Friday, October 1

Be Strong!!



salam alaik~


Adei.. gambar ni spooky la pulok. =.=''.. ah. abaikan.^^


Nampak macam dah tader semangat tu, so letak je lahh kan.  


Kembali pada tajuk di atas, yes. BE STRONG. hurmm... entri kali ni sebenarnya nak suh BANGUN sket, dan jangan duk NEGATIVE ja. Meh nak citer sket pasal watak seseorang ni. 


Al-kisah maka tersebutla kisah seorang manusia yang namanya ( ah, hentam je..) Kutu. Kutu ni seorang yang periang+bersemangat+hepi-go-laki+etc2 laa... Hidupnyaa ibarat apa yang dia nak, sume dapat. Em, macam orang kaya gakla, and dia bahagia.. 





Then,, kutu ni dapat la naik sekolah. Dekat sana, dia jumpe BERTIMBUN yang sama spesies ngan dia, tapi laen nama; kurap, pijat, ulat, kulat, n etc2... tapi, dia duk perasan la, "nama aku laa paling bes skalii!".. dan dengan riang galak gembiranya dia pun bangga, riak, takabbur, ujub...


Kutu bekawan ngan sume orang dan ramai yang sukakan kutu sebab dia periang. Suatu hari, asrama dkt sekolah terbakar. sume orang dapat melarikan diri sambil menjerit.." mak!!!mak!!!xnak mati!!!", "..amma!!!help me!!..", dan segala bagai bentuk jeritan lagi. malangnya, kutu tak sempat lari, kepalanya terkena api, rambut terbakar. mujur la sempat dispray guna ridsect  pili bomba tuhh. kalau tak, alamatnya, bye2la..


Tapi, malang berbau, eh silap. malang TAK berbau, kutu jadi botak gundul, rambutnya tak dapat diselamatkan. Disebabkan kepalanya licin berkilat, kengkawannya yang dulu KONONnya setia, sume pakat menjauhkan diri dari kutu. Kutu rasa rendah diri, mudah tersinggung, sikap periang hilang terus. Dia jadi OVER SENSITIVE.,duk tunduk je, tamau cakap, tamau gelak, tamau belajar. sumenye, IIEE (dipronouncekan iiyeek~nihonggo) je jawabnye. Oleh tu, mak kutu pun mai amik kutu balik umah..


ni gambar hiasan.. Kutu da botak.
Kutu senyap je. 'Depressed agaknya.., kesian', mak dia cakap. Takpelah, mak dia pun semangat la duk cari ubat nak sembuhkan kutu balik. ye lah, sume mak kan sayang anak.. yang duk tinggal anak kat tepi jalan tu taklaa  hih.manusia2, tak bersyukur! eh, silap topik. ok2, sori. Lepas tu,alhamdulillah, mak dia jumpe penawar. shampoo REJOICE. 

mak dia pon g la pjuk kutu, " Adik, ni mak beli shampoo kasik tumbuh rambut. pakai la na? jangan duk sedih2 lah, mak pun sedih tengok adik jadik macam bukan orang dah ni.." Menitik air mata Kutu bila dia tengok muka mak dia tu, duk risau pasal kepala licinnya. Kutu pun peluk mak dia sambil menangis teresak-esak. " mak, ambe sedih bukan sebab stress, ambe malu mak. malu sebab kawan duk soksek2 alik belakang nuh, cakap baik kat depan, tapi mai belakang mengutuk pasal kepala ambe. Ambe rasa down je, yelah, sapelah ambe, botak, huduh,..." 


xsempat dia nak abiskan kata, mak kutu mencelah;" Hish. awat kate gitu, mane adik tau dorang kata gitu. ta baekk adik maen cakap ja. kita kena percaya kat kawan, kalau dia duk mengutuk pon, biak pi la depa tuhh. adik takdok matii ehh kalu depa duk kata gtu. adik kena KUAT, kalu duk ikut orang kata sampai bilo2 adik takleh survive..". panjang lebar mak Kutu duk bagi nasihat. Kutu pun apa lagi, peluk lahh mak dia. pastu dia senyum, "ok mak, nak pi syampoo kepala".  the end.


oo.. da suka la tu ade rambut.. ;P

oh. senang ja si kutu tu jadi normal balik. mungkin akan kata macam tu kan, tak. it takes about months mak dia cari penawar tuh. hehe.. 

......................................................

MORAL:

okay. Apa yang nak ditekankan di sini, maybe ad certain people( ehem, sakit tekak) bila dia terkesot hati sket, dia tak bole dah nk move on. bile kawan terbangkang cakap dia sket, die terus terluka, tak sempat nak letak iodine dah. ye, ade yang sensitif dengan orang laen. jadi sebab tu laa, kite kena RESPEK jugak orang yang sensitif ni, nak buat macam mana, setiap orang, laen. kalau same, xdala namanya manusia. namanya, kutu la tu. haa.. gtu.

'xkan nak ikut JE kan, alah lecehla kna jaga ati orang'

mesti ada orang yang pikir macam tuu..

tapi, kalau kita renungkan balik, people memang spesies yang complex. kita ada personality berbeza, cara berbeza, pendapat berbeza.

mungkin ada yang tak tau, kalau luka kan hati seorang hamba Allah, tu pun dah jadi satu kesalahan. Kita kena sama-sama hormat menghormati. tegur menegur.. haa.. gtu. bia la harmoni skett. jangan buat something sesuki hati je, nak menang je. bertolak ansur la jalan terbaekk.. :]



Bagi yang jenis mudah terasa, mudah rasa rendah diri (eh.. familiar je) rasa xlayak la, n etc2.. bangunlah. kuatkan semangat, sesungguhnya kamu telah tewas. tewas dengan musuh Allah, tewas dengan nafsu yang masih lagi lemah dan hati tidak clean lagi. ye, hamba yang beriman, hatinya kuat, jiwanya milik Allah semata. Tak mudah jatuh, tak mudah rebah. segalanya diambil dengan baik. Jangan keje duk sedihh je cam Kutu tu. Move on, semangat sket. Cakap senang, tapi buat payah kan.. huu..

camni, first sekali, console hati ngan semayang. Mandi and pkir bebanyak laa.. tenangkan diri and come to your senses. inshaAllah.. bwat sket2, akan ade la perubahan..


Bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Allah swt :


وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Ertinya : "Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah : 110)

Tengok, Allah swt dh berfirman lam Quran.. perbaiki diri kita sendiri pun dapat pahala.. :] subhanallah~
Dan Allah pun suh kita FIKIR secara meluas dan jauh. jangan duk cetek je pemikiran. dah jadi gtu, nak wt cam mana, bia je la.. <--- heh. bangun2. ^^


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah swt, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)



kalau nak baca pasal ubah fikiran sempit, here : mengubah fikiran sempit
tazkirah dari UZAR. 

hmm... pastu, ingat tak kisah Luqman Al-Hakim; baca2...

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "
Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

satu lagi, berbuat baiklaa pada parents.. mak ayah kita buat macam2 tuk kita.. hargailah mereka.. tengok mak kutu tu, semangat cari ubat. sbb? syg kt kutu lah. ingatlah ibu kita.. 





ayat 14 dari Surah Luqman~




"..Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).."


okaiii.. macam tu lahhh. :]

da banyak rupanya duk tulih nii.. kalu dk bobel, letih dh. hee.. semoga kita sama2 beroleh manfaat ye, sahabat..
haa.. Kisah cik Kutu tu, TADER kena mengena dengan yang idup mahupun yang da takda. Hanya khayalan penulis semata2 bagi menyedapkan cerita. yelah, kita homo sapien la, bukan spesis kutu! ^^

::tetibe tulis pasal mnde ni sbb diri ni yg masih terbelenggu. kalo tulis baru npk slh slp sndiri... ^^

may Allah bless... ^^

END

2 comments:

  1. salam semua.. :D

    cute sungguh blog ni.. :)

    1st of all, akk trhibur bc cerita kutu ni.. hehe. mode ringan, tp insyaAllah mesej smpai.. itu yg pnting..

    mudah2an kita sentiasa brfikiran positif dlm setiap yg trjadi & dikurniakan kpd kita, psti ada hikmahnya di sebalik setiap kjadian yg Allah jadikan itu..

    teruskan menulis kerana Allah.. :)

    "A smile can change a life.." :)

    Allahu 'alam. "

    ReplyDelete
  2. salam kak intan.. :]

    arigatou kak, pd nasihat yg mmbina.. inshaAllah, harap2 msj tu sampai..

    ^^

    ReplyDelete


Daisypath Friendship tickers