Sunday, July 8

pertemuan --> perpisahan

assalamualaikum semua

masa nak buat entry ni ..nampak entry yang cik anis kita buat
sebak baca tiap2 patah ayat yang cik anis kita tulis
walaupun entry ringkas je tapi sangat menyentuh hati
kawan2...idah sayang korang semua..LOVE..
idah sangat bersyukur dapat kawan2 macam korang
alhamdulillah..^^
insyaALLAH bulan 9 ni kita jumpa ya
dan semoga ALLAH panjangkan umur kita dan semoga kita semua berada dalam payungan rahmat-NYA..ameen

teringat petikan ayat dalam buku (lupa tajuk dia)
"jangan ucap selamat tinggal"
"walaupun kita tidak berjumpa didunia..insyaALLAH kita jumpa di syurga"

..ameen..

ohh..sedih2...sebab barang2 dah pack walaupun bukan semua..(.mood sedih)
teringat mesej cik ain
"terasa sedih plak sebab kita selalu duk gelak2"
"biasanya kita duk gelak2..sem depan boleh jumpa lagi"
"ni bila pulak kita boleh jumpa"

camtu la lebih kurang ayat cik ain kita
sedih kan..
biasalah kan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
dan apa yang dilalui jadikan kenangan untuk diingati
untuk kenangan yang buruk2 + gaduh2 jadikan batasan
supaya kita belajar dari kesilapan itu
^^

insyaALLAH teman2 semua..
kita jumpa masa grad nanti ye
cuba datang awal semua..^^

hehe
tata semua
assalamualaikum...:)


selamat tinggal, bumi minden. selamat tinggal minna ;')

::friendship::
....................................
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
.............................

waaa.........sedih!! ;'(

semalam su dan ainik dah balik, meninggalkan kami2 (anis,idah, faezee, ain kecik balik rumah kejap pastu mai balik) yang tengah menunggu masa je nak balik. 

malam ni idah pulak. ;'(

walaupun inshaAllah jumpa lagi untuk graduate bulan 9 ni, tetap rasa sebak sebab ada je possibility untuk tak ketemu kan, andai Allah dah jemput kita ke.. ya Allah, panjangkanlah umur kami2 semua, ameen. 

Alhamdulillah, 3 tahun di bumi minden ni, banyak benda yang kita gain and banyak juga yang kita lost. so, dah tiga tahun duduk kat sini ni bila time2 nak tinggalkan usm ni terasa sayang pulak. sayang jugak nak berpisah dengan sahabat2 ni. :(

Monday, July 2

VIVA!!! Done.

aik. main ciku cak pulak. igt kiut kee..??? xponnnnn ;P

salam alaik~

*\(^_^)/* yayyyyy!!!!!!!

ALHAMDULILLAH.

3 tahun bergelar pelajar di USM ni tamat pada hari ni, apabila berakhirnya sesi ver'viva' bersama prof2 n examiners hari ni. :')

Mata yang terasa berat nak berkelip2 ni hanya sepi mengadap laptop, sebab nak buat correction thesis segala bagai ni. ngantuk! /(-_~)\

esok inshaAllah nak bagi dekat prof, nak kena bagi a copy untuk prof, lepas tu ingatnya nak pi print then bukukan thesis tu pulak. moga2 sempat la kan edit mengedit ni walaupun banyak nampak tanda2 merah, bulat2 dan segala jenis bentuk lagi yang ada dalam thesis tu. hehe

harapnya markah tu comey lahh walaupun viva tadi berjaya buat si penulis yang berkaca mata ni rasa seram sejuk macam duduk dalam peti ais. takut!

Lega sebab dah sudah tapi resah gelisah pulak nak tunggu result tu. adeh.

'tak payah pikir lagi laaa cik kak, edit dlu thesis tu, pastu antar 3 copies. siap.'

(o_o) yang tu dah sudah. lepas tu tawakkal la macam mana pun kan.

haa.. lupe, gambar2 haritu masa mas merah jadi watak utama tu ^^

tapi takpa ke letak dalam ni? i post several pics je la eh.. hee~

Sunday, June 24

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum

hai hai hai......^^
bersua kembali kita
post kali ni nak berterima kasih kepada seseorang
siapakah itu??
jeng..jeng..jeng
hehehe
nak berterima kasih pada Nurul Ain Abdul Aziz

kenapa??
sebab belanja nakamas makan2
makan apa?
PIZZA!!
Cheesy Bites STEAK pizza...

Cheesy Bites STEAK pizza.^^
pizza ni keluaran jun
rasanya..sedap 
tapi fingers kat tepi tu banyak sangat cheese
so sedikit muak
hati kami masih terlekat kat pizza hawaiian chicken & Pizza pepperoni
tapi apa2 pun still sedap sebab orang belanja kan..ngeeeeeeee..^^
makanan sampingan yang di add-on 

favourites platter (gambar makanan yang ni je sempat diambil)

Dalam favourites platter tu ada ayam,kentang dan "toasted chicken & cheese roll"
yang paling best ialah toasted chicken & cheese roll 
makan panas2
memang terangkat
rangup + rasa cheese..memang WOW la..hehehe
nak tau macam mana rasa dia
kena beli dan makan sendiri..ngeh3
dan dessertnya...Tripple Plessure

ni ha Tripple Plessure tu

Tripple plessure ni mula2 macam banyak la kan
sebab
gelas tu berat dengan aiskrim + nampak macam banyak
rupa-rupanya 
gelas tu yang berat + optical illusion (macam kanta pembesar gitu)
tertipu kami..hehehe

semasa order tu teragak2 juga + tertanya2 kat Cik Ain kita
"boleh ke nak ambik yang ni"
"berapa budget nak belanja kami ni"
"ain pilih la..kami makan je"
antara soalan2 yang ditanya dan ayat2 yang terlontar dari mulut kami(ayat sastera skit..ngeh3)
dan seperti biasa
dengan tenangnya Cik Ain kita ni bersuara
"rilex..duit cukup" + muka yang tenang (seperti biasa)

sebenarnya gambar2 makanan (kecuali favourite plater) tu saya ambik kat pakcik google
sebabnya
kami tak sempat ambik gambar
bila diingat balik terasa lawak je
tengah letak makanan tu dalam pinggan masing2
tiba2 Cik Su bersuara
"kita tak ambik gambar makanan pun"
tergelak kami2
lapar punya pasal
sampai makanan terus makan
dah tak tengok kiri kanan dah
nanti kalau lapar mak mertua lalu pun boleh tak perasan ni
bahaya2..adeh..hahaha

untuk pengetahuan bagi mereka2 yang tak tahu @ yang dah tahu (nak beritahu gak)
Cik Ain kita ni penerima biasiswa JPA
dan dia selalu belanja kitorang pemegang pinjaman PTPTN setiap sem
terima kasih Ain..^^
moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusanmu oleh ALLAH S.W.T ..aameen
dan begitu juga kepada semua namaka..aameen..

gambar yang sempat diambil ialah gambar kami semasa menunggu makanan + gambar favourite platter tadi


ni la gambar kami dengan muka lapar menunggu makanan
p/s gambar diambil oleh pekerja pizzahut sbb kami2 semua nak masuk gambar

okey semua
sampai sini je la ye
lain kali jumpa lagi
insyaALLAH 

bye semua...
ASSALAMUALAIKUM

^^



Friday, June 15

sesaje ^^

 
heee~
 
sorry, terlebih gula pulak.

^__^

jumpe dekat blog mna ntah

macam sweet je, so copy paste dekat blog nakama.

p/s: sbnrnya nk tutup post bawah 

keke..

Daisypath Friendship tickers