Tuesday, February 26

I'm Home..!!!

Dear Nakamas..

Apa khabar anda-anda semua? Tujuan post ini di post adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak perkembangan diri ini yang hidup di perantauan.

Haish! Boring la..not my style..haha.. First time rasanya tulis kat blog ni,,haha.. ok, sekarang ni nak update la sikit pasal diri ini.. (walaupun baru ja kita bermesej2 semalam ke dua malam sebelum ini..hehe)..

Sekarang ni tengah biasakan diri kat UPM yang mmg terbukti keluasannya... mmg serius besaq! luaih! (reti sebut tak? haha).. kalah la USM..tapi! mmg tak boleh nak standing USM dari segi lain.. Kat USM, nak pegi mana2 pun boleh jalan kaki, tak yah risau psal bas tak ada, bilik pun besar, lawa, sea  view lagi tu pemandangan.. Kat sini, hrm.. kalau kata bas tak ada, memang kelas burn la, len la kalau berani nak masuk kelas 1/2 jam lambat...haa..dasyat kan bunyi dia..? Bilik pulak.. kalau nak samakan bilik kita kat saujana dulu macam duk apartment, sini macam duk flat la.. sebabnya.. ampaian pun x berapa nak ada, bilik gosok pun tak ada.. termasuk lah pantri.. Tapi ada la mesin air panas sejuk tu.. jadi la kan.. Mula-mula jagun la jugak tengok ada ampaian dalam bilik.. pelik kan? dengan ruang yang sekecil itu..haha.. ni dia sdikit overview.. hehe.



Ouh, lupa plak.. azi dan kak intan pun ada sekali jugak.. cuma tak sama kelas..huhu.. tapi kita orang melepak ja bila free..haha.. Setakat ni kami2 di sini dah mengembara ke The Mines dan Mid Valley.. menaiki KTM ya teman2 ku.. bukan bas rapid kta dlu tu ye.. haha.. (ini semua poyo!) Setelah beberapa ketika mnaiki bas secara haram, akhirnya kami berjaya membeli 'pass' bas yg membolehkan kami pergi ke mana sahaja tanpa rasa khuatir atau gelisah di hati.. dah macam iklan pulak..maafkan saya.. saya terlalu teruja.. hehe..

Ouh, namun begitu ada juga rutin2 harian kami di sini yang xtau nak kata happy ke sengsara ke unknown.. Azi dengan lab-mate Ahmed nya.. Kak intan dengan kelas berderetnya.. dan diri ini dengan masalah masa 'free' yang terlebih.. almaklum la kelas sabtu ahad ja.. haha.. Tengah berpikir untuk bekerja tapi tak tau lagi camna..hehe..

Haa, di sini disertakan juga gambar kami yang the latest sekali..haha..




But...
I miss my old days with my nakamas..
-Mas biru yang selalu berterabur 'mood' dan dengan perkataan korea+jepun yang pelbagai
-Idah yang selalu bersemangat dan ceria
-Faezee yang selalu bercerita pasal eksperimennya
-Ainik yang selalu ayu dan masakannya yang 'nyummy'..teringin nak makan kek berlapis2 yang ain buat tu.. x ingat apa namanya..troffy? trifflie?
-Su yang selalu muka blur tapi penuh emosi
-dan yang lain2 yang pelbagai ragam dan emosi..haha

p/s: walaupun kembe la jugak bila pikir..tapi rasa nak peluk ja kamu-kamu semua kalau ada kat depan mata sekarang..huhu..btw... me, kak intan n azi dah plan nak mengembara ke klcc plak..haha

4 comments:

  1. MAS MERAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    HAHA..! NAK PELOK GAKKK \(T_T)/
    opsie. terover la pulakk. hahahaha
    i miss u tooo!!!!!! hehehe

    n yg len2.!!!

    ;')

    bestnye korg. siyes best!

    doakan kami yg len ye!

    ^_^

    all the best!!!

    ReplyDelete
  2. Nak menyibuk komen juga.hehhe. wah bagus lah sambung sekali. Ain soalan pemes, ain amk kos ape? mixmode ke?hehe

    ReplyDelete
  3. Salam....ain!!!!!!!
    Comel katil...warna warni tu...nk golek2 rasa...hahaha
    Rindu sangat2.
    That why this blog is important..thanks to anis mushee to form this blog.ngeeeee
    Ain n kwn2 y lain
    All the best n may ALLAH bless all of us. Ameen
    ^_________^

    ReplyDelete
  4. hahaha.. lawak la korang..
    anis aka mas biru...
    meh la sni, kta berpeluk-pelukan..haha

    ehem, amik kos plantation management.. coursework ja sbb rasa mcam xleh nak msuk ja research..hehe

    ouh, komen kedua..
    itu cadar baru ya..feminin x? haha..
    yaa..bru sdar kpentingan blog ni..hehe..

    ReplyDelete


Daisypath Friendship tickers