Wednesday, November 24

にほんご を べんきょう します。

ade 1 paper lagi... alaaaaaaaa


salam alaik~


にほんご を べんきょう します。


it means : (i am) studying japanese.



-this is hiragana's chart-

ah, so?


YELAH sangat. tadi nampak on9 fb(psstt..jngn gtau kuat2), pastu buku kat sebelah ni, duk tertutup je lagi. err... ok2. kene perbetulkan sikit ayat tu. i am GOING to study japanese, soon. hehe..


relax. 


(^^,)/mas merah cakap, MASIH BANYAK MASA. dalam saat la. :P
.....................


きのう = yesterday


paper psiko. titik.


susah.


soalan sungguh susah untuk difahami butir katanya, dan ayatnya sungguh berbelit-belit.


salah siapa?


of course la.. MY fault. :)


jangan duk kata Dr.Intan tak suruh refer buku psycho yang tebal tu. (+_+)sob3.


hey, let bygone be bygone. Remember? 


Hmm.. sesungguhnya bersyukurlah kamu, wahai diri. 
InshaAllah.. 


(^_^)/ kami ada last paper, nihongo, this very Friday. then, off we go to Langkawi. program bersukariabergembira kursus keusahawan anjuran USM.


がんばって minna!!


and to those yang ambik mandarin, 加油 <~~ betul ke tak ni? hee..


let's do our VERY BEST okay! \(^^)/ fighting!
.........................
Tadi, apabila duk sesajer blog walking, stop dekat ummu husna's blog. terkaku jap.


here:pada manusia dan alam ini, 


new recent post. tergamam sebab kena atas batang hidung sepet.eh.hidungponsepetke ku sendiri.


satu perkara kita kena ingat, tak semua yang kita impikan akan berlaku sebagaimana yang kita mahu sebab ALLAH SWT mempunyai perancangan lain yang kita tak tahu.


erk. Masih ingat, kata2 ini umi pon pnah cakap suatu masa dulu, di kala hatiku masih kelam kelabu asap macam la skarang x.hee sebagai pembakar semangat yang makin malap dalam diri ini. 



sekarang, looking back, betul kan?


PerancanganNya, tak siapa tahu. kan? Only He knows.


Xsangka akan ambik subjek biology, sebab dulu tak suka sangat, lagi minat bab seni kut @takminatapeponnkkawintaklehxretimasakxsangka hari ini suka pulak biology walaupun mata markahku tidak lah 100% sumenye kalau 100% tu meme mantap ah!!   


Dan, ALHAMDULILLAH pilih USM, wlaupun dulu glepar dode dode(pronounce do as in dodol, n de as in denmark) tak mau USM, sebab nak pegi UPM. 


tengok? 


subhanallah.alhamdulillah.Allahuakbar. :)

All i wanna say now is, THANK YOU ALLAH. 


FOR EVERYTHING. ^^

now pon, ketemu sama nakamas sekalian. n others t0o0o0o0... ^^


“Sungguh, amat mengagumkan keadaan orang mukmin itu, karena semua urusannya itu baik baginya. Bila ia mendapat ni’mat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan bila ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya.” ( Hadis riwayat Muslim)


Allah nak uji kita, tengok apa reaksi kita. DIA nak tengok kalau takda bantuan, kita akan rasa macam mana, terus bersabar ke, terus buat benda salah sebab nak tenangkan hati?


seorang nakama pon ada cakap: Allah bagi kat kita yang ni, Dia bagi kat orang lain yang tu. sebab Dia Maha Mengetahui apa yang kita akan dapat. apa yang penting, bersyukurlah dan berserahlah padaNya...

Dan sesungguhnya KAMI benar-benar akan menguji kamu agar KAMI mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar KAMI menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu”. ( Surah Muhammad [47] ayat 31 )
.......................

copied from the same post in Ummuhusna;


SEBUAH KISAH TELADAN

Suatu ketika ada dua batang pokok yang tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan. Kedua-duanya saling berbicara di antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing-masing.

“Aku berharap, suatu hari nanti aku akan menjadi peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan barangan kemas yang begemerlapan. Badanku akan diukir dengan ukiran yang indah dan menawan. Semua orang akan memuji kecantikan dan keindahan yang menyerlah pada tubuhku,” kata pohon pertama memasang angan-angan.

“Aku pula mengimpikan akan menjadi sebuah kapal yang besar dan gagah. Di tubuhku ini, aku akan membawa raja dan permaisurinya belayar merentas lautan sehingga ke penjuru dunia. Semua yang berada di atasku akan merasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan tubuhku,”pohon kedua pula menyuarakan impian.

Selang beberapa tahun selepas itu, datang sekumpulan pembalak. Salah seorang dari mereka meninjau ke batang pohok pertama.

“Pokok ini nampak kuat. Aku akan tebang ia dan berikannya kepada tukang kayu…” terdengar bicara si pembalak. Pohon pertama berbunga rasa. Dia pasti, angan-angannya dulu untuk menjadi peti simpanan harta akan menjadi nyata.

Sementara itu, seorang pembalak lain mendekati pohon kedua.

“Pokok ini, batangnya utuh dan teguh. Aku akan tebang ia dan menjualnya ke limbungan kapal,” kata pembalak tersebut. Pohon kedua tersenyum gembira. Dia yakin perjalanan impiannya untuk menjadi sebuah kapal yang besar dan kukuh akan terlaksana tidak lama lagi.

Sebaik sampai di tempat tukang kayu, pohon pertama diambil dan dijadikan sebuah kotak kayu yang digunakan sebagai bekas makanan untuk haiwan ternakan. Ia kemudiannya diletakkan di dalam bangsal. Pohon pertama berduka. Musnah sudah angan-angannya dulu. Dia kini bukanlah sebuah peti simpanan harta yang berukir cantik, tetapi sebaliknya hanya kotak kayu biasa berisi timbunan jerami kering.

Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil untuk menangkap ikan. Sebagaimana pohon pertama, pokok kedua juga kecewa dan tidak gembira. Dia tahu, impiannya dulu untuk menjadi sebuah kapal yang kuat dan kukuh, hanya tinggal impian semata.

Tiga tahun berlalu, dan kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian dan harapan yang pernah mereka semai.
Sehinggalah pada satu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana tiba di bangsal, di mana pohon pertama berada. Di bangsal ini, si isteri melahirkan seorang bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka yang masih kecil, pasangan suami isteri tersebut membaringkan anak mereka pada tubuh pohon pertama yang telah menjadi kotak kayu berisi jerami kering. Hanya kotak itu sahaja yang dapat memberikan sedikit keselesan kepada si kecil yang belum mengerti apa-apa.

Pohon pertama bagaikan turut merasai keperluannya saat ini. Kini dia menyedari, walau tidak dapat menjadi peti simpana harta dengan kilauan emas permata yang berharga, dia kini sedang memegang satu ‘harta’ yang sangat penting dan bernilai sepanjang masa. Seorang anak kecil yang diharapkan akan membesar dan berbakti kepada dua ibu bapanya.

Beberapa tahun selepas itu pula, sekumpulan nelayan menggunakan bot kecil yang diperbuat dari pohon kedua. Nelayan-nelayan itu mula bergerak ke tengah samudera luas untuk menangkap sebanyak mungkin ikan. Tiba-tiba, ribut besar melanda. Lautan yang tenang mula mengganas. Bot kecil itu terumbang-ambing dihempas badai.

Saat itu, pohon kedua yang telah menjadi bot kecil tersebut merasa tidak mampu untuk menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia melihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus berjuang menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. Dengan senyuman lega, nelayan itu berkata, “Kita selamat.”


Pohon kedua yang telah menjadi bot kecil itu merasa amat kagum dan gembira. Dia menyedari bahawa di atas tubuhnya kini berdiri seorang ‘raja’ yang gagah dan berjasa.

Begitulah takdir menentukan.

Renungan bersama. ^^
......................
Kesimpulan?

well, BE GRATEFUL FOR WHAT U HAVE NOW.. SILASTADIJEPUNDAHPUKULBERAPANI

and, senyumlah. (^^,) kerana senyum itu pun sunnah kan.. :)



comel mata dia. (^^,)tengok, baby ponn senyum wlaupun tader gigi. :D 
konfem akan tersenyum bila tengok gambar tu kan.

eh, ke tak senyum jugak?

ok then. takpa2.

ni haaa... hehe :)
akan kutarik pipimu+bibirmu sekuat hati! haha ;)


Ending this post with this:


Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

END

2 comments:

  1. study mode deactivated.

    ::generating power::

    study mode activated.

    {status}:full energy

    ReplyDelete
  2. best! :)

    ta men dou wo de peng you, jia you, jia you!

    sama maksud dengan;

    minna, ganbatte! :D


    Mudah2an Allah permudahkan jalan utk menyelesaikan semua urusan. :)

    ReplyDelete


Daisypath Friendship tickers