Saturday, January 7

kasih ibu membawa ke syurga~


salam alaik~

ohayou minna~

pagi2 lagi bangun dengan penuh semangat berkobar2 nak stadi plant disease management ni tapi tertekan blog pulak. takpe jap nak update something pulak. :)

ummi.ibu.mama.mak.che.mok.ma. and other panggilan sebagainya yang kita guna towards our very precious mother. ;')

sebab teringat dekat umi sebenarnya ni and terbaca post ni hari tu. ye lah xtau tapi rasa hati walang la pulak tibe2. keke.. tu pinjam fon idah semalam ingat nak kol umi tapi umi pi umah ma (nenekku yang tersayang) ngan abah and aya sampai tengah malam.. nanti petang2 ni la kut kol. btw, idah, arigatou for the fon..! ^^ xleh tepon umi pon dengar suara aina n azim pon terubat skit rindu kat famili. ;')

here something yang dikopitehkan dari facebook, thought i wanna share here too~~



ツBila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..

ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..


ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

...

ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"

ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"

ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...


ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...

ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

-zq
.............................


xsure sapa tulis, tapi whoever u are, thank u la. :)

teringat zaman remaja dulu, bila ustaz2 datang bagi motivasi untuk belajar, topik parents akan disentuh jugak sebab tahu remaja ni hati mudah tersentuh kalau bab2 famili diutarakan. kan?

dan kita akan automatik la menangis sampai bengkak2 mata sebab rasa bersalah ngan parents and sebab kita tahu kita sebagai anak, xmainkan peranan secukupnya lagi kut and other things yang dalam hati kita tak siapa tahu. mungkin.

Orang kata anak perempuan rapat dengan ayah, and anak lelaki rapat ngan mak. ye ke?

tapi kalau dalam my famili rasa cam betul gak. somehow, along and azim tu manja ngan umi, and aina manja ngan abah. me and aya? entah. haha

syurga tu bawah tapak kaki ibu. :)

sebab Allah SWT nak tunjuk betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ni and kita sebagai anak wajib hormat and patuh ngan ibu.ibu.ibu and then baru ayah..

subhanallah kan. ;')

sedihnye kalau dengar ceramah2 yang cerita macam mana seorang anak tergamak hantar parents sendiri kat rumah kebajikan and treat mak ayah macam orang luar. ya Allah.. jauhkanlah aku dari tergolong dalam golongan itu, ameen.

and kalau bole, janganla buat mak ayah kita rasa disisihkan. sebab mereka parents, and they deserve something better from us. 

seburuk mana pun sikap parents kita, mereka tetap bergelar parents and kita tetap wajib jalankan tanggungjawab kita walau macam mana sekalipun kan..

*rindu la*

oke la.

nak tulis something tapi macam xjadi pulak. hehe

study lah jom. niat untuk diri. niat untuk parents and automatik niat tu sebenarnya untuk Allah..

mudah2an~


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” 
[Al-Ahqaaf 46: 15]

p/s: suka bila tengok idah and mak idah. rapat sungguh hehe.. ^^

May Allah bless~~

END

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers