Sunday, December 2

Tuhan, jagakan dia.



Tuhan jagakan dia
Dia sahabatku, 
yang tetap di hatiku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

salam alaik~

{mood}--> sedang dengar lagu 'jiwo'. haha

hai3...! awak, ogenki desu ka?

watashi wa ogenki desu. 

きみがいなくて淋しいです。[Kimi ga inakute sabishii / samishii desu]

-->"I'm lonely when you're not here."

meaning; RINDUNYEEE~~

kekekeke

baca post su tetibe ase rindu-rinduan. eh. ;P *sorryy terkembe sbentar*

tu sapa bila dengar lagu motiff band(betul k ntah namanya) sebab dengar lagu tu mase kje sokmo, ase mcam sweet sbb teringat dekat kengkawan oke. bukan pakwe. haha

tu atas tu lirik version anis nurdiniey ^_^

adik2ku yang lara duk kata 'Fuiyoo kakngah jiwang'. -_- oke.statement itu sungguh geli haha

aiyoo... hm. tatau nak membebel pasal gapo pulak ni.. hee

tp yang sure,oghe tengah tatau nak pkir pasal ape huhu

bestnye klau korang2 sume ada skali. :)

mesti ase cam blessing kan. 

harap2nye kite akan jumpe lagi..

inshaAllah ^^

.........................................................................

Haritu oghe ade la terbaca sket2 buku 'Bersyukur saat diuji' dekat kdai tu. taleh baca bena tapi terbelek sket2 sambil2 duk susun bku hehehe

Buku tu pasal kisah hidup dia (xingatpenulistuhuhu), saat dia diuji dengan macam2 ujian la.

ujian yang datang dalam pelbagai rupa.

yang ganggu fizikal, luar n dalam..

sampai jadi terover kepelikannya. aik? haha macam bercakap tentang someone la pulak. ;P

Allah takkan uji hambaNya tanpa sebarang sebab. dop?

mungkin tu sebagai caraNya nak mendidik hati kita supaya bersyukur dih. supaya sedar siapa kita sebenarnya. n supaya kita sedar tujuan hidup kita ;')

dekat palestin tu ramai syahid, kita plak still terover2 dengan nikmat dunia sampai tatau kemende laa duk buat.. huhu

alhamdulillah. :)

bersyukur,Allah temukan kita. sama2 tolong tegur kalu ada salah silap.

totttemooo arigatou!!! sbb banyak tolong anis yg kulat ni ;D

SY SYG AWK2 SMUA!! hehehe

k laa.. nk bobel something tapi tak ingat hehe.. kang kalu tulis banyak2 takut ad air mata terharu plak. kononnye my writing ni touching2 ke <--gurauan semata2. jangan amik serius. 

haha

\(^_^)/ *peluk*

“ Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..”
 ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)




“Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.”

May Allah Bless.

-END-

p/s: sangat merindui awak2 yg comeyyyyyyyyy!! skrg sedang pening fikir pasal masa depan..huhu rabbi yassir :)


Tuesday, November 27

TERINGATKAN KAMU....TEMAN SELAMANYA

maaf gambo sexy sket..heee
for the first time....

Assalamualaikum my nakamas..rndu sgt kamu2 smua.
benanye bru lpas bc entry2 lam blog nie..suke senyum sorg (x gila lg yer)...hee
kebosanan duk umah...xdok gape nk wt.huhu...koho nek la berat badan asyik duk mkn je..tmbh plak duk saje2..bukan wt kerja berat pon..urm..harap2 korang semua sihat walafiat la yer..ameen...

FRIENDSHIP FOREVER TILL JANNAH

Alhamdulillah bersyukur kt Dia sbb dpt jumpe kwn2 yg baik mcm korang (idah, anis, ain, ainik, faezee)..mmg precious la.rndu mse kta duk suke2 gelak2 sembang2...tah ble plak bleh jmpe...wpon dah susah kita nk jmpe, su sentiasa doakan yg terbaik buat korang semua..mudah2an kita semua dapat jadi mujahadah yg berguna. jadi anak yg solehah.. :)

haiii...da lame x menulis ni berkarat dah sket otak..nk taip ape pon da xtaw..heee
k la ckup la stkt ni dlu..nt su tulis len lagi yer..

SAHABAT UNTUK SELAMANYA....

nk suk senyum panjang2..senaman mulut nih..

Wednesday, October 3

Entry balas untuk Anis-chan (mcm balas2 surat plak)



Assalamualaikum wbt
semoga awak-awak semua dalam rahmat ALLAH S.W.T
ameen..^^


Anis,hehehe...
Idah selalu ingat kat anis dan yang lain2 juga
kita kawan hampir 3 tahun
kawan...gelak..kawan...masam muka..gaduh...menangis..kawan balik..buat2 hilang ingatan..kawan balik..gelak2...muka tension...muka malu2 kucing...buat2 tak tahu..kawan balik..kawan balik and now RINDU
hehehe
kita kawan bila2..insyaALLAH till JANNAH

bagi Idah
korang kawan yang best
sekepala (bukan kembar kepala bercantum ye)
cakap mengarut (mengarut kita2 je)
sama taste masa pergi shopping
yang lawak2
dan macam2 lagi lah

susah nak diungkapka dengan kata2..(ceewah)
tapi memang Idah bersyukur kepada ALLAH
bagi Idah peluang berjumpa dengan korang2 semua
yang sangat BEST..^^
ALHAMDULILLAH

okeh2..dah2..malu pulak i tau
sesi meluahkan perasaan ke ni
hihihi
nak tunggu entry dari yang lain2 pulak
i malu
hikhikhik..(tutupmuka)

okey semua
bye
Assalamualaikum..^^

ogenki desu ka?

this is special for u. ;)

salam alaik~

[mood]--> dupdapdupdap dengan hati penuh pink berbunga-bunga. haha

Mata terkebil-kebil mengadap si lappy terchenta ni. Nak meluahkan rasa hati, tapi mereka2 takda di sisi. Rindu!

Hari ni cuti kebangsaan sesukasukipulakbaginama aka cuti mingguan si penulis berkaca mata ni. so dengan penuh riang ria suka suki lah beta menggerakkan jari mencoret rasa hati dekat blog nakama.

minna, ogenki desu ka?

yang bertanya? me : i'm happy. but at the same time, i'm a lil' bit sad.

sedih la. sebab sekarang ni macam rasa tanpa arah tuju je.

sedih sebab tade mereka2 yang bagi2 nasihat mcm mas merah,idah,su,ainik,faezee.

^^
tade lah. memaen jek. sedih sebenarnya sebab serius rindu! ;')

tu duk dupdapdupdap tu?

hahaha.. menunggu kiriman pos someone!

1#merahh!!! my pic? ;(

2#and also my tudung. yay! ~(^^)~

sory. tade motif tu. heee~

Dengan muka berseri2, hari ni bangun pagi nak online huhu. job hunting lagi la, bagi kami2 semua ni. huhu

ha.. su aka su comeyy and ainik, ad DPLI, diploma perguruan j-qaf tu dibuka, syarat kna ada basic arab or pengajian islam baru bole apply. su n ain amik minor kan. maybe bole kut apply..

haritu tatau pon napee laaa j-qaf tu. ayoyo lucu2. ;)

hm, membelek2 fb tadi. tertengok wall kawan tu, em, da dpt kje kut. bukan budak bio, arkitek klu xslap.

'bestnye tengok orang da stat keje kan, me?? huu ;( '

cik kak, rezeki Allah da tetapkan sorang2. dia dapat macam tu, u might get something else. doa harap2 ada yang dapat.. ameen..

lagipun ni sekarang ni duk keje part time tu oke lahh, belajar mematangkan diri sket2 dlu. ye dop?

huhu

umi suh berenti sebenarnya, tapi ingat nak kje lagi sampai dapat call. takpelah. we'll see, we'll see..

tdi terbukak blog sape tatau. aih. bace je lahh jap. tajuk post pasal ni :

"erti hidup pada memberi"

famous quote dari ustaz hasrizal tu. :)

baca dari buku idah aritu dop. mekasehhh

Hmm...

 selama 22 tahun hidup dekat bumi ni, apa yang kite buat selama ni bererti ke dop eh. entahla.

atau kita just fikir hidup kita ni sekadar satu kitaran hidup je?

baby->kanak2 ribena->remaja comey->then jumpa 'ehem2' pastu kawen, ad famili-> die.

macam tu je ke?

sejak akhir2 ni la, sebab da besar n matang la kot sket,hee selalu terfikir macam tu. apa kta dah buat untuk agama, untuk parents, untuk masyarakat, untuk diri sendiri?

ayoo... masih banyak2 lagi lubang2 hitam dekat hati tu..huhu nak jadi bidadari..

yang boleh tarik mak ayah masuk syurga. ameen..

and tamau jadi penyebab parents ke neraka. mintak dijauhkan, mudah2an. sama2 kita usaha..inshaAllah

Apabila realiti hidup and masyarakat di depan mata, baru nak terkebil2 tatau apa nak buat.

yelahh, dulu hidup dekat sekolah berasrama sejak form 1 sampai la form 5. dunia nampak warna warni tak nampak kelam kelabu lagi. kalau cuti balik rumah pun, nak kluar umi abah said, 'No way' bukan 'yes way'. hatta nak reunion sekalipun, dikata 'no way' jugak, nak buat camana.

so, bila start part time ni, realiti kehidupan depan2 mata, tak terkata, tak tau nak buat apa. nak menegur tak terasa banyak ilmu, nak bagi nasihat terasa diri sendiri ni lagi banyak kekurangan..apa yang boleh buat, skit2 jela stakat termampu. lemahnya la iman dop huu~

haritu ada budak macam tak berapa normal aka penagih berdasarkan sorang staf tu masuk kedai buku tu, die cakap mende ntah, xingat, tapi takutttt laaa huhu ;( 

macam2 jugak la happens. all the kembe things too. -_-''

tapelahh. pandai2 la kamu jaga batas, jaga hati ye cik kak. doakan anis nurdiniey yep.

^^

mas merah, idah, su, ainik, anda2 sume apply master ke?

terkinja2 daku menanti kabar berite anda2 smua, rupe2nya hanya daku sorang yang terover rindu. =_=''

oh. sedih2. yelaaa macam ni laaa kawan! kite clash je lahh kalu gini. ;P

hmm... oghe buntu sebenarnya ni.. huuu. awak2 sume ad dapat love call dah k?

banyak jugak la apply.

dekat spa tu tengok aritu da buke untuk apply penyelidik tu, dengan pegawai sains. tak sure tutup bila, tapi maybe dalam 15-17 oct ni kut. klau tau pape gtau me too deh.

terkontang-kanting di sini. ;P

oke lahh.

till next post plak.

menunggu balasan anda semua.


keekekeke~

bai2 minna!

syg kamu semua!

till we meet again, inshaAllah!

ending post with this:

Though you dislike it and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a things which is bad for you. Allah knows but you do not know-  Surah Al-Baqarah ayat 126

END

p/s: nak sms, syg kredit. ;P

Wednesday, September 26

Graduated!

geee~ thanks idah-chan for this pic! lawa! ^^
salam alaik~

ALHAMDULILLAH

(^__~)/ graduated!

21 september 2012, we officially graduated.

omedetou (betul ke ni da lupe haha) minna!

hm, ingat lagi kejadian itu hari, dengan hati berdegup kencang ada laa sorang budak tak boleh nak tido malam sebelum konvo. -_-''

haha. semuanya gara2 takut jadi orang first jatuh stage ke. ha mana la tau kan. dah la dirakam. sekali jatuh kang malu jek. haha

alia aka adikku yang pelik tak sepelik kakaknya, kata ' ngah, angah jale mace robot!'

(-_-'')

haish. segan wehh heee~

hm, selepas tamat je upacara konvo tu, dengan riang ria suka hati ala2 kanak2 ribena, kami pun bergambo lahh sebentar dalam dewan tu. nk gambar!! tapi tetibe ade ajk konvo tu mai sekat kata, ' eh dik, sorry, xboleh bergambar dalam dewan', oke. tu pun lepas berjaya snap 2,3 gambar. ;P

then, tak sempat2 beli something nk bagi nakamas. huhu

yelahh, kite sume busy ngan famili pulak la kan. nak bagi abah umi pakai jubah tu jugak :)

ngeee~

awak. awak. awak. awak dan awak. saya rindu sama awak2 semua! ;'(

aik. sory, terkeluar mood tacing la pulak. ;P

hm, susah la kan nanti kalau nak jumpa2 balik. tapi, minna! harap kita xlost contact yep! ^^

kalau ade pape news, tulis la eh kat dalam blog. atau post dekat fb or twitter la kalau terasa segan nak antar mesej. haha

tetibe plak terasa macam nak pelokkk mas merah, idah, su, faezee n ainik!!!! hahaha

tau dop, dekat smo tu oghe pelokk la kak tu, terus kna cop 'les'. haiyaa kembe2. haha 

hari ni pagi2 lagi sejuk, ni burung2 duk menyanyi kiu2 nape ntah, haha tengah duduk sorang2 online. yelah, hari ni cuti! ^^

tapi esok masuk balik. huhu takpelah. cari pengalaman tu pun bagus la. usaha mematangkan diri sendiri. ^,^

awak2 semua sedang buat apeee????

kalau tau ada keje kosong or nak apply master ke, dont forget to tell me too!

^__^

ni post ni tade mende la ni nak membebel. haha nak tulis something tapi tak tertulis lagi.hee~

oke. next post la pulak ye~

bye2 love~

^____^

::MAY ALLAH BLESS::


END

Monday, September 17

hai usm! bertemu kembali~ ^^


21 SEPTEMBER 2012

Tarikh bersejarah lagi dalam hidup kami semua. :)

tarikh kawen la tu kut? ;P

hee~

OUR GRADUATION DAY !!!

alhamdulillah, thanks to Allah, kami semua akan bakal bergraduasi, inshaAllah jumaat ni

(^_~)/ tahniah minasan!

15hb haritu selamat sampai ke bumi minden ni.

Hati rasa eksaited je apabila dah sampai usm ni. ^^

and thanks FAEZEEEE coz bagi kami2 semua tumpang tinggal kat rumah sewa beliau. ;)

Masa rasa macam kejap jee. yelah, aritu berpisah sedih2 sob2 la kejap, then jumpe blik pulak dengan muke hepi bling2 bersinar

rasa macam semalam je baru tinggal usm kan. yelahh bila da jumpa anda semua ni hati terasa dup dap dup dap. aik? hahahaha <-- cerite semalam yang tak kering gusi bila ingat balik ;P

baju grad kami, warna purple, dengan jalur hijau kuning. ^^

yay. hee~

itu cerita hati penulis yang tengah eksaited ni.

cerita mereka?

ramai kawan2 yang len da stat sambung master, dapat keje la.. alhamdulillah :)

yang masih menunggu2 ni including me and sape2 lagi lah

lepas grad ni macam mana la pulak ye cite kite sume?

mungkin sibuk menanam anggur? sampai masak makan siap dop -_=

atau mungkin da busy dengan keje

or mungkin busy dengan studies kan kalau apply master

who knows.

Allah dah tentukan jalan kite smua ni macam mana kan.

kalau lah ada peluang belajar, hajat di hati nak jugak sambung master

tapi tak tau lah kan macam mana nanti. maybe kalau dapat keje, keje dulu la kot?

eh tapi kalau ada yang mai tanya, kawen terus la kot? ;P haha

oke2. itu kisah lain. keke

Apa pun, harap2 kita semua akan still ingat dekat kengkawan yep. huhu

ayooo rasa macam kejap je dah besar. =_='' baru je ingat nak putar balik masa, jadi first year balik ke. agak2 bole dak? eheh

sunyi sepi la pulak DK ni, tadi ade la jugak 2 or 3 orang duk pi mai pi mai. ( da pandai cakap kedah :P)

okeh.

tade idea sebenarnya nak cakap ape, just nak gtau konvo je sebenarnya hee~


"If you don't go after what you want, you'll never have it.  If you don't ask, the answer is always no.  If you don't step forward, you are always in the same place."
Nora Robert


p/s: aih. rindu ah kt ainik nih. bz bebeno :P

Sunday, July 8

pertemuan --> perpisahan

assalamualaikum semua

masa nak buat entry ni ..nampak entry yang cik anis kita buat
sebak baca tiap2 patah ayat yang cik anis kita tulis
walaupun entry ringkas je tapi sangat menyentuh hati
kawan2...idah sayang korang semua..LOVE..
idah sangat bersyukur dapat kawan2 macam korang
alhamdulillah..^^
insyaALLAH bulan 9 ni kita jumpa ya
dan semoga ALLAH panjangkan umur kita dan semoga kita semua berada dalam payungan rahmat-NYA..ameen

teringat petikan ayat dalam buku (lupa tajuk dia)
"jangan ucap selamat tinggal"
"walaupun kita tidak berjumpa didunia..insyaALLAH kita jumpa di syurga"

..ameen..

ohh..sedih2...sebab barang2 dah pack walaupun bukan semua..(.mood sedih)
teringat mesej cik ain
"terasa sedih plak sebab kita selalu duk gelak2"
"biasanya kita duk gelak2..sem depan boleh jumpa lagi"
"ni bila pulak kita boleh jumpa"

camtu la lebih kurang ayat cik ain kita
sedih kan..
biasalah kan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
dan apa yang dilalui jadikan kenangan untuk diingati
untuk kenangan yang buruk2 + gaduh2 jadikan batasan
supaya kita belajar dari kesilapan itu
^^

insyaALLAH teman2 semua..
kita jumpa masa grad nanti ye
cuba datang awal semua..^^

hehe
tata semua
assalamualaikum...:)


selamat tinggal, bumi minden. selamat tinggal minna ;')

::friendship::
....................................
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
.............................

waaa.........sedih!! ;'(

semalam su dan ainik dah balik, meninggalkan kami2 (anis,idah, faezee, ain kecik balik rumah kejap pastu mai balik) yang tengah menunggu masa je nak balik. 

malam ni idah pulak. ;'(

walaupun inshaAllah jumpa lagi untuk graduate bulan 9 ni, tetap rasa sebak sebab ada je possibility untuk tak ketemu kan, andai Allah dah jemput kita ke.. ya Allah, panjangkanlah umur kami2 semua, ameen. 

Alhamdulillah, 3 tahun di bumi minden ni, banyak benda yang kita gain and banyak juga yang kita lost. so, dah tiga tahun duduk kat sini ni bila time2 nak tinggalkan usm ni terasa sayang pulak. sayang jugak nak berpisah dengan sahabat2 ni. :(

Monday, July 2

VIVA!!! Done.

aik. main ciku cak pulak. igt kiut kee..??? xponnnnn ;P

salam alaik~

*\(^_^)/* yayyyyy!!!!!!!

ALHAMDULILLAH.

3 tahun bergelar pelajar di USM ni tamat pada hari ni, apabila berakhirnya sesi ver'viva' bersama prof2 n examiners hari ni. :')

Mata yang terasa berat nak berkelip2 ni hanya sepi mengadap laptop, sebab nak buat correction thesis segala bagai ni. ngantuk! /(-_~)\

esok inshaAllah nak bagi dekat prof, nak kena bagi a copy untuk prof, lepas tu ingatnya nak pi print then bukukan thesis tu pulak. moga2 sempat la kan edit mengedit ni walaupun banyak nampak tanda2 merah, bulat2 dan segala jenis bentuk lagi yang ada dalam thesis tu. hehe

harapnya markah tu comey lahh walaupun viva tadi berjaya buat si penulis yang berkaca mata ni rasa seram sejuk macam duduk dalam peti ais. takut!

Lega sebab dah sudah tapi resah gelisah pulak nak tunggu result tu. adeh.

'tak payah pikir lagi laaa cik kak, edit dlu thesis tu, pastu antar 3 copies. siap.'

(o_o) yang tu dah sudah. lepas tu tawakkal la macam mana pun kan.

haa.. lupe, gambar2 haritu masa mas merah jadi watak utama tu ^^

tapi takpa ke letak dalam ni? i post several pics je la eh.. hee~

Sunday, June 24

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum

hai hai hai......^^
bersua kembali kita
post kali ni nak berterima kasih kepada seseorang
siapakah itu??
jeng..jeng..jeng
hehehe
nak berterima kasih pada Nurul Ain Abdul Aziz

kenapa??
sebab belanja nakamas makan2
makan apa?
PIZZA!!
Cheesy Bites STEAK pizza...

Cheesy Bites STEAK pizza.^^
pizza ni keluaran jun
rasanya..sedap 
tapi fingers kat tepi tu banyak sangat cheese
so sedikit muak
hati kami masih terlekat kat pizza hawaiian chicken & Pizza pepperoni
tapi apa2 pun still sedap sebab orang belanja kan..ngeeeeeeee..^^
makanan sampingan yang di add-on 

favourites platter (gambar makanan yang ni je sempat diambil)

Dalam favourites platter tu ada ayam,kentang dan "toasted chicken & cheese roll"
yang paling best ialah toasted chicken & cheese roll 
makan panas2
memang terangkat
rangup + rasa cheese..memang WOW la..hehehe
nak tau macam mana rasa dia
kena beli dan makan sendiri..ngeh3
dan dessertnya...Tripple Plessure

ni ha Tripple Plessure tu

Tripple plessure ni mula2 macam banyak la kan
sebab
gelas tu berat dengan aiskrim + nampak macam banyak
rupa-rupanya 
gelas tu yang berat + optical illusion (macam kanta pembesar gitu)
tertipu kami..hehehe

semasa order tu teragak2 juga + tertanya2 kat Cik Ain kita
"boleh ke nak ambik yang ni"
"berapa budget nak belanja kami ni"
"ain pilih la..kami makan je"
antara soalan2 yang ditanya dan ayat2 yang terlontar dari mulut kami(ayat sastera skit..ngeh3)
dan seperti biasa
dengan tenangnya Cik Ain kita ni bersuara
"rilex..duit cukup" + muka yang tenang (seperti biasa)

sebenarnya gambar2 makanan (kecuali favourite plater) tu saya ambik kat pakcik google
sebabnya
kami tak sempat ambik gambar
bila diingat balik terasa lawak je
tengah letak makanan tu dalam pinggan masing2
tiba2 Cik Su bersuara
"kita tak ambik gambar makanan pun"
tergelak kami2
lapar punya pasal
sampai makanan terus makan
dah tak tengok kiri kanan dah
nanti kalau lapar mak mertua lalu pun boleh tak perasan ni
bahaya2..adeh..hahaha

untuk pengetahuan bagi mereka2 yang tak tahu @ yang dah tahu (nak beritahu gak)
Cik Ain kita ni penerima biasiswa JPA
dan dia selalu belanja kitorang pemegang pinjaman PTPTN setiap sem
terima kasih Ain..^^
moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusanmu oleh ALLAH S.W.T ..aameen
dan begitu juga kepada semua namaka..aameen..

gambar yang sempat diambil ialah gambar kami semasa menunggu makanan + gambar favourite platter tadi


ni la gambar kami dengan muka lapar menunggu makanan
p/s gambar diambil oleh pekerja pizzahut sbb kami2 semua nak masuk gambar

okey semua
sampai sini je la ye
lain kali jumpa lagi
insyaALLAH 

bye semua...
ASSALAMUALAIKUM

^^



Friday, June 15

sesaje ^^

 
heee~
 
sorry, terlebih gula pulak.

^__^

jumpe dekat blog mna ntah

macam sweet je, so copy paste dekat blog nakama.

p/s: sbnrnya nk tutup post bawah 

keke..

Wednesday, June 13

memories~

~pagi 1 Jun, mengira detik nak hantar thesis. =_=''~

The memories shall be remembered,
even when we left
things will remain the same
forever and always...


alamak aiii.. lambatnye luffy and the gang ni nak keluar fisherman island. =_=''

lawan2 pulak sikit je tunjuk. tak puas hati!

haha punya semangat dengan mugiwara laa pulak cik kak ni. nota ento???

'err... ..'


~(^_^)~

tengah belek2 la ni, tapi sebab mengantuk, bukak luffy kejap. ^^

bahaya la dop, stadi slide ni, tengok2 jari laju tekan mende lain. hihi.

ni ha, our exam date ::

Thursday, June 7

Our DiNNeR~~~biONiGHt

Assalamualaikum

kanak2 riang-akan rindu kamu semua-

hai3 semua..
lama x update cerita kat sini
sebab apa~~saya takde cerita~~
hehehe..byane (= = ")

hokeh2..
ni nak cerita ni..duduk n dengar semua ye..
"pada suatu hari...sang kancil dan sang harimau..."
aik terkeluar cerita sang kancil la pulak..hehehe
(melalut no. 1)..hahaha

Hokeh2..fokus2..

cerita bionight ni cerita 3 minggu y lepas
disebabkan ke-bizi-an melanda 
tak sempat nak cerita
bionight ni dinner akhir tahun yang dikelolakan oleh kelab bio (bio-society USM) 
masa kami 1st year n 2nd year mmg kami2 dah janji nak pergi sana time 3rd year
sebab??
first n last..(pergi sana untuk pertama kalinya dan kali terakhirnya sbb kami dah tahun akhir)
akhirnya kami semua pergi (ain kecik,ainik,su,nora,kak awa,nadia, azi n nisah)..anis x dapat pergi sbb masalah teknikal.^^

petang pada hari kejadian(btol ke ayat ni?)
kami2 semua pergilah kat sana
tema dinner ni RED CARPET
kami2 hentam pakai baju kurung je(kak awa je pakai dress-sbb dia kak-hehe)
kami ke sana bukan nak melaram bagai
kami nak pergi makan + sebagai memori sebelum bergraduasi
baju kurung masuk apa kat tema tu
baju kebangsaan lagi tu (patriotik ni.^^)

ramai 3rd year tak pergi
maybe runsing sebab thesis kot

sampai kat sana kami2 pergi surau then pergi pantai
ape lagi
bergambar sakan la


kak awa semangat nak bergambar berlatarbelakangkan ape nama tu (y belon tu)

eksited sekali mereka2 ni bergambar


suka gambar ni

lepas tu kami2 pergi kat surau utk solat maghrib
dinner tu bermula pukul 8.30
oh lupa..dinner ni dibuat di Hotel Flamingo

lepas siap2 semua + daftar + duduk
bermulalah misi kami...MAKAN..hahaha


penuh satu meja..salah faham ni

sebenarnya berlaku salah faham
kami2 nak ambik untuk org lain
tapi tah macam mana org tu pun ambik benda sama
so memang penuh la satu meja
macam gambar tu ha
tah apa la orang kata
haish..malu2

dah siap2 makan tu..
apa lagi..sesi bergambar lagi dan lagi

layan gambar 


kami geng baju kurung n jubah..sempoi.^^


ainik xde kat sini lagi waktu ni.dia datang lambat skit



WE ARE AGRO GURLZZ..hehehe



RED CARPET EVENT kan..mesti la ade benda ni~baju kurung..yeah



akan rindu korang semua


Jea yang dah jd Najwa Letih katanya..hehehe


klik2..senyum


sebelum balik..sempat lagi bergambar kat lobi


Dah nak naik bas pun sempat lagi posing


Dalam bas pun bergambar lagi!!??..memang suka bergambar la korang ni.hehe

haha
dah habis dah layan gambar
sampai situ je la ceritanya.hehehe
biar gambar bercerita(cewah ayat)

korang2 semua...idah akan rindu korang semua
keep in touch ye
update blog ni ye kawan2 semua
bye
tata
selamat maju jaya


pesanan terakhir..untuk diri ini dan kawan2 y comel semua^^

rajin2 kan diri semua ya menghapdep blog ni..jangan tunggu anis nurdiniey je yang hapdep (pesanan utk diri sendiri gak)

bye2..ASSALAMUALAIKUM..^^

Sunday, June 3

Berubah



'Ngah, stadi molek2, ingat umi nga abah ni. jange buat bende xmolek duk jauh tu. umi nga abah doa angah selamat la duk sano. ingat Allah tu. ..'

Terngiang-ngiang kata-kata umi melalui corong Samsungku. Rindunye....

Buku nota dibuka.. Bismillah.....~~

'Spodoptera litura... bla2.. haila. banyak la pulak nama-nama makcik insect ni. letihnyaa nak hafal! Ha. padan muka, hafal lagi sehari before exam. ades.. tapi kalau hafal awal nanti tak berapa nak lekat pulakk. huhu.. '


'on YM sat.'

pop. message chat box pop up.

' hi awak...'

awak? awak mane la pulak pakcik  ni. awak singkatan biawak ke. eheh.

 ' err..  yes? '

' lama tak dengar cerita, apa kbr?'

' oh. kbr baek setakat ni.. oke la. ade keje la. bai. salam~ '

.....

Terkebil-kebil menghadap mesej dekat ym tu.

' aik. Pehal plek semacam dia tu. padahal dulu rilek je kalau chatting pun. Aku baru nak beramah mesra pun direject pulak. ceh..'

'Skodeng fb die jap. hehe.. manaaa dia ni..'

jari menaip.. ' Nur ***..'

terkedu.

' woi Azim ko skodeng fb sape tu hah?..'

Suara roomate sebelah antara dengar dan tidak je.

Monday, April 2

Alhamdulillah. \(~_^)/

bai bai ^^

salam alaik~

Lama tak menulis, mencoret, menaip dan menambah post dalam blog nakama ni, yelah busy kut semua orang. takda masa nak bukak blog and kalau ada pun maybe banyak sangat nak bagitau sampai xtertulis? entah.

Allahu rabbi. tenangla wahai hati... :)

Well, tadi baru je habis test lab, pasal Forest Entomology. Alhamdulillah.. habis jugak test for rice pest and vegies'.. :)

Kalut menjawab satu-satu soalan tadi. Yelah, macam course ento tahun lepas, 1 minit 1 specimen. haha lawak la pulak. entah betul ke tidak tu jawapan, nak cepat punya pasal..

meh nak tunjuk sket gambar2 pest yang kitorang belajar ::


miss lalat yang nampak macam lebah




comey kan? ^^

kalau dulu first belajar bab insects ni semangat laaa duk kata kembe2.. skang ni ase da oke je, lagipun semua yang Allah buat tu comey belaka. dop?

and same as before, we have to collect insects again. kak ja siap pesan, ' kalau ambik lebih spesimen takpa, boleh bagi dekat lab', huhu

and by the end of this week, HOME SWEET HOME. ^^ yattaa~~

walaupun fyp xsiap lagi, nak balik jugak. nak recharge hati and jiwa sket. huhu.. rindulah semua dekat umah tu. termasuk chimmie-chan yang dengar khabarnya makin montel. erk.

tadi enn kol. ' Ngah, tau dop azim xcomeyy doh la! azim makin tinggi n cengkung doh. mace oghe lain pulok. bosan aku. takdop laaa trademark pipi comey dio..!'

=_=' haih. bosan la kekgi balik umoh tadop si comey azim. haha

by the way takpa lah, dah boleh la tu ukur yang mana baik and yang mana buruk. moga Azim tu berubah makin molek. ameeennnn ^____^

Monday, March 19

괜찮아, 아빠 딸. [ Gwenhana, appa ttal]

salam alaik~

괜찮아, 아빠 딸 -----> it's alright, daddy's girl.

sambil2 menunggu masuk isyak ni, jari jemari tergerak menekan keyboard, tekan new post.

alhamdulillah, hari ni sihat walafiat (walaupun tade org btanya takpe la nk gtau gk hee), demam da tade la kut, cuma tinggal batuk n selsema sket2. idah jangan duk dekat2 sebab idah sng sket kena dop? (^^)/ maybe sebab lama xdemam kut, kali ni bila demam body jadi over la pulok nk pening la, sakit kepala la, sampai xpegi lab dekat 3, 4 hari. =_=''

and berkat doa umi abah kut hari ni rasa better sket ;')

alhamdulillah.

^____^

haritu abah antar mesej, biasa je la tapi tetap hepi gak. hihi.. so, abah trusts me la kan. inshaAllah i'll do my best as 'appa ttal'. and walaupun tak leh nak lawan everyone's feveret aka aina mardhati, i'll still do my very best, perbaik yang mana masih senget, sebab ak ni anak abah n umi. hiii~~

.....................

gwenchana appa ttal tu bahasa korea, tengok cerita tu dulu tetiba teringat. drama yang tekankan pasal family, wonderful daughters who fought through the problems for the sake of their beloved father. :)

kita ni anak perempuan, sangat2 risky sebenarnya. kita boleh tarik ayah kita untuk masuk syurga, or tolak masuk neraka.

sebab?

apabila cakap pasal wanita, yang paling utama sekali ialah aurat. aurat kita dengan yang bukan mahram iaitu dengan orang luar dari family, ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. sebagaimana pakaian kita sewaktu solat, macam tu jugaklah kita kena jaga aurat kita diluar solat.

pakai la apa pun, tak kisah, asal tutup aurat and covering aurat is not as simple as putting on cloth.  kita dah belajar dulu topik ni semasa sekolah menengah, dalam subjek pendidikan islam kan.

so, as a matter of fact, kalau kita jaga aurat kita, inshaAllah, kita tak bagi beban kepada parents kita terutamanya ayah sebagai ketua famili.

sama2lah kita jadi anak yang boleh bawak parents ke syurga. jadi solehah jum. :)

tak suka pakai tudung labuh meleret2, takpa. pakaila tudung macam mana pun, asal tutup that part sehabis mungkin. tapi apa salahnya lebih sedikit, lagi baik. :)

tak suka pakai baju labuh, takpa, pakailah baju yang longgar dan besar, yang tak menampakkan bentuk badan kita.

^__^

sama2 kita istiqamah.. ameen ~

nak jadi appa ttal yg solehah, mulakan dengan penjagaan aurat..:)

mujahadah melawan nafsu anda, cik anis. (=_-)

nafsu malas nak buat fyp. aik? terkeluar topik. myane mida. :P

okela kena p tulis lit review xsiap2 g ni, huhu azi da siap hantar dah. oke minna, ganbatte..!

ganbatte for the fyp, and ganbatte perbaik diri.  :)

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallammengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya”
Diriwayatkan oleh Abu Daud (hadis no. 4104 & 4106). Hadis ini disahihkan oleh al-Albani.

End~

Friday, March 9

hati oh hati.



SITUASI 1

' Awak boleh jadi imam?'

'hmm.. tak rasa layak kut jadi imam. Awak imamkan dulu boleh?'

' Boleh iqamah tak?'

Tersentap hati sekejap. Dalam hati berbisik, 'apa, nampak aku ni tak tahu sangat ke?'

' boleh..' perlahan dan mendatar suara menjawab.


'Assalamualaikum warahmatullah..' Kepala ditolehkan ke bahu kanan.

salam kedua pula diucap.

Air muka terasa keruh sewaktu bersalam dengan imam di depan.
....

' Apa hal laaa tadi rasa terbakar je hati eh? sembahyang pun tak berapa nak khusyuk...'

' Aku terasa ke tadi? Maybe? sebab terasa diri ni tak serendah tahap sampai tak tahu iqamah? atau sebab u think u are better than her?'

' Astaghfirullah. riak ke aku ni? Allah..

SITUASI 2

' Hey you. Jangan judge people dengan appearance oke. Aku pakai tudung ke tak bukan masalah kau. ceh. die tu cakap je lebih. Harap je pakai tudung labuh, entah2 perangai lagi teruk mana tauu..' kasar dia menjawab.

' sabar je la, dorang memang cam tu. ingat dorang je la baik. orang lain tu low la konon. huh buat sakit hati je layan orang macam tu. jom blah.! ' Tangan member sebelah ditarik.

.....................................................

Thursday, March 8

teruskan melangkah~

even if u're on the clouds, keep on walking ^^
salam alaik~

mood---> senyum.

Hujan. ^_____^

moga hujan sampai ke malam. :)

sangat suka bila hujan sebab akan rasa tenang dan hepi. ^_~

alhamdulillah~

Lama tak mengupdate blog, last time update pun bulan 2 hari tu la kan. tak tau kenapa tak tergerak jari untuk mengedit blog. maybe busy dengan FYP and maybe jugak busy dengan lara2 things? =_=''

Final year projects' thesis kena hantar awal bulan 6 ni, eksperimen tak habis lagi. berdebar itu pasti, yang penting semangat tu kena kental dan kuat la kan walaupun jantung tu duk dupdapdupdap tak berhenti sebab takut tak sempat punya pasal. and malu dengan supervisor huhu


inshaAllah sempat. inshaAllah.

semalam first time stay dekat lab sampai pukul 9, tapi xbole nak buat labwork pon, sebab takley autoclave tu huhu yang manual autoclave tu ad probability tinggi untuk contaminate so, baik autoclave pagi ni kan. petang ni inshaallah pour. oke2 masuk yang nak cerita ni. so, kami ( kak intan, jea anotai, husna, nora, azi n me) lepas semayang2 tu pegi la berjalan kaki meredah hujan dari masjid ke lab 109 yang tersergam depan bangunan math tu. dalam setengah jam tu something happenned!

haha.. tengah2 tengok jea buat preparation tuk pathogenicity test, sambil2 tu duk tengok laptop kak intan, kitorang kene serbu dengan security on the spot tu la. kelam kabut takyah cakap sebab azi dan yang duk tulis ni tak pakai labcoat+kasut maka berlakulah huru hara dalam lab tersebut.

haila lawak sebab muka kak intan tu pucat, ingatkan nampak 'something else', so anis nurdiniey ni pun nak pucat jugak la sebab duk bayang mende alah tu. sekali masuk sekumpulan security dengan muka berseri-seri sebab nampak kitorang gelabah. and ad sorang budak tu tetibe je laju nak balik. haha sebab takut kena block dari masuk lab. yelaa mana tak takut xpakai lab kot and kasut tu, tu pun first time buat gtu terus kene pulok. adoila..

lepas je pakcik2 security tu kluar, terus gelak tak tertahan sebab rasa situasi itu hilarious dengan muka kami yang pelbagai ekspresi. huhu. =_='' da serik. nk pkai lab kot and kasut jugak la klaupun xbuat keje. hu~

....

*sigh*

peter yang under dr. latifah dah siap dah experiment tu, nampak tempat dah kemas kosong dah. :( bestnye.
kami ni masih lagi buat experiment. yang start awal like me, azi, kak intan, su, jea pun tak siap2 lagi. banyak problems berlaku dalam lab, planner pun dah kucar kacir. sengih tawar je tengok dalam jadual tu sepatutnya eksperimen habis bulan 3. ye la, kami hanya merancang, tapi yang selebihnya hanya Allah yang tahu kan.

sedih tak sedih, letih tak letih, teruskan melangkah minna!!

^_^

nampak students dr latifah punya progress tersusun sebab Dr. latifah ad sediakan tarikh2 tertentu kut. jadi semangat sikit sebab diorang duk semangat, nak tak nak kena naikkan semangat balik teruskan buat labwork. sebab bulan 4 ni nak balik midsem!!!! T_T

rindu famili takyah cakap. huhu hari2 kut duk belek gambar+video mereka2 tu. sobs

saje je ni nak post sambil2 menunggu autoclave tu siap. nk pegi lab pour terus jap g ni. :)

last but not least,

sy anis nurdiniey bt ahmad shapawi ingin meminta maaf sekiranya (pasti) ada salah dan silap dengan nakamas. harap dimaafkan. saje nmpk idah post dekat fb nk post gk sni lahh

^___^ all the best labwork n thesis writing.

Ending with this:


"Di barat, aku lihat Islam tanpa Muslim, di Timur aku lihat Muslim tanpa Islam." -Syed Qurtubi-

renungan bersama.

may Allah bless~

END

Saturday, February 18

shared: doa buat syria.



terbaca post mak sedara idah.

terdetik nak share.

sama2 kita doakan saudara kita di syria.

Allahuakbar!

Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


people. and people. =_=

(^_^)
salam alaik~

selamat petang minna~~ 

tengah rehat2 sekejap sambil bukak running man untuk kali yang-ke-berapa-ntah, baru balik lab tadi. ingat nak pegi lagi ptg ni kalau xletih -_-''

bestnye. ain kate famili die datang, p jalan2 la kut. hmm.. teringat zaman2 dolu masa asrama, famili mai melawat n kawan2 yang jauh tu tengok jer dengan muka sedih. oo gini la rasenye kan. huk2 rindu la kat umah. :'(

sape ckap tak rindu. kalau bole balik, lama dah dari first day cuti tu baru balik. i have my reasons la tak bole balik and fyp tu bukan the main ones. so, sila jangan tanya lagi sebab tak balik atau bila nak balik atau kata anis nurdiniey ni kuat sebab tak balik. ada la reason nye, biarla diri sendiri je tahu. akan ada la cuti tu inshaAllah :)

.................. .................... ............................. 
kita lihat apa yang kita nak lihat~

 so. 

people and people.

(^___^) me too xterkecuali la kan kalau cakap pasal orang ni. and this one is for me too~~

people kan pelik lah.kalau ada orang buat baik, akan dikata2 kat belakang. buat jahat pun dikata2 jugak. kalau duk diam pon akan dilabel jugak kan. macam kisah Luqman al- hakim dengan anaknya kan. macam tu lah kita kan.

maybe sebab cara melihat orang tu yang differentiate from one kind of people to another. and hati jugak. 

apa sahaja yang someone buat dilabel dengan satu tanda.

Once we label a person we negate them. Stop labeling people and accept people and see the beauty in them. We get angry and stressed because we want things and people to be as we want them. We do not allow circumstances to control us but we create the circumstances by our thoughts feelings and action. Every problem is in our mind and so is the solution so use our mind effectively. --Dr Muhaya

Friday, February 17

back to the beginning~

time-turner hermione. pinjam sat ;P
salam alaik~

(^__^) pagi jumaat yang penuh barakah. hee~~

alhamdulillah. da selesai sesi mengangkut barang turun ke Mo3. waaa rindunya bilik lama! >_<

tapi bukak2 bilik je bau perfume lelaki. huhu ni dah siap mop segala bagai baru la oke skit. :)

pagi tadi sejuk je, cool je, tak panas sangat. walaupun duk turun naik tangga yang TINGGI tu tapi takde rasa panas sangat sebab angkut barang tu pagi2 lagi. ;)

so, back to the beginning la kan. lusa dah start sem baru dah. the beginning of our very last semester, on the 20th of Feb. our last resort? inshaAllah. ;)

da daftar dah subjek for this very last sem, psiko taknormal and forest ento. su xsama ngan kitorg. sobs3

*****oh. ade kol dari idah. jap nak pi angkut barang kat sukres. ^^ kekeke*****

malasnye nak mengemas lagi. kejap lepas update blog sambung sesi kemas mengemas pulak. (^_~)/

sem 2. sem yang final for the rest of us la kan sebab da tahun akhir dah .

result, alhamdulillah ade jugak peningkatan walaupun tak capai apa yang target. takpe, yang dapat tu pun da kira oke lah. ^^ inhshaAllah sem depan ni maybe lagi oke ke, sape tahu kan. ketentuan Allah. yang penting kita cuba sedaya mampu. ;)

hermione bagik pinjam time turner tu. nak guna tak? =_='' eheh.

kalau gune pun, maybe gune untuk tengok masa kecik2 baby dulu la kot. nak tengok betapa kiutnye kite2 semua. hahaha ^^ sekarang ni musim budak2 kiut. eh comey ngatt anak sedara idah. kiut miut macam biskut. alaiiii comeyyyy. ^^ anak sedara ain payung pon comey!!! kekekeke.. kalau bole nak jah amik letak lam bilik wat jadi kucing meow. aik pelik. haha ;D

say Alhamdulillah~

tak tau nak pegi ke tak lab ni, keje banyak lagi tapi letih la jalan turun naik tangga mengangkut barang lagi, pastu nak pegi lab yang jauh di hujung sanaa tuu. (=_=)/ hm. kalau pegi pon, maybe petang? kut.

oke lah.

nak kemas2 apa yang patut dulu.

minna, babai. ^^


" Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), 
kerjakan dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain" - al- Insyirah, ayat 7

for the beginning of the end, ganbatte!!!!!!

may Allah bless~

END

Tuesday, February 7

the sad story of nomads people.

er.. 07.05 am. *kalau xsilap* comey. subhanallah :)
salam alaik~

[mo0d: tak tau nak buat apa, bilik ni berbahang. duduk sorang2. 2NE1 tgh nyanyi lagu UGLY]

18:11 pm. 

masih lagi terang benderang. 

and the scenery is still as majestic as usual. 
comey. subhanallah :)

comey la duk tgkat atas, nampak smua skali. nampak x laut. hujunggggggg sana. ^^
banyak lagi pemandangan yang lagi comey2, tapi tak amik gambar sebab malas. erk? =_=
lama tak mengupdate post, thanks to cik idah mushee sebab tolong buang sawang kat blog ni. hihi

sebenarnya selalu rsa nak update blogs tapi takda idea nak tulih kemende. myane mida, nakamas. ^^

so, like idah said, kitorang da pindah dekat saujana MO4 yang sungguh tinggi duk atas gunung nak naik pon tak larat (over la pulak explain. sory terpaksa gunakan hyperbola sebab terlampau stress nak turun naik p lab ikut 3 tangga tinggi macam dekat batu cave la pulak =_= )

barang2 kena angkut naik Mo4, n nanti 18hb feb kne bawak turun balik sebab da nak bukak sem 2 kan. haila. takpe la, dah duduk da pon, malas nak komen2 da. keke btw, thanks saujana, sebab bagi bilik jugak kan. mekasih2 :)

eksperimen dekat lab kene start balik sebab biasalah, contaminate itu perkara biasa di lab 109. memang dah tau perkara biasa, tapi normalla rasa sakit hati kan, bila da nak dekat final step dah pon (proses 1 step tu sangaaaaaaaaattttt lama oke), tiba2 ada la alien organism yang sibuk2 nak tumpang sekaki dalam pda plate, stocks, wa, cla n bnyk2 lagi la. sape tak geram kan, tapi sebab da biasa contaminate, tahap sakit hati tu berkurang la dari first2 buat exp. dulu. takpelah. ujian sebab nak bagi rasa sabar tu bertambah dalam diri. inshaAllah ^^

itu cerita orang nomad yang buat fusarium n colletotrichum, n bacteria. 

cerita orang nomad yang buat pasal insects ni aka white fly pon banyak jugak problemnye, kene tanam pokok la, nak tunggu white fly tu bertelur pulak, life cycle la, etc2 pon susah jugak. klau kitorang contaminate, mereka pulak depends on white fly tu. 

ni bukan nak berbangga sebab bole buat experiment2, bukan. takda masa nak menunjuk2 sebab 8 unit kami depends on these exp. 

macam tu lah secara kasarnya kisah kanak2 nomads di Usm Penang yang tak bole balik. except : anis n ainik. yang laen sudah balik main dengan ayam itik lembu kambing, dan bole senyum lebar sebab jumpe mak ayah adik abang. sobs sedih *rindu*

idah yang duduk di rumah, sy jeles sebenarnya. ;P

huhu.

takpe2. 

(^_____^)/

gambatte!!!

sama2 la bersabar kan minna?? ^^

hari ni tak p lab, rehat sementara menunggu cik fusarium grow dulu. ;D take ur time ye fungi. hehe

ha satu lagi. eh bilik gelap. bukak lampu jap. *klik*

cik ain aka mas merah kat sebelah bilik je. die duk eksaited sebab bole tengok kamen rider. KAMEN RIDER ain. wow. haha 

bole laaaaa p minat kamen rider. kekeke.. duk gelak2 sebab kamen rider ni cte kanak2 la kan. lebih kurang sama dengan mask rider je nmpak. ada muka belalang. sama la tu. ;P

cume yang ni die cucuk PENDRIVE dekat belt masa nak bertukar. PENDRIVE!!! XD

gelak sampai sakit eprut gak tengok part guna pendrive tu. and ada scene yang pendrive dorang masuk virus sebab tu taleh bertukar. hahahahaha ada gak gitu. XD

ain, one piece bukan cite kanak2 ye. kamen rider tu kanak2. hihi

bilik idah n faezee duk kat hujuuuuunngggg sana tu. dekat dengan tangga yang nampak laut tu. comey2. ^^

tapi sebab currently 2 dua balik umah, so talehh nak p jalan2 gak bilik dorang. huhu


hmm. *sigh*

oh. maziah and madi da balik dah. yes, sebilik ngan dorang. ^^ best gak la.

18.47 pm. dah la. kene stop lah ni nak dekat maghrib dah ni. 

tengok kat luar tingkap ni nampak kete2 duk busy balik umah la kan. sesak gak nampaknya jalan tu. 

matahari da nak set down dah tu. comeynye laut. oh ade orang duk lari2 dekat stadium. teruskan berlari. gambatte.! ^^

update2 twitter. tengah tweet2 dengan kak intan yang comey. :)

and 2NE1 tengah nyanyi lagi lagu. tapi lagu Go Away.

oke lah. tu la kisah sedih kanak2 nomads di USM.

oh. lupe. 

tazkirah petang ni. kisah Rasulullah SAW. :)

here it is :

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
......................

(^_^) peribadi Rasulullah SAW. 

subhanallah.

inshaAllah kita ikut jom~

okai.

END

Daisypath Friendship tickers