Sunday, February 13

Salam Maulidurrasul, minna!! ^^





salam alaik~

Bertatih-tatih mencari idea nak menulis tetiba tertengok blog azzariyat pasal cintai rasul. :)

so, sempena maulidurrasul nak dekat ni, better jugak kan copy letak dalam post kali ni .. 

here's the full article:Kunci mencintai dan dicintai

Jalan Mencintai Nabi
Langkah Pertama
Sesungguhnya Allah jualah pemilik hati ini. Allah lah yang membolak-balikkan hati dan juga mengurniakan rasa cinta ke dalam hati kita. Oleh itu, kita perlu momohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. Mohonlah dipermudahkan untuk kita dapat merasai kasih sayang Rasulullah S.A.W yang kemudian memudahkan kita untuk menyintai baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak hadith daripada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah S.W.T. Antaranya daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami al-Ansari r.a. : Daripada Rasulullah S.A.W. bahawa baginda berkata di dalam doa baginda:

“Ya Allah! Berilah aku cintaMu dan cinta orang yang cintanya memberikan manfaat kepadaku disisiMu. Ya Allah, apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku senangi maka jadikanlah ia kekuatan bagiku dalam hal yang Engkau senangi. Ya Allah, apa yang Engkau hindarkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah ia lowongan bagiku untuk hal yang Engkau senangi.” (Riwayat Tirmizi)
Langkah Kedua

Kita harus mendatangkan rasa diri dicintai oleh baginda Rasulullah S.A.W. Orang mukmin seharusnya meyakini bahawa Rasulullah S.A.W merupakan manusia yang paling pengasih dan berlemah lembut terhadap dirinya. Baginda amat mengambil berat atas kesejahteraan umatnya.

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya akan penderitaan kamu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (At-Taubah:128)

Setelah dapat merasakan sedemikian, baru datang rasa terhutang budi dan keinginan untuk membalas kasih-sayang baginda S.A.W.
Langkah Ketiga

Kita perlu berusaha membalas jasa, budi baik dan kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W dengan mengasihi baginda. Maksud mengasihi baginda S.A.W. ialah dengan membantu menegakkan sunnahnya, memelihara syariat ajarannya dan mengikut cara kehidupan baginda S.A.W.

Dengan mencontohi para sahabat baginda S.A.W. yang mengasihi baginda melebihi kasih kepada diri sendiri, kita dapat merasai kemanisan mencintai Rasulullah S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


“Tidak beriman seseorang kamu (dengan keimanan yang sempurna) sehinggalah aku lebih dikasihi dari dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari)


Selanjutnya dengan meletakkan kasih kepada Nabi S.A.W melebihi kasih ke atas diri sendiri maka akan mudah untuk dapat merasai kemanisan iman (halwatul iman).

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Anas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda:


“Sesiapa yang terdapat dalam dirinya 3 perkara ini, akan merasai kemanisan iman; (iaitu) Allah dan RasulNya lebih dikasihinya daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihnya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepadaq kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i)


Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah dan selidiki hati ini, dimanakah cinta kita untuk Allah dan RasulNya. Dan sesungguhnya semua ini hanya kan terlahir dengan keyakinan yang kukuh di jiwa tentang kehidupan selepas mati, azab kubur, adanya hari pembalasan, syurga dan juga neraka. Kerana hanya keyakinan akan melahirkan tindakan.

Kita ambil sebuah analogi. Kalau kita sedang memandu kereta di lebuh raya, tiba-tiba kereta-kereta daripada arah bertentangan mengelip-ngelipkan lampunya kepada kita. Apakah tandanya itu? Tanda yang sememangnya difahami pemandu umum, menandakan bahawa ada polis di hadapan akan membuatkan kita bertindak memakai tali pinggang keledar, memperlahankan halaju kereta, juga meletakkan telefon bimbit ke sisi jika kita sedang berbual tanpa handsfree. Persoalannya di sini, mengapa kita bertindak sedemikian rupa? Sebabnya kita percaya bahawa ada polis di hadapan, walaupun hakikatnya kita belum pun nampak lagi. Cukup dengan isyarat, kita sudah yakin. Keyakinan melahirkan tindakan bukan?

Keyakinan pasti melahirkan tindakan. Begitulah sewajarnya dengan keyakinan kita pada Hari Akhirat. Pasti ada tindakan walaupun belum nampak. Seperti kita percaya pada pemandu-pemandu yang mengelip-ngelipkan lampu kepada kita di lebuh raya. Padahal kita tak kenal pun siapa mereka. Entah mereka berkata benar atau hanya bergurau, kita terus percaya dan bertindak. Siapa pula yang membawa khabar tentang hari akhirat, syurga dan neraka kepada kita? Yakin atau tidak? Kalau yakin, mana tindakan kita? Jibun de kangaete mitene… Wallahu’alam.


.....................................
(^^)/

yg part last tu comeiii. 'Jibun de kangaete mitene…'

kemende maksud tak tau, wlaupun da banyak belajar jepun.

(yekebanyaknapemarkahBANYAKsgtdptaritu)  hee~

lepas cari lam tenet ni maksudnye :

ja, jibun de kangaete mitene simply means ;

jibun: myself/oneself
kangaete mite : think about it

so: think on your own lah kut lebih kurang kn. ^^

" Salam Maulidurrasul to all muslims around the world"

(^_^) because every muslim is a brother/sister to another.

and 1 lagi.. 

JANGAN say yes. SAY NO. :)

END

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers