Saturday, January 15

Kita Bukan Hipokrit


ciku...cak!!!!!!! (^^,)

....................................
"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"
Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.
Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?


Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?
Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.
Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. 
Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"
..................................
::i say::
article di atas diambil dari iluvislam:kita bukan hipokrit.
hmm.. so, macam mana?
what d u think?
honestly, dulu eleh macam skang ney x plak :P  kan, ALWAYS terngiang2 kat telinga n fikiran(fikiran pun boleh ke terngiang2?hee)  yang what i do now ni my true self ke, tengah berlakon ke, niat nak suh nampak baek ke.. and so on lahh.
sebab selalu fikir kalau nak buat baek, akan timbul satu rasa, rasa was2 kenapa nak kena 'buat2 baek' pulak? haa... rasa cam gitu lah lebey kurang. :)
tapi kan, tak ingat sape yang cakap, tapi lebih kurang macam ni lah maksudny;. 
Apa yang kita buat ni semuanya, depends on niat dalam hati. mungkin ada rasa nak jadi baek, tapi sebab perangai yang tak berapa ok yang buat jadi terberhenti nak buat baek.
em, sebenarnya konsep 'baik' tu sendiri. apa yang kita paham sebenarnya? 
baik sebab dia pakai tudung ke, baik sebab dia suka senyum ke, baik sebab tu, sebab ni..
for me, cukup lah dia seorang yang baik, bila dia ikut SEMUA yang Allah SWT suruh dalam Al-Quran and apa yang Rasulullah SAW suruh.. without hesitation, without any word, dia follow. macam para sahabat yang ikut je apa yang Rasulullah SAW suruh.
that's my concept of what it means by baik. :)
for me? 
em, xbaek2 lagi. jauhhhhhhh lagi tu. 
STILL berusaha menuju ke arah LEBIH baik. kan? :)
bukan kita semua macam tu ke? :D ke aku je ni. uhuk T_T
tak payah la tuding jari kat sape2, kita tengok hati kita dulu. n bila ada yang bagi nasihat yang baik, kita try la ambik, depends on nasihat tu jugak la. 
takkan xbagi semayang pon ikut jugak kan.. hehe :P
sudah terang lagi bersuluh mende tu salah. 
hmmm... artikel tu SANGAT bagus \(^_^)/ yep. obviously BEST kan. :) 
bagi naek semangat. cuma agak tak setuju dengan ayat ni:
Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?
Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"
aegooo..tak berapa sedap plak kesimpulannya.. huhu. 
takpelah,tak payah lah kita label sape2 pun walaupun kita dikata or dikutuk. biar je la diorang tu. nanti letih, senyap lah mereka. 
n rasanya lagi comeyy kalau orang duk kata n kutuk2 kita, kita senyum je lah. :) mcm idah
(^____________^) <~~macam ni. hehe.. pastu buat macam jungshin tu, tepuk2 smile line. ;P
sebab kita nak tunjuk teladan yg baek, kita buat je lah apa yang patut. 
bila kita marah, kita kalah la kan.
kalah ngan nafsu sendiri. 
macam si budak bernama anis ni.
kan kesian? =.=''
mujur nakamas ku sabar2 orangnya. ^^
aik, tertukar topik lagi. hehe... nakamas, DAISUKI DESU~
(^_^)/ terbaca artikel ni kat blog kawan, suka tapi terkejut dekat kesimpulan. :) 
takpelah, ambik yang baek n bermanfaat. :)
Ending my post with this:
Once we label a person we negate them. Stop labeling people and accept people and see the beauty in them. We get angry and stressed because we want things and people to be as we want them. We do not allow circumstances to control us but we create the circumstances by our thoughts feelings and action. Every problem is in our mind and so is the solution so use our mind effectively. --Dr Muhaya
bunga... bunga... bunga... :D
END

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers