Suatu petang nan sepi, diriku yang berada kejauhan darimu, didatangi perasaan itu. Apa khabar adikku? Abangmu ini kerinduan. Dengarnya sudah masuk sekolah baru, dunia yang jauh sekali berbeza dengan duniamu yang dulu. Benar kan? Sekolah rendah dan sekolah menengah manakan sama. Kudengar khabarmu dari mama tercinta. Hajatnya mahu bercakap dengan dirimu, tapi Dia tak mengizinkan lagi kerana kau masih perlu berdagang ilmu di sekolah berasrama itu.
Adik tidak berada di rumah. Adik masih berada di sana. Adik, demi Allah tatkala mendengar suara mama tercinta berbicara tentangmu, aku bersyukur sangat. Mama sangat ceria dan bahagia bercerita, dan sangat terasa betapa Dia Maha Penyayang memilihmu dik. Ada ayat-ayat dari mama yang menggentarkan jiwaku dik,

“Kami mendengar adik membaca Quran, lenggok dan gayanya dah berubah. Lagi sedap dari dulu dan bunyinya macam orang-orang tahfiz mengaji…”