Thursday, March 8

teruskan melangkah~

even if u're on the clouds, keep on walking ^^
salam alaik~

mood---> senyum.

Hujan. ^_____^

moga hujan sampai ke malam. :)

sangat suka bila hujan sebab akan rasa tenang dan hepi. ^_~

alhamdulillah~

Lama tak mengupdate blog, last time update pun bulan 2 hari tu la kan. tak tau kenapa tak tergerak jari untuk mengedit blog. maybe busy dengan FYP and maybe jugak busy dengan lara2 things? =_=''

Final year projects' thesis kena hantar awal bulan 6 ni, eksperimen tak habis lagi. berdebar itu pasti, yang penting semangat tu kena kental dan kuat la kan walaupun jantung tu duk dupdapdupdap tak berhenti sebab takut tak sempat punya pasal. and malu dengan supervisor huhu


inshaAllah sempat. inshaAllah.

semalam first time stay dekat lab sampai pukul 9, tapi xbole nak buat labwork pon, sebab takley autoclave tu huhu yang manual autoclave tu ad probability tinggi untuk contaminate so, baik autoclave pagi ni kan. petang ni inshaallah pour. oke2 masuk yang nak cerita ni. so, kami ( kak intan, jea anotai, husna, nora, azi n me) lepas semayang2 tu pegi la berjalan kaki meredah hujan dari masjid ke lab 109 yang tersergam depan bangunan math tu. dalam setengah jam tu something happenned!

haha.. tengah2 tengok jea buat preparation tuk pathogenicity test, sambil2 tu duk tengok laptop kak intan, kitorang kene serbu dengan security on the spot tu la. kelam kabut takyah cakap sebab azi dan yang duk tulis ni tak pakai labcoat+kasut maka berlakulah huru hara dalam lab tersebut.

haila lawak sebab muka kak intan tu pucat, ingatkan nampak 'something else', so anis nurdiniey ni pun nak pucat jugak la sebab duk bayang mende alah tu. sekali masuk sekumpulan security dengan muka berseri-seri sebab nampak kitorang gelabah. and ad sorang budak tu tetibe je laju nak balik. haha sebab takut kena block dari masuk lab. yelaa mana tak takut xpakai lab kot and kasut tu, tu pun first time buat gtu terus kene pulok. adoila..

lepas je pakcik2 security tu kluar, terus gelak tak tertahan sebab rasa situasi itu hilarious dengan muka kami yang pelbagai ekspresi. huhu. =_='' da serik. nk pkai lab kot and kasut jugak la klaupun xbuat keje. hu~

....

*sigh*

peter yang under dr. latifah dah siap dah experiment tu, nampak tempat dah kemas kosong dah. :( bestnye.
kami ni masih lagi buat experiment. yang start awal like me, azi, kak intan, su, jea pun tak siap2 lagi. banyak problems berlaku dalam lab, planner pun dah kucar kacir. sengih tawar je tengok dalam jadual tu sepatutnya eksperimen habis bulan 3. ye la, kami hanya merancang, tapi yang selebihnya hanya Allah yang tahu kan.

sedih tak sedih, letih tak letih, teruskan melangkah minna!!

^_^

nampak students dr latifah punya progress tersusun sebab Dr. latifah ad sediakan tarikh2 tertentu kut. jadi semangat sikit sebab diorang duk semangat, nak tak nak kena naikkan semangat balik teruskan buat labwork. sebab bulan 4 ni nak balik midsem!!!! T_T

rindu famili takyah cakap. huhu hari2 kut duk belek gambar+video mereka2 tu. sobs

saje je ni nak post sambil2 menunggu autoclave tu siap. nk pegi lab pour terus jap g ni. :)

last but not least,

sy anis nurdiniey bt ahmad shapawi ingin meminta maaf sekiranya (pasti) ada salah dan silap dengan nakamas. harap dimaafkan. saje nmpk idah post dekat fb nk post gk sni lahh

^___^ all the best labwork n thesis writing.

Ending with this:


"Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam." -Syed Qurtubi-

renungan bersama.

may Allah bless~

END

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers