ...zZZzzZZ


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak


akhir sekali
buat joget kucing...




kalau tak hilang juga ...
ambil lah bantal kecik ... gi tidur bawah meja ........


tehee....

copy dr email.

sbb mngntuk skrg ni, jdik sbg latihan laa.~~ hehe
tp, i prefer the very last tu.. v(^,^)V


tp xyh laaa smgt p tdo bwh mja.!  =.=''


Daisypath Friendship tickers