Friday, March 9

hati oh hati.



SITUASI 1

' Awak boleh jadi imam?'

'hmm.. tak rasa layak kut jadi imam. Awak imamkan dulu boleh?'

' Boleh iqamah tak?'

Tersentap hati sekejap. Dalam hati berbisik, 'apa, nampak aku ni tak tahu sangat ke?'

' boleh..' perlahan dan mendatar suara menjawab.


'Assalamualaikum warahmatullah..' Kepala ditolehkan ke bahu kanan.

salam kedua pula diucap.

Air muka terasa keruh sewaktu bersalam dengan imam di depan.
....

' Apa hal laaa tadi rasa terbakar je hati eh? sembahyang pun tak berapa nak khusyuk...'

' Aku terasa ke tadi? Maybe? sebab terasa diri ni tak serendah tahap sampai tak tahu iqamah? atau sebab u think u are better than her?'

' Astaghfirullah. riak ke aku ni? Allah..

SITUASI 2

' Hey you. Jangan judge people dengan appearance oke. Aku pakai tudung ke tak bukan masalah kau. ceh. die tu cakap je lebih. Harap je pakai tudung labuh, entah2 perangai lagi teruk mana tauu..' kasar dia menjawab.

' sabar je la, dorang memang cam tu. ingat dorang je la baik. orang lain tu low la konon. huh buat sakit hati je layan orang macam tu. jom blah.! ' Tangan member sebelah ditarik.

.....................................................



Macam tu ke eh kalau kena tegur? entah. reaksi orang biasanya lebih kurang sama la kot? kedua-dua situasi hanya rekaan semata-mata. (^_^)v

Ni tengah duk BW dekat blog2 kawan sebab tak tergerak lagi jari jemari nak menekan keyboard nak tulis thesis. terbaca post someone dekat blog, pastu terasa tetiba nak mengupdate pulak. ehe

Hati.

yang jadi taruhan antara iman dan syaitan.

Hati anda bagaimana? sihatkah? Iman anda pula bagaimana?

si budak bercermin mata menjawab ringkas, " hati saya mula sakit, tak berapa nak sihat, and saya rasa tahap iman saya turun naik sejak akhir2 ni.."

kenapa jadi macam tu, apa yang berubah, apa yang mengubah?

' hmmm.. mungkin sebab ibadah berkurangan, makin seronok dengan benda2 lagha? mungkin sebab ada missing part dekat hati, sampai terasa jauh dengan Illahi..? Astaghfirullah..

Hati kita dalam badan, macam Iffah cakap dekat blog die, sebagai filter kita. kalau dah kelam kelabu hati kita, mustahil la amalan kita putih bersinar. kalau hati sudah penuh dengan jahiliyyah, mustahil akan keluar budi pekerti seindah Siti Khadijah.

so, bila ditegur, hati tersinggung sebab dah rasa syok dengan maksiat sampai nasihat dan teguran baik dipandang sinis. dipandang hina. dirasakan dirinya seorang lah yang layak menilai. orang lain hanya tahu menghukum.

Dia lupa, hidup ni Allah bagi sebab apa.

Dia lupa, dunia hanya sementara.

Dia lupa, yang kekal itu di sana.

dan Dia lupa, bekalan di dunia penentu segalanya.

tiada Taqwa di dalam hati.

At-Taqwa : Rasa di dalam hati yang akan menggerakkan dirinya untuk menghindari dosa-dosa kecil mahupun besar. Taqwa ini sangat besar pengaruhnya terhadap diri seseorang mukmin yang sangat sensitif dengan keadaan di sekelilingnya dan sangat takut kepada Allah, takut jika Allah murka dengan dirinya.Ibaratnya kita meniti di atas jalan yang penuh duri...Pastinya kita sangat berhati-hati agar tidak memijak duri-duri tersebut, justeru ia akan mencederakan kaki kita. Begitulah halnya taqwa dimana seseorang mukmin yang bertaqwa sangat menjaga setiap perilakunya di khalayak mahupun ketika bersendirian dan sentiasa menjaga apa yang ada di dalam hatinya agar terhindar daripada sekecil-kecil dosa hingga sebesar-besar dosa yang akan menjerumuskannya ke dalam api neraka
 marilah kita berusaha sama2 membersihkan hati..

kembali mencari Nur yang bole bimbing kita untuk perbaik lagi that missing parts tu kan.

how?
" Baca Quran selalu, insyaAllah Allah jaga kita.."
You can't turn to Allah, or gain His love, with anything superior, than reading the Quran.
yep. baca Quran. even 1 page je, at least u read.

perbaiki solat. perbetulkan mana yang rasa tak berapa nak sempurna bacaan lagi..

cuba kurangkan mende2 lagha tu, kalau tak bole stop terus, at least kurangkan sket...

and then istiqamah lah. Mudah-mudahan yang sedikit ini apabila diniatkan sebab Allah, akan change ourselves to become much better. inshaAllah :)

Terbaca post ni tadi, tajuknye kembali.

entah la tetiba rasa 'zaapppppp' je dalam hati. huhu

so, rasa nak berkongsi dalam blog ni sekali. :)

ikhlaskan semuanya kerana Allah, anis.

' inshaAllah..'

May Allah bless us all. Ameen~

Ending the post with :

Then your hearts became hardened after that, being like stones or even harder. For indeed, there are stones from which rivers burst forth, and there are some of them that split open and water comes out, and there are some of them that fall down for fear of Allah . And Allah is not unaware of what you do.
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras.Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya.Ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.Dan Allah tiadalah lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.." 
Al-baqarah 74
p/s: peringatan untuk diri sendiri. and u too. sebab kita bersaudara~  :)

END

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers