Thursday, July 4

Idea!! ting.

Assalamualaikum semua

Ramadan bulan rahmat semakin menghampiri kan. ^^
Moga kita dapat mendidik jiwa menjadi lebih baik.
Jom jadi baik.

Oh, jom kita masuk ke topik diatas

Idah ada idea,
apa kata sambil kita buat entry tentang pengisian ramadan, kita buat juga entry pasal juadah berbuka bersama resepinya
tak kira la resepi apa pun
lauk ke, pencuci mulut ke, air ke
boleh bagi idea kepada kawan2 yang tak tahu nak buat juadah berbuka puasa
pengalaman Idah duk lama2 kat rumah ni memang memeningkan nak buat lauk apa
biasanya lauk yang sama je, hihihi

so, feel free to post your recipe. ^^ v


hanya gambar ehsan pakcik google ^^

sekian.Assalamualaikum

Free Palestine, Save Syria, Roghinia, Mesir and all muslims around the world.

Sunday, June 2

Ainik: officially married.

/hangpa dua org sangatla comey.. ^^
[mood]--> ♪♫♪♫  nasheed Maher Zain, Baraka Allahu Lakuma sedang berlagu  ♪♫♪♫

salam alaik~

minasan!

^_^

anyeonggg~~

okeh.

last sunday punya citer tapi saje nak post dekat blog. okeh ainik aka ain kurus yg comey da kawen..!!

to ain and nik, here's our doa :

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.

alhamdulillah. :)

their wedding sangat simple, tapi sangat elegan. credit goes to ain's father! hehe

tengs ain, the makanan sedap. :) (bubur tu sdap la. tp org xsmpt mknn! -_- haha )

sory sbb pergi xsempat nak duduk lama2, mkin ramai tep mai. dari pihak lelaki lagi. segan la. eh? haha

n lepas attend ain punya wedding budak2 tempat kje makin semangat bertanya, eh kak anis bile lagi? aik?

-_-''

sorry. sy tunggu mas merah. eh? haha

here's a few snap. tp sebab amik skit je, banyak i posted dekat fb dah. so yg ni je la sket2

oke maaf gmbar blur.-_-
sangatla suke tengok ain punya tudung kawen ni. besar. and labuh. but it looks comey on u. hehe :)


n the tempat sanding(betul ke nmenye tuh ah hentam je lah hee) sangatla lawa. :)

pengantin punya makanan :P
oke this one, ape die namanya makan pengantin mengadap? pelik je ase. haha biarla. ;P

nik, his sister, Mimi n Ain
oke ini adik nik, Mimi. :)

the next day lepas pergi mjlis Ain tu, adik Nik mai beli barang dkt kdai tu, sebab looks familiar je, so anis nurdiniey pon semangat laa tanya, adik nik ke? aik die xpaham. so i asked again adik Din ke.. baru ada recognition hehe.. tanye ain n nik katne, mak nik kata dorang pegi lawat sedara mara. :)

okela. ini gambarku n famili. abah n alia xmsuk. -_-'' 
yelah2. haih. this one is my gndol gambar. sila take note, my sleepy face+tdung xjadi+my kaki mcm xsopan jek. hahaha all in all, this one is soo kulatt :P

heee~



oke, last but not least, AiN N NIK!!!! OMEDETOU!! (^_~)/

towards baitul muslim. :)

May Allah bless u guys!

ameen~

p/s : Ainik, comey x anis nurdiniey punya hadiah? hehe

Tuesday, May 21

Tergamam

Assalamualaikum semua

dah lama tak update kat sini,
tak tahu nak cerita apa sebenarnya
hahaha

cerita ni tentang kejadian yang berlaku baru-baru ni kat Unimap
hari tu selepas temuduga di USM, Idah balik ke rumah abang di Changlun
Idah dan Su berpisah di Shahab Perdana, Alor Star
Su pergi rumah kakak dia kat Kuala Muda (if i'm not mistaken)
Idah naik sampai Kangar sebab abang kerja kat Perlis.
Bila dah sampai dan abang ambik kat stesen bas tu, Idah kena stay kat Unimap sebab abang ada meeting.
Masa nak balik tu, Idah tunggu kat dalam kereta sebab abang nak punchcard, tiba-tiba nampak seorang wanita yang ayu + memakai purdah dengan memakai jaket Unimap,maknanya dia student.
Kami berbalas senyuman (tahu dia senyum sebab nampak her eyes is smiling ^^)
Idah tergamam sebab macam satu perkara yang wow (don't know how to describe)
Kalau tengok orang pakai purdah kat uni kita macam biasa juga la tapi ni kat universiti kejuruteraan.
Memang tabik spring la kat dia.
Abang ada cerita yang kat situ ada dalam 5 - 6 orang yang pakai purdah. Ramai juga tu. Abang kata,dulu kecoh juga la sebab dia mula2 pakai purdah. Sekarang dah okey.
tu je la cerita idah,hahaha.
nanti apa2 lagi cerita,kita jumpa kat sini ye

oh lupa,nak ucap tahniah dan semoga bercinta sampai ke Syurga kepada Ain kurus dan tunangan dia a.k.a bakal suami dia,Nik.
Ain kurus ,jangan lupa tag gambar ye.

okey la

bye

Assalamualaikum

Wednesday, May 1

tragedi cuti 1 may


salam alaik minasan~~

konbanwa!! ^^

hai hai hai!!!

bertemu kembali di ruangan santai-santai bersama saya, princess in the making. eh?

haha

^____^

hi darlings. <~ sweet x? hahahahaha

kepada girlfrens ku yang hensem dan cantik menawan tertawan hati di kalbu.

haha

okeh. jom masuk kembali kisah sadis tersayat hati nih.

tragedi cuti 1 may.

tersebutlah kisah maka tercetuslah idea bernas dari diri yang takberapanaknormal ni.

maka 1 mei, ingatkan dapat cuti umum, yelah sebab namanya cuti pekerja, so maka dengan suka suki riang gumbira hati si kanak2 riang(eh kanak-kanak? wow sangat tak malu. oke. baeklah), maka hajat di hati mahu lah menukar cuti mgguan rabu tu to sunday. so that i'll have two days off in a week! (yahuu)

namun begitu, apakan daya. jodoh tiada. eh sory, tade rezeki nak dapat 2 cuti, sebab rabu tu hari bekerja. okeh. fine. tapi da ad plan nk tukar cuti to ahad, sebab nk on9!!!!!!!! so dengan hti berbunga-bunga lestari, i go on lah plan nk tukar cuti.

okeh. nak dijadikan cerita(ni versi ayt klate haha) i cant change the cuti to sunday, sebab tade orang nak tukar. so, tapelah. dalam kepala da cakap, alah cancel lah. then, bos kata klau nak tukar jugak, kena tukar ngan guys. oke. GUYS. sangatlah over reaksi mereka, memandangkan rabu tu hari bekerja untuk cuti umum, meaning that hari tu well maybe gaji lebih skit, mereka sangat2 menunjukkan reaksi yang sangat sukar kugambarkan melalui bait kata. and tanpa ada peguam bela, fakta, dan bukti, diriku yang hina dina ini dituduh nak tukar cuti semata-mata nak bekerja pada hari rabu gondol itu. demi duit lah. patah berkecai hatiku.

hahahaha..!

memori sabtu lepas. hahaha

okeh. so, today, here i am, sitting on my katil, on9. haha

selamat bercuti untuk semua pekerja di malaysia.

and my sissy enn sedang membebel lapar di sebelah.

^____^

sebab tengah boring and teringat memori sabtu tu, haha terasa mau mencoret rasa di sini jap.

apa khabar budak upm???

apa khabar budak usm???

apa khabar bakal pengantin ehemehemehem eh tersakit tekak. -_- haha

apa khabar budak2 ganu mushee??

^______^

saya di sini alhamdulillah khabar baik.

haha

walaupun dah melalui pelbagai situasi menyayat hati involving the comunity in kuala krai, well, alhamdulillah. sy masih lagi sihat anggota.

kekeke...

dugaan hidup dengan masyarakat. macam2 ada. yelah, da kerja biasa2 macam ni, orang pandang kita macam semut, senang dipijak. eheh

well. tapelahh.

i met a nice kakak there, hehe KAK ASMA'. she said, itu semua ujian, dugaan. kita diuji sebab Allah nak tengok kita ni betul ke kerja sebab Allah, sebab nak hidupkan balik agama Allah, sebab nak tarik sahabat sama-sama ke jalan Allah. Allah nak uji hati kita ni, kalau jatuh tu, setakat mana dia akan bangun balik.

T_T

sobs.

seorang kakak yang baik, mengingatkan daku pada cik merah,idah,su,ainik n faeezee. ;')

and also to kak intan. hee ^^

oke lah. that's all for now.

jap lag lah sambung. ada orang lapar. hahaha

^____^

salam rndu buat anda yang comey!

*hugs*

'if Allah is all u have, u have all u need'

-_T sobs.

salam

END


Tuesday, February 26

I'm Home..!!!

Dear Nakamas..

Apa khabar anda-anda semua? Tujuan post ini di post adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak perkembangan diri ini yang hidup di perantauan.

Haish! Boring la..not my style..haha.. First time rasanya tulis kat blog ni,,haha.. ok, sekarang ni nak update la sikit pasal diri ini.. (walaupun baru ja kita bermesej2 semalam ke dua malam sebelum ini..hehe)..

Sekarang ni tengah biasakan diri kat UPM yang mmg terbukti keluasannya... mmg serius besaq! luaih! (reti sebut tak? haha).. kalah la USM..tapi! mmg tak boleh nak standing USM dari segi lain.. Kat USM, nak pegi mana2 pun boleh jalan kaki, tak yah risau psal bas tak ada, bilik pun besar, lawa, sea  view lagi tu pemandangan.. Kat sini, hrm.. kalau kata bas tak ada, memang kelas burn la, len la kalau berani nak masuk kelas 1/2 jam lambat...haa..dasyat kan bunyi dia..? Bilik pulak.. kalau nak samakan bilik kita kat saujana dulu macam duk apartment, sini macam duk flat la.. sebabnya.. ampaian pun x berapa nak ada, bilik gosok pun tak ada.. termasuk lah pantri.. Tapi ada la mesin air panas sejuk tu.. jadi la kan.. Mula-mula jagun la jugak tengok ada ampaian dalam bilik.. pelik kan? dengan ruang yang sekecil itu..haha.. ni dia sdikit overview.. hehe.



Ouh, lupa plak.. azi dan kak intan pun ada sekali jugak.. cuma tak sama kelas..huhu.. tapi kita orang melepak ja bila free..haha.. Setakat ni kami2 di sini dah mengembara ke The Mines dan Mid Valley.. menaiki KTM ya teman2 ku.. bukan bas rapid kta dlu tu ye.. haha.. (ini semua poyo!) Setelah beberapa ketika mnaiki bas secara haram, akhirnya kami berjaya membeli 'pass' bas yg membolehkan kami pergi ke mana sahaja tanpa rasa khuatir atau gelisah di hati.. dah macam iklan pulak..maafkan saya.. saya terlalu teruja.. hehe..

Ouh, namun begitu ada juga rutin2 harian kami di sini yang xtau nak kata happy ke sengsara ke unknown.. Azi dengan lab-mate Ahmed nya.. Kak intan dengan kelas berderetnya.. dan diri ini dengan masalah masa 'free' yang terlebih.. almaklum la kelas sabtu ahad ja.. haha.. Tengah berpikir untuk bekerja tapi tak tau lagi camna..hehe..

Haa, di sini disertakan juga gambar kami yang the latest sekali..haha..




But...
I miss my old days with my nakamas..
-Mas biru yang selalu berterabur 'mood' dan dengan perkataan korea+jepun yang pelbagai
-Idah yang selalu bersemangat dan ceria
-Faezee yang selalu bercerita pasal eksperimennya
-Ainik yang selalu ayu dan masakannya yang 'nyummy'..teringin nak makan kek berlapis2 yang ain buat tu.. x ingat apa namanya..troffy? trifflie?
-Su yang selalu muka blur tapi penuh emosi
-dan yang lain2 yang pelbagai ragam dan emosi..haha

p/s: walaupun kembe la jugak bila pikir..tapi rasa nak peluk ja kamu-kamu semua kalau ada kat depan mata sekarang..huhu..btw... me, kak intan n azi dah plan nak mengembara ke klcc plak..haha

Daisypath Friendship tickers