Salam alaik~
Terasa ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat sekalian..
Move forward.. young muslims!
yes, the transformation process is harder than it seems. siapa kata nak berubah senang? Tapi kita tak boleh la nak lepas macam tu ja.
Dipetik dari kata2 UZAR (ust.zaharuddin);
Ketahuilah, mengakuilah lemah dan tewas terhadap musuh Allah, syaitan dan nafsu adalah kunci untuk tewas selama-lamanya dan bakal tersemat kukuh kejahatan dalam diri sehingga ke akhir hayat. Justeru JANGAN SESEKALI mengaku diri lemah terhadap godaan nafsu, sebaliknya nyatakan kepada diri, "Hanya kali ini sahaja aku tewas, tidak di waktu yang lain!."
Firman Allah SWT :
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya : “(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )
" Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu , dan masuklah ke dalam syurgaKu.”
[Al Fajr: 27-30]
Dan renungkanlah, kita sebagai manusia, da bertimbun banyak dosa yang kita duk buat. yep, me too. tak terkecuali. I'm just a mere human being.
saya suka baca blog2 islami, pengisiannya menyentuh jiwa. zappp, rasa something je dalam hati. Tazkirah online ade, yang tu su bagi. bagus jugak, ustaz tu pandai bagi tazkirah. Inisiatif sendiri kena ada, sebab kalau kita tak usaha cari ilmu sampai bila2 hati kering..
Then, bila hati dah kering, jadi makin cenderung pulak nak buat maksiat.. masyaAllah.. wahai hati-hati sekalian, bangkitlah. Teruskan berjuang menentang hawa nafsu kita sendiri. Sekarang ni bulan Ramadhan, bulan kerahmatan.. pahalanya berlipat kali ganda. subhanallah..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Mintalah fatwa (nasihat) pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang, dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hati gelisah.” ( Riwayat Ahmad dan ad Darimi )
so, ayuh kita bersama berusaha di bulan yang mulia ni, menjaga diri dari terlalu menurutkan hawa nafsu...inshaAllah..
"Yakinilah balasan Allah swt dan hari akhirat".
May Allah bless us all..
salah silap kelemahan sy(anis). Harap dimaafkan.
Sekadar berkongsi ilmu dan menyedarkan diri sendiri..
wassalam~
end.
em..btol2...
ReplyDeletenk lawan diri sendiri tuk jd baik bkn senang(tp x la ssh sesangat)
kena ada tekad(kalau hati x mau x jd gak) n kwn2 sekeliling pun membantu...
ye. sungguh. :)
ReplyDeletesesama kita berusaha.. aja2!!