Tuesday, March 4

bila RINDU itu bertamu lagi

Assalamualaikum semua
Hari ni Cik Idah pulak nak menconteng kat sini

Apa khabar semua?
Moga kita semua berada dalam Rahmat-Nya. aameen

Tengok tajuk entry kali ni, ada ala-ala novel tak?
Tajuk kemain gembak uolls (ayat budak zaman sekarang).Haha

bila rindu itu bertamu lagi,
aku jadi sangsi,
untuk apakah rindu itu
lama ku menyelami hati ini
rinduku padamu
bukan rindu suka-suka
ianya rindu suka duka
yang membuatkan hidupku lengkap
atas nama sahabat

pergh, ayat puitis pulak malam-malam ni
tapi betul
bila Idah belek gambar kita semua
kadang rasa
nak melompat masuk gambar tu semula
kadang rasa
lelah menahan rindu
kadang rasa
nak pergi USM dan menyusuri balik memori suka duka terkejut lesu mengantuk
tapi nak buat sama-sama
bukan sorang-sorang
bila agaknya ya
boleh kita semua berkumpul semuanya
buka balik kisah dulu
update kisah sekarang
insyaALLAH satu hari nanti kan ^^

hari tu,dalam TV ada cerita Ali Setan,
rupanya dia buat cerita tu kat USM (baru tahu).hahaha
ada la DTSP, kat Canselori yang boleh nampak jambatan tu..rindunya..
Idah bukan layan cerita tu, layan scene dalam cerita tu sebab ada kenangan
betullah kan
Bila kita kehilangan sesuatu tu, baru kita tahu pentingnya benda tu
jadi, ucapkan ALHAMDULILLAH
syukur kita kepada ALLAH
atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya
^^

Idah seronok sangat
sebab ramai dah kawan-kawan yang nak berumahtangga
TAHNIAH SEMUANYA
yang lain-lain tu, silalah mencari ya
umur dah 24 (baca baru 23) hahaha
Idah seronok sangat
sebab kawan-kawan yang dah semakin berubah kearah kebaikan
JOM SAMA-SAMA JADI BAIK
moga kita terus istiqamah..insyaALLAH..aameen

banyak pulak duk membebel malam ni
maaf ye, rindu anda semua tau
PELUK SEMUA ERAT-ERAT

Love all till jannah, insyaALLAH
ukhuwah fillah abdan abada ^^

Jom layan gambar

anak anak kita ^^


Ingat tak?


auu cak!!


DIVA molek spek su.hahaha


LOVE you too ^^

setakat ni dulu..Lain kali kita sambung lagi ye ^^
(Maaf sebab gambar Ainik + Faezee xdok.Lain course jadi gambar kurang.Ada yang macam tak sesuai nak masukkan.Kalau jumpa yang sesuai,Idah letak ye.BYANE).

p/s: rindu plak nak dengar tapak selipar Anis turun tangga nak pergi bilik Idan dan Ain + rindu perkataan BYANE bila lambat walaupun dikala itu rasa nak kejar guna penyapu je.HAHAHA.BYANE.kikiki


PRAY FOR ALL MUSLIM ALL OVER THE WORLD

No comments:

Post a Comment


Daisypath Friendship tickers