Monday, March 19

괜찮아, 아빠 딸. [ Gwenhana, appa ttal]

salam alaik~

괜찮아, 아빠 딸 -----> it's alright, daddy's girl.

sambil2 menunggu masuk isyak ni, jari jemari tergerak menekan keyboard, tekan new post.

alhamdulillah, hari ni sihat walafiat (walaupun tade org btanya takpe la nk gtau gk hee), demam da tade la kut, cuma tinggal batuk n selsema sket2. idah jangan duk dekat2 sebab idah sng sket kena dop? (^^)/ maybe sebab lama xdemam kut, kali ni bila demam body jadi over la pulok nk pening la, sakit kepala la, sampai xpegi lab dekat 3, 4 hari. =_=''

and berkat doa umi abah kut hari ni rasa better sket ;')

alhamdulillah.

^____^

haritu abah antar mesej, biasa je la tapi tetap hepi gak. hihi.. so, abah trusts me la kan. inshaAllah i'll do my best as 'appa ttal'. and walaupun tak leh nak lawan everyone's feveret aka aina mardhati, i'll still do my very best, perbaik yang mana masih senget, sebab ak ni anak abah n umi. hiii~~

.....................

gwenchana appa ttal tu bahasa korea, tengok cerita tu dulu tetiba teringat. drama yang tekankan pasal family, wonderful daughters who fought through the problems for the sake of their beloved father. :)

kita ni anak perempuan, sangat2 risky sebenarnya. kita boleh tarik ayah kita untuk masuk syurga, or tolak masuk neraka.

sebab?

apabila cakap pasal wanita, yang paling utama sekali ialah aurat. aurat kita dengan yang bukan mahram iaitu dengan orang luar dari family, ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. sebagaimana pakaian kita sewaktu solat, macam tu jugaklah kita kena jaga aurat kita diluar solat.

pakai la apa pun, tak kisah, asal tutup aurat and covering aurat is not as simple as putting on cloth.  kita dah belajar dulu topik ni semasa sekolah menengah, dalam subjek pendidikan islam kan.

so, as a matter of fact, kalau kita jaga aurat kita, inshaAllah, kita tak bagi beban kepada parents kita terutamanya ayah sebagai ketua famili.

sama2lah kita jadi anak yang boleh bawak parents ke syurga. jadi solehah jum. :)

tak suka pakai tudung labuh meleret2, takpa. pakaila tudung macam mana pun, asal tutup that part sehabis mungkin. tapi apa salahnya lebih sedikit, lagi baik. :)

tak suka pakai baju labuh, takpa, pakailah baju yang longgar dan besar, yang tak menampakkan bentuk badan kita.

^__^

sama2 kita istiqamah.. ameen ~

nak jadi appa ttal yg solehah, mulakan dengan penjagaan aurat..:)

mujahadah melawan nafsu anda, cik anis. (=_-)

nafsu malas nak buat fyp. aik? terkeluar topik. myane mida. :P

okela kena p tulis lit review xsiap2 g ni, huhu azi da siap hantar dah. oke minna, ganbatte..!

ganbatte for the fyp, and ganbatte perbaik diri.  :)

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallammengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya”
Diriwayatkan oleh Abu Daud (hadis no. 4104 & 4106). Hadis ini disahihkan oleh al-Albani.

End~

Friday, March 9

hati oh hati.



SITUASI 1

' Awak boleh jadi imam?'

'hmm.. tak rasa layak kut jadi imam. Awak imamkan dulu boleh?'

' Boleh iqamah tak?'

Tersentap hati sekejap. Dalam hati berbisik, 'apa, nampak aku ni tak tahu sangat ke?'

' boleh..' perlahan dan mendatar suara menjawab.


'Assalamualaikum warahmatullah..' Kepala ditolehkan ke bahu kanan.

salam kedua pula diucap.

Air muka terasa keruh sewaktu bersalam dengan imam di depan.
....

' Apa hal laaa tadi rasa terbakar je hati eh? sembahyang pun tak berapa nak khusyuk...'

' Aku terasa ke tadi? Maybe? sebab terasa diri ni tak serendah tahap sampai tak tahu iqamah? atau sebab u think u are better than her?'

' Astaghfirullah. riak ke aku ni? Allah..

SITUASI 2

' Hey you. Jangan judge people dengan appearance oke. Aku pakai tudung ke tak bukan masalah kau. ceh. die tu cakap je lebih. Harap je pakai tudung labuh, entah2 perangai lagi teruk mana tauu..' kasar dia menjawab.

' sabar je la, dorang memang cam tu. ingat dorang je la baik. orang lain tu low la konon. huh buat sakit hati je layan orang macam tu. jom blah.! ' Tangan member sebelah ditarik.

.....................................................

Thursday, March 8

teruskan melangkah~

even if u're on the clouds, keep on walking ^^
salam alaik~

mood---> senyum.

Hujan. ^_____^

moga hujan sampai ke malam. :)

sangat suka bila hujan sebab akan rasa tenang dan hepi. ^_~

alhamdulillah~

Lama tak mengupdate blog, last time update pun bulan 2 hari tu la kan. tak tau kenapa tak tergerak jari untuk mengedit blog. maybe busy dengan FYP and maybe jugak busy dengan lara2 things? =_=''

Final year projects' thesis kena hantar awal bulan 6 ni, eksperimen tak habis lagi. berdebar itu pasti, yang penting semangat tu kena kental dan kuat la kan walaupun jantung tu duk dupdapdupdap tak berhenti sebab takut tak sempat punya pasal. and malu dengan supervisor huhu


inshaAllah sempat. inshaAllah.

semalam first time stay dekat lab sampai pukul 9, tapi xbole nak buat labwork pon, sebab takley autoclave tu huhu yang manual autoclave tu ad probability tinggi untuk contaminate so, baik autoclave pagi ni kan. petang ni inshaallah pour. oke2 masuk yang nak cerita ni. so, kami ( kak intan, jea anotai, husna, nora, azi n me) lepas semayang2 tu pegi la berjalan kaki meredah hujan dari masjid ke lab 109 yang tersergam depan bangunan math tu. dalam setengah jam tu something happenned!

haha.. tengah2 tengok jea buat preparation tuk pathogenicity test, sambil2 tu duk tengok laptop kak intan, kitorang kene serbu dengan security on the spot tu la. kelam kabut takyah cakap sebab azi dan yang duk tulis ni tak pakai labcoat+kasut maka berlakulah huru hara dalam lab tersebut.

haila lawak sebab muka kak intan tu pucat, ingatkan nampak 'something else', so anis nurdiniey ni pun nak pucat jugak la sebab duk bayang mende alah tu. sekali masuk sekumpulan security dengan muka berseri-seri sebab nampak kitorang gelabah. and ad sorang budak tu tetibe je laju nak balik. haha sebab takut kena block dari masuk lab. yelaa mana tak takut xpakai lab kot and kasut tu, tu pun first time buat gtu terus kene pulok. adoila..

lepas je pakcik2 security tu kluar, terus gelak tak tertahan sebab rasa situasi itu hilarious dengan muka kami yang pelbagai ekspresi. huhu. =_='' da serik. nk pkai lab kot and kasut jugak la klaupun xbuat keje. hu~

....

*sigh*

peter yang under dr. latifah dah siap dah experiment tu, nampak tempat dah kemas kosong dah. :( bestnye.
kami ni masih lagi buat experiment. yang start awal like me, azi, kak intan, su, jea pun tak siap2 lagi. banyak problems berlaku dalam lab, planner pun dah kucar kacir. sengih tawar je tengok dalam jadual tu sepatutnya eksperimen habis bulan 3. ye la, kami hanya merancang, tapi yang selebihnya hanya Allah yang tahu kan.

sedih tak sedih, letih tak letih, teruskan melangkah minna!!

^_^

nampak students dr latifah punya progress tersusun sebab Dr. latifah ad sediakan tarikh2 tertentu kut. jadi semangat sikit sebab diorang duk semangat, nak tak nak kena naikkan semangat balik teruskan buat labwork. sebab bulan 4 ni nak balik midsem!!!! T_T

rindu famili takyah cakap. huhu hari2 kut duk belek gambar+video mereka2 tu. sobs

saje je ni nak post sambil2 menunggu autoclave tu siap. nk pegi lab pour terus jap g ni. :)

last but not least,

sy anis nurdiniey bt ahmad shapawi ingin meminta maaf sekiranya (pasti) ada salah dan silap dengan nakamas. harap dimaafkan. saje nmpk idah post dekat fb nk post gk sni lahh

^___^ all the best labwork n thesis writing.

Ending with this:


"Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam." -Syed Qurtubi-

renungan bersama.

may Allah bless~

END

Daisypath Friendship tickers