Tuesday, October 15

salam eid al-adha!!!!


 salam alaik~

(^_^)/ alloooo *echo berjuta kali*

lame xmenulis dalam blog nakama. hai minasan. ogenki desuka? watashiwa sangatla gondol desu! haha

first n foremost, happy eid al-adha !!!! :)

may Allah grant all your prayers and bless u always! ameen.

here is part of the article about aidiladha. ^^

Eid al-Adha, the Festival of Sacrifice, is observed on Oct. 15, 2013, in the United States. One of two feast festivals celebrated by Muslims, Eid al-Adha falls on the 10th day of the Islamic calendar’s last month, Dhu al-Hijjah.
Eid al-Adha falls within the annual pilgrimage to Mecca known as the Hajj. Determining the exact date of Eid al-Adha, is a point of contention and some wait for an official announcement from the authorities in Mecca.
Muslims celebrate the holiday to commemorate their belief in Abraham's willingness to follow God's command to sacrifice his son Ishmael, and Ishmael's consent to being sacrificed. Today, it is is marked by slaughtering animals to feed the poor. Coming at the end of the Hajj, a journey of dedication and purification, Eid al-Adha is understood as an opportunity for second chances. 
According to the Quran, when Ishmael (known as Isma'el in Arabic) was 13, his father, Abraham (Ibrahim), began having inconceivable dreams in which God instructed him to sacrifice Ishmael (Quran Surah 37). Unbelievable as the dreams were, Abraham decided to follow Allah's instructions -- but not before asking Ishmael if he would agree to this. The son did not hesitate, showing ultimate submission to God's will by telling his father to go through with the sacrifice. Then, at the very moment that Abraham raised the knife, Allah tells him to stop -- they had passed the test -- and to replace Ishmael with a sacrificial ram. In the Quran, Abraham is rewarded for his faith with a second son, Isaac. - copied from 
sy sangat rindu, RINDU,RINDU. pada anda semua yang kawaiiiii.. hehehe tak percaya? silalah tanya saya sendiri. haha (^_~)

alhamdulillah, sejak duduk di rumah ni, menanam anggur n mangga,(-_-) haha rasa tergerak tangan nak menulis dalam blog. ;) selalu bukak blog idah n su, nk tengok update mereka. bab su kene intview tu menarik lah. hehe

pagi ni xramai orang pi kubur or maybe sebab baru pkul 9 kut, dorang direct pi tempat lembu kut. ntahlah. selamat hari raya tok bah! maka sekarang ni menunggu masa untuk berangkat pi pasir puteh jumpe sanak saudara di sana. lalalalala  ^^ haha semalam lembu, kambing, ayam n itik pakat lari bekebut sebab harini kena sembelih. teheee~

Tangan pergi bukak lappy terchenta ni, then donlod runningman ep167. :P kekeke then baru pergi tengok blog yg bersawang sawang(sila bayangkan aksi duk kait sawang tuh) . post yang pasal aiskrim idah tu sangatlaaaa interesting. hehehe hebat gile chef idah ni. sejak duduk umah beliau menjadi chef tersohor kut sampai gile terer masak2. hehehehehe idah, oghe sangat la malas nak memasak. hahahaha

opsie. gotta go. ayoyoyoyo

adeh. xsempat nak sambung cite. huhu

next time inshaAllah.

:)

SALAM AIDILADHA MINNA!!!!!

<3

love u guys.

regards,
me. anis nurdiniey.

May Allah Bless.

END

Monday, September 23

Jom Buat Aiskrim Tanpa Guna Ice cream Maker

Assalamualaikum semua......
Lama tak bersua kat blog nakama ni.
Takde idea nak dicurahkan.. Acececewah

Sekarang kan musim panas. Kalau tengahari tu, dapat makan ice cream memang heaven. Hahaha
Jadi, terkeluarlah idea nak buat ice cream ni + nak bagi Anis cuba buat kat rumah sebab Anis kan dah duk rumah. Daripada duk sesaja, jom buat aiskrim ni yr Anis-chan.hihihi
Yang ni lebih kurang macam basic ice cream
Kalau nanti nak tukar flavour atau nak tambah yang lain2 seperti choc. chip dan sebagainya, dipersilakan.
Idah dapat resepi ni dari facebook Buku Resepi. Like la FB ni dan ada macam2 resepi dan insyaALLAH menjadi.

Biasanya kita tengok orang guna ice cream maker nak buat ice cream kan. Tapi kat rumah bukannya ada objek tu. Bukannya buat bisnes aiskrim + harga dia bukannya murah kan.

Berapa harga pembakar wafer eh, tetiba tukar tajuk. Hari tu nak makan wafer je. Kalau baut sendiri takde la mahal sangat + boleh letak topping dia pelbagai kan. Yummy. Ni kira salah satu akibat kerja kat D'sukres la ni. Semua benda nak buat sendiri sebab dah tahu kan. Dah2, duk mengarut pulak. Kembali ke topik asal.

Jom buat aiskrim.

Jom kita mulakan.

Bahan

1 tin susu pekat
2 tin air (sukat guna tin susu pekat tadi)
1 biji telur dikocak2
1 sudu esen vanila
1 sudu ovellet (yang warna kuning tu, google cari ^^)
1 1/2 tin sweet corn ( nak buat ice cream jagung), hari tu guna 1 tin, tak terasa sangat jagungnya. 1 tin tu kita blend, yang 1/2 lagi tu letak dalam camtu je.
1 sudu tepung jagung
1 sudu perasa jagung manis


Cara-cara

  1. Masukkan susu pekat, air,tepung jagung dan telur kedalam kuali dan masakkan.
  2. Bila dah likat campuran tadi, tutup api. Biarkan sejuk seketika 
  3. Bila dah sejuk, masukkan ovellete dan putar campuran tadi sampai kembang. Biar kembang DABOOM. Dia akan naik 2x ganda.
  4. Bila dah rasa kembang tu, masukkan esen vanila, perasa jagung dan jagung yang di blender dan yang tak di blender. Putar lagi sampai sebati.
  5. Bila dah siap tu, masukkan dalam peti
  6. 30 minit - 1 jam kemudian bukak balik ice cream tu dan kacau lagi. Yang ni bertujuan untuk menghaluskan tekstur aiskrim tu. Kalau malas, tak buat pun takpe. Masih sedap tapi tekstur dia tak lembut macam kat kedai la. 
  7. Masukkan balik dalam peti, Kalau nak lembut lagi tekstur dia, buat beberapa kali tapi kalau malas, pun takpe. 
  8. Bila dah keras , boleh letak topping kacang ke, choc. rice ke,. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak buat perasa lain, skip bahagian jagung tu dan gunakan bahan yang anda inginkan. Contohnya nak buat perasa chocolate, letak la coklat cair ke, emalco choc. ke. Ikut kreativiti anda.

* Kalau nak lagi sedap, boleh gantikan susu pekat tu dengan susu segar dan cream tapi mahal la kosnya. Bila letak susu dan cream tu, jangan lupa letak gula. Nanti tawaq la ice cream anda.kikiki . Bajet la nak manis camna. Ikut tekak anda.



sweetcorn ice cream with excessive topping. ngeh3


yang ni aiskrim strawberry coklat la kengkononnye

sampai disini dahulu
selamat mencuba
tata
assalamualaikum

Pray for Palestine, Egypt, Syria, Roghingia and our brothers and sisters all around the world. PRAY4UMMAH

Tuesday, July 30

anis+cooking= undefined.



Salam alaik nakamas sekalian~

first of all, RINDUUUUU~~  T_T

(^^,)/ ngee~

oh dah lama tak update blog nakama, tup2 tengok cik idah da banyak upload resepi. ^_^

maka dengan ini topik kali ini, beta ( berdaulat tak saya? haha ) akan mengutarakan topik masakan.

sekarang ni maybe la kan musim masak-masak, sebab ramai yang duk bercakap pasal masak memasak ni sampai seorang wanita muda (hahaha) berkaca mata menjadi rimas and serabut apabila topik itu diutarakan.
eheh. <(-_-)>

Memandangkan orang sudah mula sibuk bercakap tentang resepi, oh lupa, sekarang makin dekat nak raya, sepatutnya kita semakin cuba perbaik ibadah puasa pada 10 malam terakhir ni, inshaAllah ameen. :)

Ada satu post dalam idah punya blog, idah ada buat cheese kek tu kan? so anis nurdiniey sebab dia eksaited nak buat jugak, maka dengan semangat waja penuh bersimpul padu, beliau membeli banyak (banyak la sangat buatnye tak) buku masakan, yang berorientasikan masakan kek, puding, biskut and hidangan bersusu.

okay.

so today i made a simple cheese cake( ye kot ) haha.. kek puding kiwi. ke kek berkeju puding kiwi. ke kek puding berkeju kiwi? haha ntah. pape je lah as long it consists of kiwi, cheese n rasa ala2 puding.

okeh nanti the resepi i updatekan okay. in the next post, inshaAllah.

COOKING.

hm.

macam mana saya nak express the feeling ey. hm, i LOVE cooking. betul, siyes tak tipu. I like cooking, but it depends on my mood. ;P

^_^

Alhamdulillah boleh la sikit2 memasak tetapi my skills are nothing compared to Su's n Idah's n Ainik's. mereka memang pro. hahaha

 Kalau tak minat memasak, saya tak akan suka tengok orang memasak heee~

n one fine day sebab nak sangat try buat kek, dengan penuh riang ria ala-ala kanak-kanak ribena, i made kek batik yang ntah la jadi ke tak. ;P

tapi takpalah sebab ada orang makan kata sedap, makasihhhh. walaupun tuan punya diri sendiri tak nampak pon bentuk kek batik tu. haha

conclusionnya, idea idah untuk update kan post pasal resepi sangatla bernas.

antara sebab-sebabnya adalah :

1. suka tengok idah masak2
2. boleh copy resepi. yay!
3. bole buat sendiri yay!
4. mencetuskan semangat para pembaca esp me haha untuk memasak
5. menghidupkan blog yang makin liplapliplap ;P

oke. so long for now.

happy fasting!!!!

selamat berusaha mengejar pahala for the remaining days of Ramadhan..!

selamat berubah mnjadi lebih baik..! ameeennn

^_^

*love n hugs*

-pray for the muslims in palestine, syria, n muslims all over the world. ameen-

May Allah bless~

End.




Tuesday, July 16

Roti jala a.k.a jala buruk ala Terengganu kiter

Assalamualaikum. Hamboi tajuk berjela panjangnya. Semput nak sebut time bulan puasa ni. Hahaha.

Kita buat roti jala dulu ye
Ni bahan-bahannya

Gandum ikut kita nak buat banyak mana
Garam secukup rasa
Telur sebiji
Air ikut gandum sampai likat ( jangan cair sangat)

Caranya

Campur semua . Air tu letak ikut gandum jadi likat. Jangan cair mcm air. Tengok gambar kat bawah ye, guna phone so tak tahu nak drag gambar camne.

Cara memasak

Sapukan kuali dengan minyak ( dengan cara celupkan tisu dengan minyak).
Corakkan atas kuali.
(Anis perasan x kuali yang Idah guna tu. Kuali tu yang Idah beli kat Penang tu. Anis tanya nak buat nape ngan kuali tu kan. Tadaaaa, banyak kegunaan dia. Buat kuih ni, goreng burger, masak roti canai. Macam2 lagi la.hihihi )

Kita buat kuah ye
Ni bahan-bahannya

Santan dlm 3 cawan
Telur sebiji dikocak
Nissan (gula melaka) 1 keping bulat Gula 1 sudu Garam secukup rasa
Tepung gandum 2 sudu

Caranya

Masukkan santan, nissan, gula dan garam. Bancuh tepung dgn air setengah cawan dan masukkan dalam kuah.
Kuah kena selalu di kacau untuk mengelakkan santan palle ( berketul)
Bila dah gelegak, masukkan telur. Rasa, siapa yang suka manis lg, boleh tambah gula.

Dah siap.
Selamat mencuba.
^^

Please pray to our muslim brothers and sisters all around the world.

Sunday, July 7

Mee kari geng agrobiologi

Assalamualaikum semua.

Bagi merealisasikan idea sendiri (ayat skema), hari ni Idah buat mee kari. Resepi ambik kat fb Buku Resepi. Nama panjang kot.hahaha

Okay,jom kita tengok bahan2

1 labu bawang besar - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - ketuk
1 keping asam keping
Rempah 4 beradik (1/2 btg kulit kayu manis, 3 kelopak bunga lawang, 3 biji bunga cengkih, 2 biji buah pelaga)
Daun kari 2 tangkai
2 batang serai - ketuk
6 sudu kari - bancuh dengan air sikit
1/2 ayam, bahagian dada dan tulang
3 biji kentang - rebus dah blender sampai hancur ( ni nak pekatkan kuah)
1 1/2 cawan santan pekat
Fishcake - hiris nipis (tp jgn nipis sangat)
Bebola ikan - celur
Tauge - celur
Mee kuning -celur
Telur - rebus
Limau kasturi @ limau nipis

Okay, jom kita tengok cara2

Dalam periuk yang lain, rebus ayam untuk mendapatkan stok ayam (air rebusan ayam)

Dalam periuk yang lain, mula2 tumis daun kari sampai naik bau. Lepas tu letak rempah 4 beradik dan bawang yang ditumbuk,halia dan serai. Lepas dah naik bau, masukkan kari yang kita bancuh tadi. Lepas dah nampak sebati tu, masukkan santan dan kacau sebati. Masukkan asam keping. Lepas tu, masuk stok ayam tadi bersama ayam bahagian tulang. Bahagian dada , kita toskan untuk carik-carikkan. Lepas tu, masukkan kentang yang sudah diblender. Masuk garam dan gula sikit. Rasa la nak macam mana. Bila dah gelegak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Cara penyediaan
Letak mee kuning kat tengah, letak kuah dan hias dengan bebola ikan, tauge, telur rebus dan isi ayam yang dicarikkan serta limau kasturi ( Idah takde limau kasturi, campak limau nipis je) dan hiaskan dengan daun sup.


Daisypath Friendship tickers