Showing posts with label life lesson. Show all posts
Showing posts with label life lesson. Show all posts

Sunday, December 2

Tuhan, jagakan dia.



Tuhan jagakan dia
Dia sahabatku, 
yang tetap di hatiku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

salam alaik~

{mood}--> sedang dengar lagu 'jiwo'. haha

hai3...! awak, ogenki desu ka?

watashi wa ogenki desu. 

きみがいなくて淋しいです。[Kimi ga inakute sabishii / samishii desu]

-->"I'm lonely when you're not here."

meaning; RINDUNYEEE~~

kekekeke

baca post su tetibe ase rindu-rinduan. eh. ;P *sorryy terkembe sbentar*

tu sapa bila dengar lagu motiff band(betul k ntah namanya) sebab dengar lagu tu mase kje sokmo, ase mcam sweet sbb teringat dekat kengkawan oke. bukan pakwe. haha

tu atas tu lirik version anis nurdiniey ^_^

adik2ku yang lara duk kata 'Fuiyoo kakngah jiwang'. -_- oke.statement itu sungguh geli haha

aiyoo... hm. tatau nak membebel pasal gapo pulak ni.. hee

tp yang sure,oghe tengah tatau nak pkir pasal ape huhu

bestnye klau korang2 sume ada skali. :)

mesti ase cam blessing kan. 

harap2nye kite akan jumpe lagi..

inshaAllah ^^

.........................................................................

Haritu oghe ade la terbaca sket2 buku 'Bersyukur saat diuji' dekat kdai tu. taleh baca bena tapi terbelek sket2 sambil2 duk susun bku hehehe

Buku tu pasal kisah hidup dia (xingatpenulistuhuhu), saat dia diuji dengan macam2 ujian la.

ujian yang datang dalam pelbagai rupa.

yang ganggu fizikal, luar n dalam..

sampai jadi terover kepelikannya. aik? haha macam bercakap tentang someone la pulak. ;P

Allah takkan uji hambaNya tanpa sebarang sebab. dop?

mungkin tu sebagai caraNya nak mendidik hati kita supaya bersyukur dih. supaya sedar siapa kita sebenarnya. n supaya kita sedar tujuan hidup kita ;')

dekat palestin tu ramai syahid, kita plak still terover2 dengan nikmat dunia sampai tatau kemende laa duk buat.. huhu

alhamdulillah. :)

bersyukur,Allah temukan kita. sama2 tolong tegur kalu ada salah silap.

totttemooo arigatou!!! sbb banyak tolong anis yg kulat ni ;D

SY SYG AWK2 SMUA!! hehehe

k laa.. nk bobel something tapi tak ingat hehe.. kang kalu tulis banyak2 takut ad air mata terharu plak. kononnye my writing ni touching2 ke <--gurauan semata2. jangan amik serius. 

haha

\(^_^)/ *peluk*

“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..”
 ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)




“Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.”

May Allah Bless.

-END-

p/s: sangat merindui awak2 yg comeyyyyyyyyy!! skrg sedang pening fikir pasal masa depan..huhu rabbi yassir :)


Sunday, July 8

pertemuan --> perpisahan

assalamualaikum semua

masa nak buat entry ni ..nampak entry yang cik anis kita buat
sebak baca tiap2 patah ayat yang cik anis kita tulis
walaupun entry ringkas je tapi sangat menyentuh hati
kawan2...idah sayang korang semua..LOVE..
idah sangat bersyukur dapat kawan2 macam korang
alhamdulillah..^^
insyaALLAH bulan 9 ni kita jumpa ya
dan semoga ALLAH panjangkan umur kita dan semoga kita semua berada dalam payungan rahmat-NYA..ameen

teringat petikan ayat dalam buku (lupa tajuk dia)
"jangan ucap selamat tinggal"
"walaupun kita tidak berjumpa didunia..insyaALLAH kita jumpa di syurga"

..ameen..

ohh..sedih2...sebab barang2 dah pack walaupun bukan semua..(.mood sedih)
teringat mesej cik ain
"terasa sedih plak sebab kita selalu duk gelak2"
"biasanya kita duk gelak2..sem depan boleh jumpa lagi"
"ni bila pulak kita boleh jumpa"

camtu la lebih kurang ayat cik ain kita
sedih kan..
biasalah kan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
dan apa yang dilalui jadikan kenangan untuk diingati
untuk kenangan yang buruk2 + gaduh2 jadikan batasan
supaya kita belajar dari kesilapan itu
^^

insyaALLAH teman2 semua..
kita jumpa masa grad nanti ye
cuba datang awal semua..^^

hehe
tata semua
assalamualaikum...:)


Monday, March 19

괜찮아, 아빠 딸. [ Gwenhana, appa ttal]

salam alaik~

괜찮아, 아빠 딸 -----> it's alright, daddy's girl.

sambil2 menunggu masuk isyak ni, jari jemari tergerak menekan keyboard, tekan new post.

alhamdulillah, hari ni sihat walafiat (walaupun tade org btanya takpe la nk gtau gk hee), demam da tade la kut, cuma tinggal batuk n selsema sket2. idah jangan duk dekat2 sebab idah sng sket kena dop? (^^)/ maybe sebab lama xdemam kut, kali ni bila demam body jadi over la pulok nk pening la, sakit kepala la, sampai xpegi lab dekat 3, 4 hari. =_=''

and berkat doa umi abah kut hari ni rasa better sket ;')

alhamdulillah.

^____^

haritu abah antar mesej, biasa je la tapi tetap hepi gak. hihi.. so, abah trusts me la kan. inshaAllah i'll do my best as 'appa ttal'. and walaupun tak leh nak lawan everyone's feveret aka aina mardhati, i'll still do my very best, perbaik yang mana masih senget, sebab ak ni anak abah n umi. hiii~~

.....................

gwenchana appa ttal tu bahasa korea, tengok cerita tu dulu tetiba teringat. drama yang tekankan pasal family, wonderful daughters who fought through the problems for the sake of their beloved father. :)

kita ni anak perempuan, sangat2 risky sebenarnya. kita boleh tarik ayah kita untuk masuk syurga, or tolak masuk neraka.

sebab?

apabila cakap pasal wanita, yang paling utama sekali ialah aurat. aurat kita dengan yang bukan mahram iaitu dengan orang luar dari family, ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. sebagaimana pakaian kita sewaktu solat, macam tu jugaklah kita kena jaga aurat kita diluar solat.

pakai la apa pun, tak kisah, asal tutup aurat and covering aurat is not as simple as putting on cloth.  kita dah belajar dulu topik ni semasa sekolah menengah, dalam subjek pendidikan islam kan.

so, as a matter of fact, kalau kita jaga aurat kita, inshaAllah, kita tak bagi beban kepada parents kita terutamanya ayah sebagai ketua famili.

sama2lah kita jadi anak yang boleh bawak parents ke syurga. jadi solehah jum. :)

tak suka pakai tudung labuh meleret2, takpa. pakaila tudung macam mana pun, asal tutup that part sehabis mungkin. tapi apa salahnya lebih sedikit, lagi baik. :)

tak suka pakai baju labuh, takpa, pakailah baju yang longgar dan besar, yang tak menampakkan bentuk badan kita.

^__^

sama2 kita istiqamah.. ameen ~

nak jadi appa ttal yg solehah, mulakan dengan penjagaan aurat..:)

mujahadah melawan nafsu anda, cik anis. (=_-)

nafsu malas nak buat fyp. aik? terkeluar topik. myane mida. :P

okela kena p tulis lit review xsiap2 g ni, huhu azi da siap hantar dah. oke minna, ganbatte..!

ganbatte for the fyp, and ganbatte perbaik diri.  :)

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallammengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya”
Diriwayatkan oleh Abu Daud (hadis no. 4104 & 4106). Hadis ini disahihkan oleh al-Albani.

End~

Friday, March 9

hati oh hati.



SITUASI 1

' Awak boleh jadi imam?'

'hmm.. tak rasa layak kut jadi imam. Awak imamkan dulu boleh?'

' Boleh iqamah tak?'

Tersentap hati sekejap. Dalam hati berbisik, 'apa, nampak aku ni tak tahu sangat ke?'

' boleh..' perlahan dan mendatar suara menjawab.


'Assalamualaikum warahmatullah..' Kepala ditolehkan ke bahu kanan.

salam kedua pula diucap.

Air muka terasa keruh sewaktu bersalam dengan imam di depan.
....

' Apa hal laaa tadi rasa terbakar je hati eh? sembahyang pun tak berapa nak khusyuk...'

' Aku terasa ke tadi? Maybe? sebab terasa diri ni tak serendah tahap sampai tak tahu iqamah? atau sebab u think u are better than her?'

' Astaghfirullah. riak ke aku ni? Allah..

SITUASI 2

' Hey you. Jangan judge people dengan appearance oke. Aku pakai tudung ke tak bukan masalah kau. ceh. die tu cakap je lebih. Harap je pakai tudung labuh, entah2 perangai lagi teruk mana tauu..' kasar dia menjawab.

' sabar je la, dorang memang cam tu. ingat dorang je la baik. orang lain tu low la konon. huh buat sakit hati je layan orang macam tu. jom blah.! ' Tangan member sebelah ditarik.

.....................................................

Saturday, February 18

people. and people. =_=

(^_^)
salam alaik~

selamat petang minna~~ 

tengah rehat2 sekejap sambil bukak running man untuk kali yang-ke-berapa-ntah, baru balik lab tadi. ingat nak pegi lagi ptg ni kalau xletih -_-''

bestnye. ain kate famili die datang, p jalan2 la kut. hmm.. teringat zaman2 dolu masa asrama, famili mai melawat n kawan2 yang jauh tu tengok jer dengan muka sedih. oo gini la rasenye kan. huk2 rindu la kat umah. :'(

sape ckap tak rindu. kalau bole balik, lama dah dari first day cuti tu baru balik. i have my reasons la tak bole balik and fyp tu bukan the main ones. so, sila jangan tanya lagi sebab tak balik atau bila nak balik atau kata anis nurdiniey ni kuat sebab tak balik. ada la reason nye, biarla diri sendiri je tahu. akan ada la cuti tu inshaAllah :)

.................. .................... ............................. 
kita lihat apa yang kita nak lihat~

 so. 

people and people.

(^___^) me too xterkecuali la kan kalau cakap pasal orang ni. and this one is for me too~~

people kan pelik lah.kalau ada orang buat baik, akan dikata2 kat belakang. buat jahat pun dikata2 jugak. kalau duk diam pon akan dilabel jugak kan. macam kisah Luqman al- hakim dengan anaknya kan. macam tu lah kita kan.

maybe sebab cara melihat orang tu yang differentiate from one kind of people to another. and hati jugak. 

apa sahaja yang someone buat dilabel dengan satu tanda.

Once we label a person we negate them. Stop labeling people and accept people and see the beauty in them. We get angry and stressed because we want things and people to be as we want them. We do not allow circumstances to control us but we create the circumstances by our thoughts feelings and action. Every problem is in our mind and so is the solution so use our mind effectively. --Dr Muhaya

Wednesday, February 1

tErAsA nAk pOSt soMeTHing

assalamualaikum

lama tak bersua kan
sangattttttttttt lama.
yang rajin bab2 menge-post ni biasanya cik anis kita la kan..^^
so moh la kite post entry reramai supaya takde la sunyi sangat blog nakama ni..
cik su, cik ainik and cik ain...for cik anis(anda penyumbang terbanyak...keep it up.. -^^-)

hari ni dah masuk bulan februari
cepat je masa berlalu
baru nak merancang balik rumah(jika berkesempatan)
tapi kan dah nak habis cuti sem dah pun
so pening2 fikir nak balik ke tak
and...
tarikh konvo dah keluar.
insyaALLAH kami2 semua akan ber-konvo bulan 9 tahun ni (ameen)
macam sekejap je kan
semestinya hepi nak ber-konvo and bekerja kan tapi sebelum tu halangan terbesar kami2 ialah
jeng..jeng..jeng

FYP(final year project)

orang lain dah nak siap dah FYP diorang but me??
seedling kecik je lagi(tumbuh cepat ye sayang)
insyaALLAH siap on time(ameen)
so kena start writing thesis dulu la ye cik faridah ye..(n n)
kita kena positif ..oh..yeah..^^

bercakap tentang FYP ni
ramai my course-mate tak balik
ada yang balik cuma sekejap je(tu bagi yang rumah dekat dgn uni-rumahtepiuni-)
but me n others yang duk jaaaaauuuhhhh ni kena stay la
takpe2...sabar tu membawa seribu kemanisan..positif lagi..oh yeah..^^

teringat kata2 my big bro(abg yie) masa dia, my kakak ipar, abg kie , apik n safuan yang cute datang melawat kat USM

abg yie : dah(namatimang2ycute:p), ramai x yang stay time cuti ni
me :ramai..hampir seme tak balik
abg yie : berapa ramai course mate
me :dalam 100 kot (dalam kepala duk mengira2 budak2 applied)
abg yie :ramai tu...bagus la student USM ni..ada semangat bersaing..
me :hehehe..gelak2 je.(me also one of USM student so termasuk la dlm golongan yang bagus tu..hahaha,,perahsantan la pulak)

tu tanggapan orang luar terhadap situasi stay utuk siapkan FYP.
so walaupun kita terpaksa atau paksa-rela or whatever
kita kena jadikan tu satu semangat
kita mempunyai daya saing + semangat kental sebab walaupun orang lain enak bercuti kita masih disini..ye tak??hehehe
positif..positif...oh yeah..^^


banyak kan melalut pepagi ni
mata dah mengantuk tapi tunggu nak solat subuh dulu
kang tido time ni tak terjaga pulak...bukan tak kenal diri sendiri ni..huhuhu

tata semua
assalamualaikum..^^

Saturday, December 31

my very last post before tahun depan. eheh

woahhh. bnyk kut sawang2 neh. =_=''

salam alaik minna~

well, er... welcome back..! (-_-') lame kot xupdate blog nakama. ni pun sebab baru teringat. huhu

the thing is, so many things happen till now, sampai tak tau apa yang nak tulis dekat blog nakama nih. =_='' adoila.

hmm, well, sekarang ni tengah study week, erk, sebenarnya esok2 lusa da start final exam, cume kitorang start 6 hb. su awal lagi kalau xsilap, sebab minor kan. kalau tak silap la.

aiyayaya....~

banyakkkkkkk lagi tak setadii [sobs] . ni pun tengah rest2 sambil menenangkan otak dari fikir pasal lab ku yang terchenta. eheh

oke back to the tajuk post kali ni, my very last post in 2011. ^^

<<<............................2011....................................>>>>

meh nak masuk mood tacing2 jap. keke

well, we've been friends since 2009, rite. 
soOooOOooOooOOO many things happen.
soOOOOOOoOoOOoOoOOoOO many problems occur.

and yet we're still friends kan.

*\(^__^)/* chukae2.

::i say::

deep from my very little heart, i thank all of u for accepting me the way i am. and i hope u guys will forgive those stupid  mistakes that i've made so far. and even u've heard these kind of things so many times, i still wanna say sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy and thanksssssssssssssssssssssssss for being patient during those hard times. may Allah bless my nakamas. and here i wanna say that i love all of u. (^^,) ::merah, idah,su,ainik,faeeze::

oke then. the end. kekeke

post kali ni luahan hati seorang budak bercermin mata. time kaseh sebab sudi baca ye nakamas.

will be updating again.

soon.

well actually, inshaAllah, VERY2 soon. (^^,)/

END

Saturday, April 30

hati yang hilang


salam alaik~


Bertemu kembali, minna (^_~)/


{mood}~>> oppa nappa. (bad boy)
............................................


Entah nape, tetiba rasa nak menulis. Terus laju bukak blog> sign in> new post


Tengah mengemas sebenarnya ni. eheh.. terawal nak mengemas barang, sebab in case stor aras 3 ni penuh, kang jadi macam sem lepas, sampai ke aras atas pulak kena angkut si kotak2 comey ni. =_=''


sambil2 duk simpan kertas2 setimbun ni, dengar lagu korea sat. suara dia best nak buat macam mana. kena dengar je laahh kan. memandai je kamu budak. hmm... sunyi la aras 3. duk tengok ade orang da mengangkut barang masuk kete. bestnye...., desis hati seorang budak bercermin mata.


ah, takpe2. 3 hari lagi, then off u go. ^^




hmm... ada seorang tu, always lari dari problems. tak berani nak berdepan kut. entahla.


sorry, terasa nak meluah something je ni. tak stress, bukan dan bukan. cuma nak bercerita tentang seorang budak yang sudah hilang hatinya.


I really love that person. so much. rindu? of course. 


Ketahuilah, mengakuilah lemah dan tewas terhadap musuh Allah, syaitan dan nafsu adalah kunci untuk tewas selama-lamanya dan bakal tersemat kukuh kejahatan dalam diri sehingga ke akhir hayat. Justeru JANGAN SESEKALI mengaku diri lemah terhadap godaan nafsu, sebaliknya nyatakan kepada diri, "Hanya kali ini sahaja aku tewas, tidak di waktu yang lain!."

da lupa ke apa yang tulis dulu? yea. da lupa dah, beria-ia duk tulis, then why diri sendiri yang terbalik sana sini ni? hu~ 

semenjak dua menjak (entah betul ke tak word tu.. ah hentam je lahh ) ni, i noticed myself, my hati makin hari makin laen. bukan dengan nakamas, bukan. yang dengan nakama tu, of course da stay still dah ^^ mudah2an kekal, ameen~ :))

tapi dengan that person, hatiku dah tak macam dulu. sebabnya? yea, memang terasa. tapi bukan salah 'person' tu, cuma salah sendiri yang duk sibuk rasa suka terlebih2 pulak. =_='' sangat respek pada that person, and really, truly like her. tapi then why tak boleh nak tengok muka dia masa sebelum exam aritu?

hati memang da kering kut? 

ha.. ingat tak yang ni..

Once we label a person we negate them. Stop labeling people and accept people and see the beauty in them. We get angry and stressed because we want things and people to be as we want them. We do not allow circumstances to control us but we create the circumstances by our thoughts feelings and action. Every problem is in our mind and so is the solution so use our mind effectively.
 --Dr Muhaya
Astaghfirullah~

malunyaaa.... (TT_TT)

harap2 sangat next sem, relationship ok balik.. mudah2an. sebab da forgive n forget kan? yep. then, inshaAllah ok. hmm.. next sem. next sem. ade something nak buat, tapi xsure lagi. ^^

we'll see then. we'll see~

and for my hati yang da makin menghilang ni, i'll find it back. inshaAllah. moga Allah permudahkan. :)
..................................................
petang2 macam ni syahdu la pulak. =_=''

lagi2 bila da banyak tido, (tak tau nape tertido tadi. huhuk) sakit kepala bila bangun tido. yea, tido lagi yea. pandainyeeee bahagi masa. time kaseh daun keladi.

kotak duk panggil dah tu. tunggu jap yeeee... nak menulis lagi. hiii ;]

hari tu pegi BW dekat blog seorang sahabat lama. well, bukan rapat pun, just kawan biasa2 je lah. terharu baca post dia, sebab dia da berubah makin baik. terkejut jugak, tapi tau dia memang baek pun, cuma keadaan sekeliling n maybe sebab masa tu kita semua kanak2 ribena yang always suka fun and things yang seronok2, jadi terikut2 la jugak kan.

takpe, yang past da lepas da pun, and i'm happy for her now. :)

haih, diri sendiri yang makin lemas ni pulak. aigoo~ /(-_-)\

ye ke lemas? bukan da tenggelam ke? huhu mujur nakamas ku sumenye baek2. :) arigatou minna..!!!

nakama ku yang comeyyyyy, sila stadiiii. haha.. ^^ diri sendiri tu, sila stadiiiii. ;D

~~~(^__^)~~~

walaupun post kali ni pelik n pelik. sila abaikan. sebab penulis terasa kene write something, so that fikiran tenteram sket nak membaca n mengemas. ;D (sangat takda kaitan)

oke, jum mengemas...!!

ha.. sape ade kotak kecik.. nakkkkkk!!!! 

nak letak buku2 n kertas. huhu~

kalau ad sila gtau ye, minna!

and for kali-berapa-ntah-tak-ingat, still terattached dengan ayat ni:

"Korbankan hati ni, mudahnya melakukan sesuatu kebaikan, sesuatu yang sometimes, hati kita tak sanggup nak buat. Tapi kita buat jugak untuk dekat dengan Allah.."

may Allah bless~

tatata...

END

Friday, April 22

Adakah jodoh kami masih jauh dengan En.Calculus kerna kami Cik Biologi?





assalamualaikum...
lame dah tak mengGEPOST entry baru kat sini

tunggu entry baru from cik anis je kerojenye..lalala

jeles tengok anis post entry baru so gatai tangan gak nak post..jangan marah..lalala

ace cube try tengok tajuknye...amacam..best tak
macam orang putus cinta lak kan..putus cinta dengan budak math..
kontroversi ni..ahaks

bagi mengelak pelnagai spekulasi dengan ini saya ingin menerangkan seterang-terangnya yang

KAMI AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
CALCULUS PADA 26/4/11 NIE

korang mesti kata..alah final calculus pun nak kecoh...kan
memang ni bukan isu besar bagi mereka yang meminati math dan bukan yang berjiwa biologi sejati(its me..orang lain tak tau...)..sape setuju angkat calculator anda.ahaks.




Cik biology..main dengan orthoptera..ahaks



En calculus


adakah jodoh kami Cik Biology (ain anis su faezee ainik idahdan
rakan2 biologi yang lainnya) masih jauh dengan En Calculus...
harapan kami semua tak lah ye..
moga kita berjumpa di sem ni je..ameen...
moga dipermudahkan urusan kami oleh-NYA YANG MAHA BERKUASA

usaha(buat latihan calculus ye kawan-kawan) + doa = insyaALLAH....


so kawan-kawan..ganbatte ne..




moga dipermudahkan semuanya...didunia dan di akhirat
ameen..

Thursday, April 21

just like bubbles

fu~fu~fu
salam alaik~

bertemu kembali di alam maya, mengisi masa sebentar di blog nakama.

recent news?

yea. kami masih dalam perjalanan merentas FINAL ni.

(TT___TT) <~~ xtau kenapa muka macam ni. sila paham2 sendiri.

2 papers dah lepas(budak2 agro)

ain kurus, 3 dah kalao xsilap. faezee, xsure gak. satu baru kut??? huu.. xingat nak bertanya-tanyi.

lagi newest news?

KECURIAN di saujana n restu..!!! ammmaaaa...~~

my rumie kata, kawan dia da ilang lappy, fon, dompet n xingat-apebenda-lagi ..

n mas merah said, pencuri tuuu lelaki!! n katenye lagi ade kes pukau2(?) walaupun unsure tapi sila sila sila amik perhatian..!

ain kurus, dun foget. tutup+kunci bilik kalau nak tdoooooooo!

mas merah da siap simpan lappy dh.

me?

Saturday, March 26

it's raining!

the rain of 'hearts' ;P

It's raining again..!

V(^____^)V

sangat suka bila hujan2 ni..sejukkkk!! ^^

dari lepas subuh hingga lah petang2 macam ni, sejuk2 tu xhilang2. :)

yelah. dah hujan berenti kejap je, then raining balik. 

heee~~~

sekarang tengah rehat2 dalam bilik. belek2 notes laptop fb novel  yea lah, keje bertimbun. huhu.. tapi xsiap2 lagi.ceh.naksiapmacammanakalaudukwatmendelaen patho, kalkulus, n fisio pulak test minggu depan.

tadi lupa nak kol uncle guna, kene cakap tarikh belajar kete. aiyoo... dari minggu lepas asyik cancel. final nak dekat dh kut, harapan nak naek kete masa cuti ni mintak2 laa tercapai. wuhuuu~~ (T_T)sob3

Hari ni SANGATLA best sebab sejuk. :P 

rain, rain go away, 
come again another day~

masa kindergarten dulu duk nyanyi lagu ni. tapi sekarang tamau la go away. heee~

Jadi post kali ni, sesaje nak bercerita, mengisi masa sebentar. ;)

Saturday, March 19

jom bercinta. ^^

wow. =.='' terlebih cheese. 
salam alaik~


OHAYOU..... eh silap. ohayou pebendenye, tengahari dah laaaa.. ehe. byane.


(^^,)/ こんにちは。


aiihh.. sory. salah tengok jam. ;P


Hmm. okeh. Post kali ni, nak cakap pasal apa yang kitorang blajar dalam kelas psiko 2 hari yang lepas, bila ada seorang budak tersengih lebar when topic pasal C.I.N.T.A diajar. =.=''


sebenarnya kitorang belajar pasal perkembangan sosioemosi di awal dewasa.


bukan nak menggatal or bergedik santai nak bercerita pasal bab ni bab len xsebut plak, cesss  , sila jangan salah paham. tapi takpa, salah paham ke tak, nak cite gak.


sebab sekarang ni duk tengok ramai kut pasangan duk berdating kat taman biawak(haha..tergelak masa bca kak mas post kat fb.taman biawak. :D)  yelah, sampai biawak2 pon ikut dating sekali. apa kes tuuu??


maksiat terang2an, yang duk tengok xcukup kekuatan nak tgur(aku la tuuu)  sekadar benci dalam hati, selemah2 iman. :'(


betul la tu, musim bercinta gamaknya. laa, xsalah bercinta. go on la nak bercinta pun, at least bear in mind la, batas2 pergaulan tu apa and so on. in case kalau tak tau, bercinta tu fitrah manusia. cinta Allah, Rasul, parents, sahabat, n others.


masalahnya la kan, cinta remaja or muda mudi sekarang ni, ialah cinta yang tak betul.


nape xbetul??

Friday, March 18

GaMBaTsUTe nE!!



assalamualaikum


seperti gambar diatas..

minasan..gambatsute ne..

selamat berjuang untuk calculus y mulus esok

Usaha & Tawakal..InsyaALLAH..

Bukan hasil yang ALLAH lihat tapi usaha yang tidak mengenal erti putus asa

DoN'T GivE Up...We CaN dO iT..InsyaALLAH

ameen..



Wednesday, March 16

senyum itu sedekah.


grinning present participle of grin (Verb) 
1. Smile broadly, esp. in an unrestrained manner and with the mouth open.
2. Grimace or appear to grimace grotesquely in a way that reveals the teeth. 
......................... 
Ini bukan sesi belajar English words.

dan bukan jugak nak belajar benda baru.

sekarang i just wanna share a lil' secret tuk nak dapat pahala free.

to u all

and

of course la pengajaran to myself to0o0o0. ^^
......................

Sunday, March 13

keluarkan singa dari diri anda.

ala.. jngaanla amik gmbr!! segan la!!!!!


Salam alaik~


Hari ini masih ingin berceloteh lagi. 


hee~ ^^


hari tu, entah kenapa pegi psp aka pustaka (masih terattached dengan psp sekolah menengah. eheh) , jalan punya jalan, jumpa satu buku : keluarkan singa dari diri anda.




satu perkataan je bleh describe pasal buku ni.


SUPERB.

~(^___^)~


Al-Fateh: Pemuda islam itu hebat!


Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- 
Ahli Sejarah Byzantine





Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

....................................

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Saturday, February 26

beautiful heart.

anis.ain.ain.idah.su.faezee. saya SANGAT syg pada kalian. TERAMAT. (blush2) 


.........

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
......................................
Terkapar2 di sini.

huu.. sakitnyaa. kepala+ badan.

Hmm, rasa macam nak demam la, sebab bangun pagi tadi semayang subuh, aiyoo... pening.pening.pening. (@_#)

mujur tak jatuh lam bilik air.. huhu. kalau tak, memang comey la kan? =.=''

n then lepas telan ubat ika bagi baru kurang sket.. ika! arigatou. ^^

dahla sebab mee kari semalam. waaa.. T.T 

PEDASNYA smpai sakit lagi perut niii.. aduyaaiii.

sekarang, dengan kepalaku penin+berdenyut2 lagi,mulut rasa pahit semacam je, mata kuyu plak tu, pegi la plak baca plak blog ummuhusna , post yang terbaru; 

'Hati yang paling indah'. :)

Monday, January 24

my love letter, special for u!

.......................


I’ve learned that you cannot make someone love you.
All you can do is be someone who can be loved.
The rest is up to them.

I’ve learned that no matter how much I care,
some people just don’t care back.

I’ve learned that it takes years to build up trust 
and only seconds to destroy it.

I’ve learned that it’s not what you have in your life
but who you have in your life that counts.

I’ve learned that you can get by on charm for about fifteen minutes.
After that, you’d better know something.

I’ve learned that you shouldn’t compare yourself
to the best others can do,but to the best you can do.

I’ve learned that it’s not what happens to people,
It’s what they do about it that matters.

I’ve learned that no matter how thin you slice it, 
there are always two sides.

Friday, January 21

it's blissful :)

serius, gambar ni tak diambil sebab budak ni comel, 
tapi sebab dia err.... cute? =.=''
eheh

Salam alaik~

'Things i wish i'd known back then..'

*sigh*

Pernah tak buat satu list panjang pasal future? lebih kurang dreams n impians yang kita nak capai pada umur tertentu?

hmm.. mesti ada orang yang buat camtu kan, then bila baca balik things yang kita tulis back then dan tengok betapa jauhnya kita tersasar dari yang kita harap, apa yang kita rasa?


probably, dissapointed?

sebab hajat tak kesampaian?

or simply rasa ' urggghh.. ak dulu memang melucukan and obviously ridiculous..' dan simply lempar kertas yang tulis tu dalam tong sampah.

well, entahlah. different people, different view. :)

Sebenarnya baru lepas baca novel ni. ehe.. 'Things i wish I'd Known Back Then'.

BEST. :)

::what i get from the book:: 


BE GRATEFUL FOR WHAT U HAVE NOW, and dont simply regret tentang past things, sebab apa yang kita nak when kita masih kecik molek kiut miut muka sememeh ngan coklat and innocent,  tak sama dengan apa yang kita harapkan pada masa sekarang.


contohnya, dulu bercita2 nanti aku umur 20 nak jadi ultraman.

Friday, January 14

Bersyukurlah..~


BERSYUKURLAH..sebagai pengajaran utk semua..<<>>peace!

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...

satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...


sekadar renungan bersama:

berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...

Daisypath Friendship tickers