Saturday, February 26

beautiful heart.

anis.ain.ain.idah.su.faezee. saya SANGAT syg pada kalian. TERAMAT. (blush2) 


.........

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
......................................
Terkapar2 di sini.

huu.. sakitnyaa. kepala+ badan.

Hmm, rasa macam nak demam la, sebab bangun pagi tadi semayang subuh, aiyoo... pening.pening.pening. (@_#)

mujur tak jatuh lam bilik air.. huhu. kalau tak, memang comey la kan? =.=''

n then lepas telan ubat ika bagi baru kurang sket.. ika! arigatou. ^^

dahla sebab mee kari semalam. waaa.. T.T 

PEDASNYA smpai sakit lagi perut niii.. aduyaaiii.

sekarang, dengan kepalaku penin+berdenyut2 lagi,mulut rasa pahit semacam je, mata kuyu plak tu, pegi la plak baca plak blog ummuhusna , post yang terbaru; 

'Hati yang paling indah'. :)
yea. PALING indah. agak2nya sape? hihi. anis? mestilaa.... TAK. haha

jom baca satu kisah ni, taken from ummuhusna's. :)
.....................







KISAH SEKEPING HATI


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yanboleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.



“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.


"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

..............................................
::i say::

People who are Happy for No Reason let love lead in their life. They recognize that their heart is key to their happiness.

^^ orang yang happy for no reason ni kan, ada sekeping hati yang indah.

sebab dia love other people unconditionally, tak kisah n tak harap balasan daripada orang laen.

as long as dia loves them, that's enough.

sweet tak?
kan?kan?kan? 



"ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan."...


i dunno how d y'all feel bila tengok ayat ni, amik dr blog ummuhusna jugak. 

me? terasa something dalam hati yang meme kelam kelabu berasap ni. huhu

Kita kadang2 kan, bila kita give love to other people, kita expect people wud love us back. btul tak?

Tak tau la kalau bukan, tp bagi diri sendiri, bila suda rasa sayang, rasa suka kt kawan, i wish they would love me as much as i love them.


tu la namanya selfish tahap kririkal.


sebab once terasa atas sebab2 tertentu, dia akan lupa atas dasar apa ukhwah itu terbina.

akan ada yang masam muka.

akan ada yang tak boleh tengok muka kawan.

akan ada yang berdendam n mengungkit.

itulah yang berlaku. tul tak?

sebabnya satu je. ikhlas.

kalau betul kita sayang someone atas ikhlas, kita akan tetap sayang mereka seadanya.

macam parents kita.

betapa huduhnya perangai seorang anak, marah2 mereka pun, kasih mereka pada anak tetap same.

setakat ni, i know who have the most beautiful heart. :)

parents kita. umi n abah. che n ayah(betul k tak ni dah?), mami n dedi, ibu n ayah, ma n ayah, mak n ayah, and so on la panggilan tuk parents kita yang tersayang di rumah. waa.. nak balik. T_T
.................

Sambil menekan keyboard ni, ada hati yang mahu btukar ngan nakamas.

nak tukar sket. :)

nah. ambiklah ni.

being selfish, sebab harapkan balasan plop. haha

sorry. :)
jom memuhasabah diri. ikhlaskan niat dalam bersahabat.

tkpa kalau terluka in frenship, sebab semuanya ad hikmah tersendiri.

mudah2an.

"..Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai..''


betapa banyak broken pieces pon, only He can heals it and put back the pieces. Praised be to Allah.. :)

p/s: dear kak intan. thanks for the nasihat ari tu. :) sngat suka buku ni, tapi tak habis lagi. nomu2 suki desu...!!

harapnya ad progress..! :)

END


No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers