Monday, September 23

Jom Buat Aiskrim Tanpa Guna Ice cream Maker

Assalamualaikum semua......
Lama tak bersua kat blog nakama ni.
Takde idea nak dicurahkan.. Acececewah

Sekarang kan musim panas. Kalau tengahari tu, dapat makan ice cream memang heaven. Hahaha
Jadi, terkeluarlah idea nak buat ice cream ni + nak bagi Anis cuba buat kat rumah sebab Anis kan dah duk rumah. Daripada duk sesaja, jom buat aiskrim ni yr Anis-chan.hihihi
Yang ni lebih kurang macam basic ice cream
Kalau nanti nak tukar flavour atau nak tambah yang lain2 seperti choc. chip dan sebagainya, dipersilakan.
Idah dapat resepi ni dari facebook Buku Resepi. Like la FB ni dan ada macam2 resepi dan insyaALLAH menjadi.

Biasanya kita tengok orang guna ice cream maker nak buat ice cream kan. Tapi kat rumah bukannya ada objek tu. Bukannya buat bisnes aiskrim + harga dia bukannya murah kan.

Berapa harga pembakar wafer eh, tetiba tukar tajuk. Hari tu nak makan wafer je. Kalau baut sendiri takde la mahal sangat + boleh letak topping dia pelbagai kan. Yummy. Ni kira salah satu akibat kerja kat D'sukres la ni. Semua benda nak buat sendiri sebab dah tahu kan. Dah2, duk mengarut pulak. Kembali ke topik asal.

Jom buat aiskrim.

Jom kita mulakan.

Bahan

1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu pekat tadi)
1 biji telur dikocak2
1 sudu esen vanila
1 sudu ovellet (yang warna kuning tu, google cari ^^)
1 1/2 tin sweet corn ( nak buat ice cream jagung), hari tu guna 1 tin, tak terasa sangat jagungnya. 1 tin tu kita blend, yang 1/2 lagi tu letak dalam camtu je.
1 sudu tepung jagung
1 sudu perasa jagung manis


Cara-cara

  1. Masukkan susu pekat, air,tepung jagung dan telur kedalam kuali dan masakkan.
  2. Bila dah likat campuran tadi, tutup api. Biarkan sejuk seketika 
  3. Bila dah sejuk, masukkan ovellete dan putar campuran tadi sampai kembang. Biar kembang DABOOM. Dia akan naik 2x ganda.
  4. Bila dah rasa kembang tu, masukkan esen vanila, perasa jagung dan jagung yang di blender dan yang tak di blender. Putar lagi sampai sebati.
  5. Bila dah siap tu, masukkan dalam peti
  6. 30 minit - 1 jam kemudian bukak balik ice cream tu dan kacau lagi. Yang ni bertujuan untuk menghaluskan tekstur aiskrim tu. Kalau malas, tak buat pun takpe. Masih sedap tapi tekstur dia tak lembut macam kat kedai la. 
  7. Masukkan balik dalam peti, Kalau nak lembut lagi tekstur dia, buat beberapa kali tapi kalau malas, pun takpe. 
  8. Bila dah keras , boleh letak topping kacang ke, choc. rice ke,. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak buat perasa lain, skip bahagian jagung tu dan gunakan bahan yang anda inginkan. Contohnya nak buat perasa chocolate, letak la coklat cair ke, emalco choc. ke. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak lagi sedap, boleh gantikan susu pekat tu dengan susu segar dan cream tapi mahal la kosnya. Bila letak susu dan cream tu, jangan lupa letak gula. Nanti tawaq la ice cream anda.kikiki . Bajet la nak manis camna. Ikut tekak anda.



sweetcorn ice cream with excessive topping. ngeh3


yang ni aiskrim strawberry coklat la kengkononnye

sampai disini dahulu
selamat mencuba
tata
assalamualaikum

Pray for Palestine, Egypt, Syria, Roghingia and our brothers and sisters all around the world. PRAY4UMMAH

4 comments:

  1. wah hebatnya! kat gambar tu idah buat sendiri? mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Buat sendiri dengan bantuan mixer, blender.kih3. Kekgi Tihah try la deh. Senang je. Hihi.

      Delete
  2. Wife saya pun guna mixer buat homemade aiskrim. Antaranya aiskrim jagung dan coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna mixer senang kan. nak beli icecream maker mahal.hihi.^^

      Delete


Daisypath Friendship tickers